Tuesday, October 22, 2013

[TERKINI !! ] KEPUTUSAN MENANG TANPA BERTANDING MPP USM 13/14 #PRKUSM @AspirasiUSM


Assalamualaikum & Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.

Alhamdulillah, Hari Penamaan Calon untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 13/14 berjalan dengan lancar.
Hari Penamaan Calon Pemilihan MPP 13/14
Kelihatan pihak Aspirasi USM dan Pro Mahasiswa USM hadir ke sesi penamaan calon pagi kelmarin. Dalam pemilihan MPP kali ini, tiada saingan daripada entiti Cap Ayam yang menjadi pencabar antara pertandingan Aspirasi USM dan Pro-M USM yang wujud pada sidang lepas. Namun muncul seorang calon bebas yang akan bertanding bagi kerusi pusat pengajian. 

Berikut keputusan menang tanpa bertanding MPP USM 13/14 (kampus induk) :

Aspirasi USM


 BIL
NAMA CALON
PUSAT PENGAJIAN
1
Nur Syafatin Binti Shafie
Komunikasi
2
Tharani A/P MunusamyPengurusan
3
Azmil Bin Zulkifli
Pengurusan
4
Mohamad Nazreen Bin Shahul Hamid
Institut Pengajian Siswazah
5
Nursafinah Binti Badron
Institut Pengajian Siswazah
6
Hirdawati Binti Abdul Rahman
Institut Pengajian Siswazah



  
Pro Mahasiswa USM


BIL
NAMA CALON
PUSAT PENGAJIAN
1
Muhammad Jaziem Bin Mohamed Javeed
Sains Komputer
 
Nantikan rapat umum calon-calon MPP USM 13/14 :

Tarikh : 22 Oktober 2013
Tempat : Padang Kawad USM (kampus induk)
Masa : 8.00 malam

Calon Aspirasi Calon Anda ! #Aspirasi4USM #PRKUSM
Undilah calon Aspirasi USM !

Rasional Toleransi Realistik.
We Lead We Love USM !
Together We Unite.

Aspirasi Corner

Saturday, October 19, 2013

ISLAM DICEDOK DARIPADA KITAB VEDA HINDU?

Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh tokoh sosialis idola mahasiswa Malaysia, Hishamuddin Rais yang mendakwa Islam mencedok konsep keagamaan yang terkandung dalam kitab Veda masyarakat Hindu ternyata menimbulkan kemarahan orang Islam di sini.

Dalam kenyataan tersebut, Hishamuddin Rais, Pengerusi Bersama BERSIH mendakwa Islam meniru konsep-konsep Syurga, Neraka, Bidadari dan lain-lain daripada Veda sekaligus cuba menunjukkan Islam sebagai agama yang tidak mempunyai asas kepercayaan sendiri.



Dalam hal ini, apa yang boleh kita simpulkan ialah, Hishamuddin Rais telah terkeliru dari segi istilah dan konseptual bagi unsur-unsur tersebut. Hakikatnya, kebanyakan perkataan atau istilah tersebut hanya dipinjam daripada bahasa Sanskrit yang lebih awal bertapak di Tanah Melayu tetapi masih berbeza dari segi konsep mahupun makna harfiahnya. Sebagai contoh, istilah Syurga berasal daripada perkataan Sanskrit yang digunakan sebagai terjemahan kepada Firdaus atau Jannah dalam bahasa Arab yang menjadi bahasa rasmi Quran dan Islam amnya.

Justeru adakah benar Islam meniru kitab Veda? Islam atau bahasa Melayu? Jika istilah yang cuba dipersoalkan, maka Hishamuddin Rais sepatutnya menekankan aspek peristilahan sahaja dan bukannya menghukum Islam secara keseluruhan. Dalam hal ini, jelas sekali aspek yang cuba diketengahkan oleh beliau sebenarnya ialah dari sudut istilah tetapi beliau menghukum secara pukul rata. Pada kami, ini berpunca daripada sikap dendam dan kebencian melampau Hishamuddin Rais sendiri terhadap Islam.

Oleh itu kami menyeru kepada rakan-rakan khususnya yang cuba membawa masuk fahaman dan ideology sosialis ke dalam kampus supaya berfikir dan bertindak dengan lebih rasional. Usah jadikan budaya fikir logic sebagai alat mencari kebenaran. Carilah kebenaran dalam erti kata yang sebenar.


Wednesday, October 16, 2013

TAHNIAH KOR SUKARELAWAN USM!! ANDA MEMANG COOL!!


Akhbar Berita Harian bertarikh 15 Oktober 2013 telah memberikan highlight kepada berita berkenaan program gotong-royong yang dijalankan oleh Kor Sukarelawan USM dengan kerjasama para pelajar MARA di rumah mangsa banjir kilat yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam laporan tersebut, Berita Harian turut memetik kenyataan daripada En. Zulkifli bin Che Hussein yang tidak asing lagi kepada warga kampus USM selaku penyelaras program. 

Sekurang-kurangnya 70 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut yang dijalankan sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Adha.

Beberapa rumah penduduk kampung telah terjejas teruk selepas dilanda banjir kilat sekaligus menjejaskan persediaan menyambut Hari Raya Korban.

Atas dasar kemanusiaan dan kesukarelawan, para pelajar USM melalui Kor Sukarelawan berganding bahu membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas meskipun mendapat arahan pada saat-saat akhir.

Kor Sukarelawan USM (dahulunya dikenali sebagai Bridged Bencana) sememangnya terkenal dengan semangat kesukarelawanan yang tinggi dan sentiasa mengambil bahagian dalam bantuan-bantuan kecemasan yang memerlukan kekuatan tenaga manusia yang besar. Antara kejayaan yang dicapai dalam operasi bencana alam setakat ini termasuklah membantu mangsa banjir di Johor, Kedah, Perlis dan Kelantan serta musibah tsunami di Acheh suatu ketika dahulu. 

Syabas & tahniah diucapkan.

We Lead We Love USM

RasionalToleransiRealistik

Wednesday, October 2, 2013

ISU BAS : SALAH MPP ATAU SALAH SIAPA?


Kelihatan jelas kepada kita isu berkaitan perkhidmatan bas komuter belum diselesaikan meskipun sudah berlarutan lebih sebulan. Sudah banyak komen, kritikan, cadangan dan tak kurang maki hamun dilontarkan oleh warga kampus terutamanya para pelajar dan pensyarah yang terjejas akibat perubahan sistem sedia ada  kepada sistem laluan baru ini yang beroperasi sejak awal bulan September.

Tak kurang juga ramai yang menyalahkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang didakwa tidak prihatin kerana gagal memperjuangkan isu ini ke peringkat lebih tinggi. Ya, sungguh mudah membuat kritikan. Lebih mudah melepaskan amarah kepada subjek di depan mata tanpa kita sedari masalah timbul akibat faktor-faktor lain di belakangnya.

Kami turut merasai keperitan akibat perubahan sistem ini memandangkan kami juga pelajar sama seperti rakan-rakan di luar sana. Sebelum kami menulis di sini, kami dari Unit Media Aspirasi USM telah beberapa kali turun ke padang bersama rakan-rakan semua demi merasai kesusahan yang sedang dialami oleh kita semua ini. Inisiatif ini kami ambil sendiri tanpa sebarang publisiti kerana kami beranggapan, lebih mudah untuk kami membuat penilaian sekiranya kami sendiri yang melalui kesusahan tersebut.

Seperti komentar yang ditampal di dinding Facebook milik mantan pemimpin pelajar USM yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pendaftar, Seksyen Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, USM, En. Khairul Eruwan, kita sebenarnya terlepas pandang satu perkara penting dalam isu ini. Menurut En. Khairul Eruwan, masalah ini tidak akan berlaku sekiranya pihak pengurusan melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari peringkat awal terutamanya dalam perbincangan membabitkan perubahan laluan.

MPP USM mempunyai track records yang cukup baik sebenarnya dalam mereka memperjuangkan hak-hak dan kebajikan pelajar di sini. Sebagai contoh, laluan bas lama yang digunakan sebelum ini ialah hasil perjuangan MPP. Begitu dengan kemudahan-kemudahan perhentian bas termasuk di Pusat Pengajian Sains Farmasi, kesemuanya diperoleh selepas diperjuangkan oleh MPP USM yang ditunjangai semangat RASIONAL, TOLERANSI & REALISTIK.

Justeru kami yakin dan percaya, jika pihak MPP dilibatkan lebih awal dalam proses pertukaran laluan bas komuter, masalah ini tidak akan timbul. Kita tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, tapi sebagai mahasiswa yang mempunyai majlis perwakilan sendiri, kita seharusnya diberikan lebih kuasa dan peranan dalam menyusun atur hal-hal kebajikan mahasiswa di USM tanpa membelakangkan semangat RASIONAL, TOLERANSI & REALISTIK tersebut.


Oleh hal yang demikian, kami menyeru kepada rakan-rakan sekalian, usahlah menyalahkan MPP sepenuhnya dalam isu ini. Mereka juga pelajar seperti kita. Kita sepatutnya membantu dan memberikan semangat kepada mereka untuk memperjuangkan hak dan kebajikan kita, bukannya mengutuk atau mengkritik sepanjang masa.


Aspirasi Corner

Rasional, Toleransi, Realistik

GENDANG DIPALU, DEPA DAH BANGUN

Peti undi baharu yang akan digunakan dalam pemilihan
tahun ini.

Suhu politik kampus mula hangat sejak belakangan ini khususnya di kampus-kampus sekitar Lembah Kelang. Kami mengikuti rapat perkembangan ini kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi suhu politik kampus di USM secara tidak langsung.

Terbaru, kami difahamkan beberapa kumpulan Pro-M di UM, UKM, UPM dan UIAM sudah melancarkan gerakan mendesak pihak pentadbiran (HEPP/HEPA) masing-masing supaya mendedahkan tarikh-tarikh penting menjelang Pilihan Raya Kampus (PRK) sidang ini.

Untuk makluman rakan-rakan, Pilihan Raya Kampus diadakan secara tahunan atau setiap sidang di kesemua kampus IPTA termasuk di USM. Tempoh mandat yang diberikan pula ialah setahun atau satu penggal. PRK perlu diadakan selepas tempoh ini matang. Namun begitu, dalam situasi tertentu, tempoh tersebut boleh dipanjangkan seperti yang termaktub dalam perlembangaan (AUKU dan Perlembagaan Universiti) dengan kuasa budi bicara Naib Canselor.

Berdasarkan perkembangan di Lembah Kelang, kami menjangkakan akan ada usaha daripada pihak tertentu di USM untuk mendesak pihak pentadbiran menyegerakan PRK atau sekurang-kurangnya mendedahkan tarikh-tarikh tersebut.

Berikut merupakan langkah-langkah dalam proses PRK seperti yang diamalkan di USM selama ini untuk perhatian rakan-rakan semua :

  1. NOTIS DIKELUARKAN
  2. BORANG-BORANG PENAMAAN CALON DIKELUARKAN
  3. URUSAN PENGESAHAN BORANG PENAMAAN CALON
  4. HARI PENAMAAN
  5. HARI BERKEMPEN
  6. HARI MENGUNDI
  7. PROSES MENGIRA UNDI
  8. PENGUMUMAN KEPUTUSAN
  9. PEMBENTUKAN MPP

Soal tarikh, pada kami biarlah diserahkan kepada pihak pentadbiran. Lambat atau cepat, ia tetap akan berlangsung dan kita tetap akan mengundi. Bukankah jika lambat ia akan memberi lebih ruang dan masa kepada kita untuk membuat persediaan?


Aspirasi Corner.

We Lead We Love USM !
Together We Unite.

DIPLOMASI VS KEYBOARD WARRIOR !


Assalamualaikum dan Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.




Kita sudah melewati tempoh percubaan sistem baru perkhidmatan bas komuter yang telah pun tamat pada 30 September. Melihat sudut pandangan yang lebih luas, terdapat beberapa impak positif yang dilihat misalnya kurang pelepasan asap diesel berbanding dengan bas lama.

Berdasarkan pemerhatian dan komen daripada siswa siswi, ternyata banyak kelemahan yang perlu diambil serius oleh pihak pengurusan. Perkara ini melibatkan kebajikan dan keselamatan siswa siswi USM dan perlu diadakan suatu perbincangan khusus bagi mendapatkan satu penyelesaian terbaik dan lebih prkatikal. 

Sesi Dialog Perkhidmatan Bas Komuter USM ini merupakan satu platform yang baik untuk kita, siswa siswi USM menyuarakan pandangan atau memberi maklum balas kepada pihak pengurusan berkenaan isu perkhidmatan bas. Elok kiranya kita memilih untuk bersikap diplomasi dalam segala hal daripada hanya sekadar menjadi 'pahlawan papan kekunci' di laman sosial dan masalah tidak juga selesai.

RASIONAL TOLERANSI REALISTIK

We Love USM
Together We Unite