Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini memaklumkan
lebih 300 laporan kebakaran dalam sehari diterima di seluruh negara susulan
cuaca panas dan kering yang melanda sejak penghujung Januari yang lalu.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding sekitar 100 kes sehari yang diterima di seluruh negara sebelum ini.
Di USM juga tidak ketinggalan di mana hampir kebanyakan
kawasan menyaksikan rumput dan tumbuh-tumbuhan menjadi kering terutamanya di
kawasan Padang Minden, Tasik Fajar Harapan dan Tasik Aman Damai.
Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengundang kebakaran sekiranya kita cuai seperti membuang puntung rokok yang masih berbara ke kawasan terbuka dan kering ini.
"Hargailah Alam Sekitar"
"Hargailah Alam Sekitar"
