Sunday, February 13, 2011

YDP PMI Sertai Demo Parti Politik, Beri Ucapan!


Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) perlu menjelaskan kehadirannya di pentas sebuah parti politik baru-baru ini dalam satu demonstrasi di ibu negara. Menurut maklumat yang kami terima, beliau telah menyertai demonstrasi haram tersebut sebagai respon terhadap revolusi rakyat Mesir yang sedang berlangsung ketika ini.

Namun begitu, apa yang menjadi persoalan kini ialah kenapa seorang mahasiswa dan pemimpin pelajar seperti beliau boleh berada di pentas tersebut malah dirakamkan turut menyampaikan ucapannya kepada khalayak? Hal ini jelas sekali telah melanggar etika dan peraturan universiti serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Walaupun beliau hadir atas pilihan sendiri, tetapi secara tidak langsung beliau juga membawa nama baik USM dan seluruh mahasiswa di sini. Selain mencemarkan nama baik universiti, tindakan beliau juga turut mendapat perhatian pihak berkuasa khususnya PDRM memandangkan perhimpunan tersebut dianjurkan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Kita juga hairan, kenapa beliau menggunakan platform sebuah parti politik untuk bersuara? Adakah kedudukan beliau ketika ini belum cukup kuat untuk beliau suarakan pandangan sendiri ataupun mewakili persatuan dan mahasiswa USM keseluruhannya?

Malah, menurut maklumat-maklumat yang kami terima, beliau juga sering berada bersama di dalam beberapa lagi siri demonstrasi yang pernah dianjurkan sebelum ini oleh parti-parti politik tertentu. Jika benar, ia amat membimbangkan kerana seorang pemimpin mahasiswa seperti beliau dilihat cenderung dengan budaya berdemonstrasi. Adakah beliau juga sedang cuba membawa budaya ini ke dalam kampus?

Justeru kami berharap pihak universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) USM dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap perkara ini sebelum nasi menjadi bubur. Tindakan yang tegas perlu diambil seperti kes yang melibatkan Sooh Soh Hwa sedikit masa dahulu.

15 comments:

  1. lor..yg si tukang tangkap tu nak follow anep smpai kubur ke???

    ReplyDelete
  2. budak2 baru nak naik..mcm tu la..ghairah bila ada peluang mcm ni..tak pikir panjang...

    ReplyDelete
  3. Muhd Hanif Hanz
    esok bg speech utk demo "Menyokong Kebangkitan Rakyat Mesir" bersama cikgu AZMI dan NGO lain...
    tmpt: Masjid Hashim Yahya,Penang
    Masa: selepas solat jumaat
    sape nk p leh join sekali.........

    ada je wall dlm fb dia. x bc ke?

    ReplyDelete
  4. x de pn Parti Politik seperti yg dikatakan

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. would like to quote :

    Anonymous said...

    lor..yg si tukang tangkap tu nak follow anep smpai kubur ke???

    ------------------------------------------------

    haha..tau xper.lubang jamban pn nk folo gak...aspirasi x faham isu mesir ker?isu umat tu..sbg seorang ISLAM sepatutnya tiap2 kita jelas pendirian ttg isu mesir..Aqidah kena betul.SIKAP KITA MEMBANTAH KEZALIMAN HOSNI MUBARAK!

    ReplyDelete
  7. poyo r aspirasi...cm nak kena selak je sorang2 y tlibat dgn UMNO tu..cm haram.korang soal balik hati korang tu.ape yg korunk buat tu ALLAH Maha Mengetahui.balasanNYA sntiasa ada utk korunk.orang ade mulut n kaki, berpijak atas kebenaran!

    ReplyDelete
  8. Seharusnya kita berbangga dengan Saudara hanif yang sanggup berhadapan dgn risiko untuk menyuarakan kebersamaan mereka dengan saudara seaqidah yang sedang berjuang demi kebenaran...
    Takbir! Allahuakbar!

    ReplyDelete
  9. dia turun ke ibu negara ke?
    perhimpunan dianjurkan NGO,cumanya pada hari kejadian pemuda PAS turut serta dan membawa bendera PAS>lalu puok2 UMNGO/ASPIRASI terus label beliau bercakap atas platform PAS?
    cammon la,jangan sempit sangat berfikir.
    kita patut bangga kerana ada jugak pelajar yang berani berbuat demikian.nak harapkan puak2 UMNGOK/ASPIRASI, berani ke?

    ReplyDelete
  10. dah takder mende len ke nak highlight??

    xder kerja..

    ReplyDelete
  11. pelik2......
    sudah2lah bwak bende cm ni...
    jgn asyik nak fitnah....
    spatutnya berbangga lh kerna ade insan sperti saudara hanif yg berani utk khdpan mnegakkan Islam....
    adakah salah mnegakkan Islam????
    adkah salah utk mnyokong kbgkitan org mesir???
    sedarlah whai insan2 sekalian.....
    buka mata hati.....
    kbgkitan org mesir kerna ingin mnegakkan islam yg ditindas.....
    jdi salahkah saudara hanif utk pergi mnyokong..
    itu tjuan utk mnegakkan islam....
    siapa yg brpolitik sbnarnye skang ni???
    fikir2kan......
    -byakkan istighfar-
    "fitnah itu lebih teruk dri membunuh-

    ReplyDelete
  12. dia ni kat luar mcm hero jeh..dlm kampus menikus..panggil berdebat isu mahasiswa takut, hantar wakil jeh hehe..cita2 besar kot kat luar tu, sbb tu mcm tak layan sgt hal-hal kampus termasuk persatuan sendiri...ish ish..

    ReplyDelete
  13. tu dia tu dia~~ dah mula dah berbalah...sempoi sangat...asai mai pilihanraya kampus, sakan la mengutok sana sini..oh, saya sangat teruja dengan diri kita semua. saya rasa malaysia akan terus maju, aman, damai, sihat, sejahtera, makmur, merdeka dan sebagainya dengan keadaan sebegini. saya teruja! sangat teruja! yeayyy!

    -orang malaysia-

    ReplyDelete
  14. blog nie seperti lembu patah tanduk..!!!

    ReplyDelete
  15. kesian kesian.. tak cakna isu umat islam rupanya...

    dunia sungguh aspirasi ni.. kesian kesian

    ReplyDelete