Thursday, October 2, 2014
Apresiasi Warga USM Kepada MPPUSM 2013/2014 #IkonSiswaUSM
Assalamualaikum w.b.t Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaNya, pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar USM 2013/2014 (MPPUSM) hari ini secara langsung melucutkan jawatan yang ada pada mereka namun tidak bererti menghentikan usaha mereka untuk terus menabur bakti kepada warga mahasiswa USM.
Kami ingin menzahirkan apresiasi kami buat Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) 2013/2014. Sesungguhnya MPP telah berkhidmat sedaya upaya kepada mahasiswa USM, khususnya dan universiti, amnya. Pelbagai kejayaan dilakar oleh MPP sepanjang sidang lepas. Hal ini dibuktikan dengan bercambahnya majlis-majlis ilmu, riadah, sahsiah, dan lain-lain. Umpama 'taman syurga ilmu' kepada mahasiswa USM, sebanyak 15 Siri Wacana Ilmu yang menampilkan variasi tokoh, pemimpin, dan ikon telah dilaksanakan dengan jayanya. Banyak lagi program dan aktiviti anjuran MPPUSM yang kita semua maklum dengannya.
Kewujudan program-program anjuran MPPUSM tidak lain ialah mengangkat harapan untuk membentuk warga mahasiswa yang bukan sahaja menjadi pencinta ilmu malah secara beransur mengubah paradigma juga sahsiah mahasiswa secara holistik. Alhamdulillah, melalui program yang sudah berlangsung, dapat disimpulkan bahawa harapan tersebut menjadi kenyataan. Syabas buat barisan MPPUSM !
Kesempatan ini juga, kami mewakili seluruh mahasiswa USM ingin merakamkan penghargaan buat Yang Dipertua MPPUSM, Saudara Mohamad Shafiq Bin Kamaruddin atas komitmen beliau yang begitu tinggi dalam memimpin organisasi mahasiswa USM. Satu kesepaduan yang mantap telah ditunjukkan dan kami melihat MPPUSM sebagai model prinsip RASIONAL, TOLERANSI, REALISTIK.
Sekali lagi, terima kasih MPPUSM 13/14 atas perkhidmatan kalian kepada mahasiswa USM !
Rasional Toleransi Realistik
Aspirasi USM.
Thursday, September 25, 2014
FITNAH DAN MEHNAH : KAMI JAWAB
Kami dimaklumkan ada pihak tertentu
telah menyerang kami sebelum semboyan perang dibunyikan. Sabarlah
sahabat-sahabat mahasiswa kami. Kuliah baru bermula kan.. Tapi tak mengapa,
kami akan jawab segala persepsi buruk yang cuba dilemparkan oleh kalian ke atas
kami.
![]() |
| Muka depan sebuah kaji selidik yang telah diedarkan bertujuan menyerang Aspirasi USM. |
Baru-baru ini, pada sebelah
malam, terdapat sekumpulan siswi telah bergerak dari bilik ke bilik kononnya
hendak menjalankan soal selidik. Tanpa sebarang kebenaran daripada pihak yang
bertanggungjawab, mereka menceroboh privasi para penghuni dengan soalan-soalan
berbaur politik yang sangat jelas hanya untuk memfitnah dan memburukkan
Aspirasi USM. Kami akan senaraikan dua tiga soalan tersebut berserta jawapan bagi
membetulkan salah faham dan persepsi negatif (fitnah) yang cuba dicipta dan
ditanamkan oleh mereka ke atas mahasiswa-mahasiswi pencinta keamanan di USM
ini.
![]() |
| Soalan pertama yang diajukan berkaitan logo. Teruskan memfitnah kami. |
LOGO PPSL IALAH LOGO ASPIRASI?
Sebenarnya dah banyak kali kami jelaskan tentang isu ini
tetapi masih gagal difahami dengan baik oleh mereka. Sejujurnya kami
tak anggap mereka sebagai seteru politik, sebaliknya hanya berbeza sedikit
dalam satu dua perkara. Tapi janganlah sampai mendustakan kebenaran dan
memfitnah kami.
Pertama, biar kami jelaskan. Aspirasi bukan ideologi
politik, bukan pertubuhan atau persatuan dan bahkan, bukan gerakan haraki
kemahasiswaan seperti kumpulan di sebelah sana yang semua tahu siapa mereka. Kami tahu bahawa wujud
kekeliruan di sini kerana mereka sering melabelkan kami sebagai musuh gerakan
mereka di kampus ini.
Aspirasi ialah nilai. Dalam definisi secara harfiahnya, ia
berkaitan semangat, hasrat dan kecintaan serta kesungguhan untuk mencapai
sesuatu yang diimpikan. Kami juga ada impian dan uniknya, kami berkongsi impian
tersebut secara bersama. Kami impikan kampus yang aman. Kami impikan hubungan
antara mahasiswa dan mahasiswa yang baik. Kami impikan hubungan antara
mahasiswa dan pihak universiti yang harmoni. Hubungan yang baik ini pasti akan
memudahkan dan menguntungkan semua pihak. Adakah salah mempunyai impian-impian
ini?
Nilai aspirasi di USM ini adalah suatu konsep pemupukan dan
pemajmukan nilai yang lain. Biar kami senaraikan untuk kefahaman semua.
Nilai-nilai tersebut ialah :
Rasional
Toleransi
Realistik
Ketiga-tiga nilai ini menjadikan kami lebih beraspirasi untuk
bersama Universiti mencipta lebih banyak kejayaan, kecemerlangan dan
kegemilangan. USM ini sebuah universiti yang cukup terbilang dan kita sebagai
mahasiswa, kami fikir, perlu mendokong wadah perjuangan universiti bersama
nilai-nilai yang betul dan signifikan. Ia ada di sana ketika misi dan visi USM
ini digarap dan kami mendokong misi dan visi ini dengan bangga. Aspirasi USM,
ialah misi dan visi USM sendiri. Adakah anda rasa ia salah mendokong misi dan
visi USM?
Lawan kepada nilai-nilai ini pula boleh dilihat seperti
mana berikut :
Rasional lwn Emosional
Toleransi lwn Demonstrasi
Realistik lwn Idealistik
Insya-Allah, jika ada kesempatan,
kami akan huraikan maksud setiap nilai ini dengan lebih terperinci. Doakan
kesempatan itu ada supaya semua faham dan semoga mereka akan faham kali ini.
Yang ingin difokuskan di sini
ialah berkenaan logo PPSL yang didakwa sama seperti logo Aspirasi USM. Inilah
yang kami katakan mereka gagal memahami kebenaran dan menolak pula kebenaran
itu.
Untuk makluman, tiada agenda tersirat
atau tersembunyi di sini. Ya, tiada!
Sedikit sejarah terhasilnya logo
PPSL. Dahulu, sebelum dikenali sebagai PPSL, nama asalnya ialah PPMS atau
Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal. Logo ini dicipta oleh Saudara Mohd Shafiq bin Saidon, bekas Yang DiPertua MPD Fajar Harapan 2008/2009 (kalau tak silap kami). Tujuan
beliau mencipta logo dengan simbol hati ini sebenarnya berkait rapat dengan
nilai-nilai aspirasi Universiti Sains Malaysia sendiri.
Seperti yang kami katakan tadi,
Aspirasi USM bukan gerakan yang berorganisasi lengkap dengan ketua atau
presiden bagai. Ia hanya rumpunan pendokong semangat dan cita-cita USM sahaja.
Sesiapa pun boleh mendokong semangat dan cita-cita ini seperti PPMS dahulu dan
PPSL kini. Tiada paksaan. Saya Aspirasi, Anda Aspirasi, Kita Aspirasi. Ia untuk
semua. Adakah ini juga salah?
Namun, kelihatan mereka masih
tidak faham dan cuba melemparkan fitnah ke atas kami dengan mencipta persepsi
kononnya Aspirasi USM ialah gerakan terancang yang ingin mendoktrin suatu
ideologi politik. Kami faham maksud mereka ini. Untuk makluman sahabat-sahabat
kita ini, soal ideologi politik dan kecenderungan menyokong mana-mana pihak,
itu ialah hak individu. Faham?
Jadi tak perlulah jadi agen
penyebar fitnah lagi ye. Kedua-dua logo memang sama dan mendokong maksud dan
nilai yang sama. Ia bukan logo sebuah parti politik atau pertubuhan dalam
kampus. Kami tak pernah sibuk soal logo kalian yang mirip dengan simbol dan
warna sebuah pakatan politik luar kampus, jadi tak perlulah sibuk dengan logo
kami ini, okey?
Wednesday, September 24, 2014
NOTA 10 TAHUN LEGASI
SHAFIQ KAMARUDDIN PENYAMBUNG
LEGASI 10
Ketika kami diperkenalkan dengan beliau, kami fikir, Saudara Mohammad Shafiq bin Kamaruddin hanyalah mahasiswa kebanyakan. Tiada sesuatu yang istimewa pada diri anak muda ini. Namun, persepsi itu ternyata silap. Dianjak waktu, sedikit demi sedikit kami mula melihat sisi lain pada diri beliau terutamanya bakat kepimpinan yang besar tatkala golongan mahasiswa seperti kita sering dilabel sebagai lesu dan pasif.
Kemenangan Shafiq dan rakan-rakan
dalam pemilihan ini juga membawa makna yang besar kepada perjuangan Aspirasi
USM secara keseluruhan. Selepas 9 tahun berturut-turut Aspirasi USM menjadi
nadi dan tulang belakang motto Kami Memimpin, Shafiq menggenapkan angka
tersebut kepada 10 tahun – dengan cemerlang dan gemilang.
Ketika kami diperkenalkan dengan beliau, kami fikir, Saudara Mohammad Shafiq bin Kamaruddin hanyalah mahasiswa kebanyakan. Tiada sesuatu yang istimewa pada diri anak muda ini. Namun, persepsi itu ternyata silap. Dianjak waktu, sedikit demi sedikit kami mula melihat sisi lain pada diri beliau terutamanya bakat kepimpinan yang besar tatkala golongan mahasiswa seperti kita sering dilabel sebagai lesu dan pasif.
Untuk rekod, Shafiq mengemudi
Majlis Perwakilan Pelajar USM selaku Yang DiPertua selepas memenangi Pemilihan
MPP Sidang Akademik 2013/2014 dengan bergaya. Dengan jumlah undi terkumpul
sebanyak 3663 di belakang seorang lagi rakan seperjuangan, Saudara Jemindar bin
Abdul Kadir yang mengumpul undi terbesar iaitu sebanyak 3680 undi, Shafiq terus
membentuk sebuah pasukan yang mantap bersama 44 orang ahli Majlis Perwakilan
yang lain membabitkan ketiga-tiga buah kampus utama USM.
Kemenangan Shafiq dan rakan-rakan
dalam pemilihan ini juga membawa makna yang besar kepada perjuangan Aspirasi
USM secara keseluruhan. Selepas 9 tahun berturut-turut Aspirasi USM menjadi
nadi dan tulang belakang motto Kami Memimpin, Shafiq menggenapkan angka
tersebut kepada 10 tahun – dengan cemerlang dan gemilang.
Sesuatu yang kami pasti ada pada
diri beliau secara kualiti ialah sikap rasional, toleransi dan realistik dalam
setiap tindakan atau keputusan yang diambil. Pun tentu, Shafiq secara individu,
kekal dengan ketegasan dan hal ini diperakui sendiri oleh rakan-rakan MPP yang
lain. Gabungan kualiti inilah yang menjadikan beliau seorang ketua yang
dihormati pelbagai pihak baik di dalam mahupun di luar kampus. Ya, bukan mudah
menjadi ketua jika tiada nilai-nilai tersebut tetapi ia bukan susah juga untuk
dipraktikkan bermula dengan jiwa kepimpinan yang tulus dalam diri seseorang pemimpin
atau ketua itu sendiri. Ternyata Shafiq memiliki set nilai tersebut.
Sebaik dipilih secara majoriti
oleh para perwakilan sebagai Yang DiPertua, Shafiq terus mengorak langkah yang
lebih besar dan kejap apabila diundi sebagai Presiden Majlis Perundingan
Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang menggabungkan semua ahli Majlis Perwakilan
Pelajar/Mahasiswa dari semua kampus IPTA seluruh negara. Kejayaan ini juga
membawa makna yang besar kepada Aspirasi USM dan kita semua amnya kerana Shafiq
telah mengulangi pencapaian mantan YDP MPP USM Sidang 2010/2011, Saudara Ahmad
Wafi bin Shahedan yang turut dilantik sebagai Presiden MPPK yang pertama dari
Bumi Minden ini.
Di USM, kami percaya semua kenal
dan maklum akan kepimpinan Shafiq yang telah mengangkat budaya berwacana ke
suatu tahap yang tinggi dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi di sini. Sehingga
kini, tak kurang empat belas siri wacana ilmu telah dijayakan membabitkan
pelbagai tokoh berpengaruh baik dari dalam negara mahupun dari peringkat
antarabangsa. Usaha beliau dan pasukannya itu sedikit sebanyak telah meletakkan
peranan mahasiswa USM dalam radar penebaran ilmu rentas bidang di luar bilik
kuliah seperti yang sedang diusahakan oleh pihak Universiti.
![]() |
| Shafiq bersama Saudari Nursyifa Shahida, salah seorang PPSL Sidang 2014/2015 |
Selain siri Wacana Ilmu yang
menjadi fenomena di USM, Shafiq juga telah melancarkan pelbagai program lain
baik di dalam kampus ataupun melibatkan masyarakat luar, sama ada di dalam
negara mahupun di peringkat global. Selain itu, beliau juga berusaha gigih
memastikan setiap manifesto yang dibentangkan oleh para ahli MPP direalisasikan
sebaik mungkin sebelum penggal pentadbirannya berakhir pada penghujung Oktober
ini.
Dalam siri artikel ini, kami akan
luncurkan semula rekod-rekod kejayaan MPP USM Sidang Akademik 2013/2014 di samping
mengimbas legasi 10 tahun kepimpinan MPP yang ditunjangi para pendokong wadah Aspirasi USM. Teruskan
menyokong kami kerana kami ialah anda dan kita ialah warga USM!
Tuesday, September 16, 2014
HARI INI DALAM SEJARAH,SELAMAT HARI MALAYSIA...
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM ASPIRASI MENJUNJUNG PERPADUAN MAHASISWA...
Tarikh keramat 16 September berulang kembali. Detik bersejarah pada tanggal 16 September 1963 masih segar dalam ingatan. Penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah berjaya membentuk sebuah negara bangsa yang bernama Malaysia. Setelah 51 tahun Malaysia berdiri megah berdaulat sebagai sebuah negara yang bebas merdeka, ramai antara rakyat negara ini tidak pernah mengetahui sejarah pembentukan Malaysia. Dalam usia negara Malaysia yang telah mencapai separuh abad ini, marilah kita sama - sama mengetahui serba sedikit sejarah penubuhan Malaysia.
Perjuangan penubuhan Malaysia pada asasnya bermula sejak negara kita mencapai kemerdekaan iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957. Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British. Tunku telah meminta kepada kerajaan British untuk menggabungkan Brunei, Sabah, dan Sarawak dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Cadangan Tunku ini tidak dipersetujui oleh pihak British kerana Singapura disisihkan. Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonal iaitu Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah-wilayah tersebut mengeratkan hubungan dari segi politiknya.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada tanggal 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengahari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah-wilayah jajahan British iaitu Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak. Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan. Cadangan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan proses pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Oleh sebab itu, pada tahun 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan bagi memberi ruang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang pembentukan gagasan Malaysia. Akhirnya, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menerima pembentukan gagasan tersebut dan mereka telah menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagaan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kaum (JAK) telah ditubuhkan bagi merangka perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diterima oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London bersama 4 anggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada tanggal 16 September 1963.
Menyedari akan hakikat sukarnya untuk membina sebuah negara yang bernama Malaysia, kita haruslah sedar bahawa kedaulatan yang ada pada hari ini mestilah dipertahankan. Beruntunglah kita kerana lahir setelah pembentukan Malaysia. Hakikatnya terdapat banyak tangan luar yang mencemburui penubuhan Malaysia. Masih ingatkah kita dengan 'janji 16 september' yang diluangkan oleh seorang individu. Realitinya janji ini pada hari ini hanya tinggal sebuah angan-angan yang palsu. Tujuannya hanyalah untuk memecahbelahkan keharmonian dan kedaulatan rakyat Malaysia. Ayuh rakyat Malaysia sekalian, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda jahat sesetengah pihak untuk melihat kehancuran kemakmuran dalam negara kita. Marilah kita bersama-sama memacu Malaysia ke arah kecemerlangan.
MALAYSIA,DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
SELAMAT HARI MALAYSIA....
Sunday, August 31, 2014
PESANAN UNTUK WARGA BAHARU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang
telah terpilih untuk memasuki Universiti Sains Malaysia pada tahun ini. Anda
amat bertuah kerana berjaya menjadi sebahagian
daripada keluarga besar USM. Anda adalah orang yang dipilih daripada mereka
yang terpilih. Hal ini kerana bilangan
pemohon yang ingin masuk ke USM amat tinggi. Pihak universiti sentiasa menanti kehadiran
adik – adik dengan penuh gembira.
Menjadi sebahagian daripada warga USM membuatkan adik –
adik telah bergelar seorang mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa baru, adik –
adik patutlah mempunyai rasa syukur dan bertuah. Pihak universiti dengan penuh komited
akan sentiasa memastikan semua mahasiswa USM akan dapat merealisasikan hasrat
masing –masing. Kehendak setiap mahasiswa sentiasa akan didengari oleh pihak
universiti.
Namun begitu, bukan mudah untuk memenuhi setiap tuntutan
daripada semua mahasiswa. Hal ini kerana jumlah penuntut di USM terlalu besar. Oleh itu, semua mahasiswa haruslah rasional
dalam membuat keputusan dan tuntutan. Janganlah meletakkan kehendak emosi
apabila ingin melakukan sesuatu perkara. Pihak universiti telah menyediakan
pelbagai saluran kepada mahasiswa untuk meluahkan hasrat mereka. Gunakanlah saluran
ini dengan sebaik mungkin. Mahasiswa tidak perlu terikut dengan budaya di luar
kampus yang sering kali melakukan demonstrasi apabila tidak berpuas hati
terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini akan memburukkan imej mahasiswa. Usahlah menjadi
dalang kepada pihak tertentu yang ingin mengeksploitasi golongan mahasiswa
untuk kehendak politik mereka. Mahasiswa perlu rasional dalam menilai sesuatu
perkara dengan matang. Pihak universiti akan sentiasa melindungi golongan mahasiswa.
Hidup dalam sebuah keluarga yang besar memerlukan setiap
mahasiswa mempunyai sikap toleransi dalam diri mereka. Erti toleransi yang
sebenar dapat diterjemahkan dalam kehidupan mahasiswa di dalam kampus. Sebagai seorang
mahasiswa adik –adik haruslah bergerak bersama universiti untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Setiap dasar yang dibawa
oleh pihak universiti telah mengambil
kira keperluan setiap mahasiswa. Adik –adik janganlah terpengaruh dengan dakyah
daripada pihak luar yang ingin memburukkan nama universiti. Golongan ini kebiasaannya
akan menjadi pendesak kepada universiti untuk memenuhi kehendak mereka. Pihak yang
tidak bertanggungjawab ini secara agresif ingin menyemai benih kebencian dalam
setiap mahasiswa terhadap pihak universiti. Bersama – samalah kita berganding
bahu sebagai sebuah keluarga untuk menjayakan hasrat universiti.
Banyak pihak pada hari ini serangkali melaungkan pelbagai
retorik untuk menarik golongan mahasiswa menyokong mereka. Menyedari akan
hakikat ini, setiap mahasiswa haruslah mempunyai sikap realistik dalam diri
anda. Janganlah terpengaruh dengan retorik yang dibawa oleh sesetengah pihak. Tidak
guna hebat berjanji jika tidak mampu untuk melaksana. Golongan mahasiswa
haruslah sedar terhadap ancaman tersebut. Pihak universiti sentiasa realistik
dalam setiap perancangan yang dibuat. Tidak seperti pihak tertentu yang hanya
tahu menabur janji, pihak universiti sentiasa memastikan dasar yang dilakukan
oleh mereka adalah realistik bukan idealistik.
Akhir kata, kepada adik – adik semua, sematkanlah azam dan
semangat dalam diri anda untuk menjadi keluarga USM yang setia. Marilah kita
bergerak bersama ke arah kecemerlangan universiti. Jadilah seorang mahasiswa
yang mempunyai sikap rasional, toleransi, dan realistik. Janganlah melakukan
perbuatan yang boleh mencemarakan nama baik seluruh warga universiti. Selamat maju
jaya dan semoga anda gembira menjadi keluarga baru USM.
Friday, August 29, 2014
KERINGAT BANGSA JANGAN DIPERSIA
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa....
Kebebasan merupakan impian setiap insan di muka bumi ini. Nilai kebebasan tidak mempunyai pengganti yang setanding dengannya. Sejarah perjuangan telah menunjukkan bahawa nilai kebebasan begitu sukar untuk disemai dalam diri manusia.. Benih perjuangan yang disemai pada hari ini belum tentu akan dapat dituai dan memerlukan masa yang panjang untuk menikmati hasilnya. Menelusuri sejarah perjuangan negara, dapatlah dilihat bhawa matlamat untuk mendapatkan kebebasan merupakan faktor utama dalam sesebuah perjuangan. Realitinya situasi pada hari ini, bukti kebebasan sudah terbukti di depan mata kita. Menikmati nilai kebebasan menyebabkan kita tidak pernah terfikir erti penjajahan. Generasi pada hari ini leka menikmati hasil benih perjuangan oleh generasi terdahulu. Keringat yang gugur semasa perjuangan menyebabkan pohon kebebasan menjadi semakin subur. Hukum putaran alam menunjukkan bahawa, setiap pohon yang subur pasti akan tumbang juga sekiranya tidak dijaga dengan baik..
Ketika pewaris bangsa sedang nyenyak menikmati kemmewahan dunia, seringkali mereka terlepas pandang akan ancaman daripada segenap ruang. Relakah kita melihat tangan- tangan barat menggoncang pohon kebebasan kita. Globalisasi pada hari ini menyebabkan banyak dakyah dan propaganda negatif telah disemai dalam jiwa generasi pasca merdeka. Memburkkan lagi keadaan apabila terdapat tangan- tangan ghaib daripada bangsa kita sendiri yang ingin merobohkan sejarah kebebasan bangsa. Mereka rela menepuk tangan dengan gembira apabila bangsa sendiri dilabel sebagai celaka. Sedih hati kita apabila menilai mentaliti generasi pasca merdeka. Sejarah keagungan bangsa menunjukkan bahawa tamadun mesir purba pernah runtuh akibat pengkianatan bangsa. Justeru itu , sedarlah wahai pewaris bangsa. Tidak guna berdemo untuk meluahkan rasa tidak suka. Hakikatnya negara kita mempunyai saluran dan caranya. Pertahankanlah kedaulatan bangsa.Wariskanlah negara kita kepada anak bangsa sebagai generasi merdeka.
Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa....
Kebebasan merupakan impian setiap insan di muka bumi ini. Nilai kebebasan tidak mempunyai pengganti yang setanding dengannya. Sejarah perjuangan telah menunjukkan bahawa nilai kebebasan begitu sukar untuk disemai dalam diri manusia.. Benih perjuangan yang disemai pada hari ini belum tentu akan dapat dituai dan memerlukan masa yang panjang untuk menikmati hasilnya. Menelusuri sejarah perjuangan negara, dapatlah dilihat bhawa matlamat untuk mendapatkan kebebasan merupakan faktor utama dalam sesebuah perjuangan. Realitinya situasi pada hari ini, bukti kebebasan sudah terbukti di depan mata kita. Menikmati nilai kebebasan menyebabkan kita tidak pernah terfikir erti penjajahan. Generasi pada hari ini leka menikmati hasil benih perjuangan oleh generasi terdahulu. Keringat yang gugur semasa perjuangan menyebabkan pohon kebebasan menjadi semakin subur. Hukum putaran alam menunjukkan bahawa, setiap pohon yang subur pasti akan tumbang juga sekiranya tidak dijaga dengan baik..
Ketika pewaris bangsa sedang nyenyak menikmati kemmewahan dunia, seringkali mereka terlepas pandang akan ancaman daripada segenap ruang. Relakah kita melihat tangan- tangan barat menggoncang pohon kebebasan kita. Globalisasi pada hari ini menyebabkan banyak dakyah dan propaganda negatif telah disemai dalam jiwa generasi pasca merdeka. Memburkkan lagi keadaan apabila terdapat tangan- tangan ghaib daripada bangsa kita sendiri yang ingin merobohkan sejarah kebebasan bangsa. Mereka rela menepuk tangan dengan gembira apabila bangsa sendiri dilabel sebagai celaka. Sedih hati kita apabila menilai mentaliti generasi pasca merdeka. Sejarah keagungan bangsa menunjukkan bahawa tamadun mesir purba pernah runtuh akibat pengkianatan bangsa. Justeru itu , sedarlah wahai pewaris bangsa. Tidak guna berdemo untuk meluahkan rasa tidak suka. Hakikatnya negara kita mempunyai saluran dan caranya. Pertahankanlah kedaulatan bangsa.Wariskanlah negara kita kepada anak bangsa sebagai generasi merdeka.
Sunday, August 24, 2014
MERDEKA 57 SEMARAK SEMANGAT PATRIOTISME MAHASISWA @AspirasiUSM
Assalamualaikum Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.
Dalam menyusun langkah melewati susur masa, negara kita telah menerima pelbagai ujian getir. Antara peristiwa sukar yang dilalui seluruh rakyat Malaysia ialah tragedi kehilangan pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) iaitu MH370. Lima bulan kemudian, satu lagi tragedi menimpa melibatkan pesawat yang juga milik MAS iaitu MH17. Tragedi ini sungguh memilu hati menuntun rasa kemanusiaan kita kerana pesawat tersebut adalah 'mangsa' pergolakan antara Ukraine dengan pihak pemberontak pro Rusia. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya. Dia jua yang Maha Mengetahui apa yang sebenar-benarnya berlaku terhadap kedua-dua buah pesawat terbabit.
Mari sejenak kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa tragedi kedua-dua pesawat MH370 & MH17.
Pada bulan Ogos ini, kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos, sudah menjadi kebiasaan saban tahun, hari tersebut akan dirai dengan kemeriahan. Namun, persoalan yang ingin AC lontarkan dan sebenarnya juga menjadi perkara yang ingin AC mahu pembaca melihat kembali. Apakah sebenarnya nilai dan erti kemerdekaan negara kepada kita?
Adakah kita menghayatinya? Adakah kita menginsafi setiap nikmat kebebasan, kemewahan, limpah rahmat yang ada kini? Adakah kita mengucap syukur setiap kali kita menghirup udara hasil daripada pengorbanan nenek moyang kita? Dan, masihkah ada sekelumit cinta/ sayang/ ingin berkorban untuk agama, bangsa dan Malaysia ini?
Ini hanya sebahagian daripada rasa pedih yang mencucuk-cucuk jiwa marhaen yang sayang pada agama, bangsa, dan negaranya.
![]() |
| Tema Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 |
Mahasiswa merupakan golongan yang menerima pendidikan di tahap yang tinggi dan dihormati masyarakat. Seharusnya kita sudah matang untuk membuat pertimbangan dalam segala hal termasuklah mengasingkan sentimen. Dalam usaha untuk mencapai masyarakat yang seimbang dan harmoni, kita juga perlu berperanan untuk menyebarkan semangat patriotik berpaksikan perasaan sayang kepada negara dan juga bangsa. Mungkin ada yang berpendapat bahawa sayang kepada bangsa dan negara adalah 'rasis'. Namun hakikatnya tanpa kedua-duanya, kita sudah menolak jati diri kita yang sebenar. Lama-kelamaan, jika dibiarkan maka ia akan membarah dalam masyarakat dan akhirnya tiada generasi muda yang mahu memandang berat isu bangsa dan negara sendiri dek kerana begitu mahu 'bertoleransi' !
Justeru, dalam usaha kita memantapkan masyarakat dan negara, kita sudah muak dengan pemimpin pembangkang yang mempolitikkan agama dan bangsa yang akhirnya mereka tidak sedar, mereka tidak tahu, dan mereka tidak peduli bahawa mereka adalah 'kesilapan' dalam rencana ini. Misalnya kemelut Menteri Besar Selangor sudah pun menjadi pengajaran kepada penyokong-penyokong pembangkang. Pemimpin yang terbabit dalam isu MB Selangor bagai 'pemain' yang sedang berwayang kepada rakyat.
Mahasiswa kini sudah matang. Jika ada yang salah tidak kira pemerintah mahupun pembangkang, kita tampil untuk menyatakan kesalahan tersebut. Dengan rukun 'Rasional Toleransi Realistik', AC tegaskan bahawa kita bukanlah pihak yang sesetengahnya menganggap mudah untuk 'digula-gulakan' dan menurut secara semberono. Ini pendirian mahasiswa yang berilmu dan beramal dengan ilmunya.
Sesungguhnya kita sebagai rakyat pastinya mencintai negara dan bangsa seterusnya tidak mahu digolok gadaikan oleh pihak tertentu. Ambillah ibrah daripada setiap ujian yang Allah S.W.T beri kepada kita agar ianya menjadi anugerah kepada kita. Ingatlah sahabat-sahabatku, nikmat kemerdekaan ini sukar diraih kembali jika ianya telah diragut.
Mantapkan agama, bangsa, dan negara, julang semangat patriotisme.
#Di_Sini_Lahirnya_Sebuah_Cinta #Merdeka57 #BungaRaya #Malaysia
AC.
Wednesday, May 14, 2014
Umat Islam diancam fahaman humanrightisme – Najib
KUANTAN, 13 Mei – Agama Islam
dan umatnya kini diuji dengan satu bentuk ancaman dan serangan baharu yang
agresif iaitu fahaman humanrightisme yang mengagungkan kehendak dan nafsu
manusia semata-mata.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fahaman itu
dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baharu yang amat pesat berkembang
di dalam dan luar negara.
“Fahaman humanrightisme ini, di
mana rambu dan rencah utamanya adalah berasaskan pemikiran humanisme dan
sekularisme serta liberalisme.
“Ia bersifat songsang apabila
mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata dan menolak sebarang sistem
nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila. Mereka lakukan ini kononnya
atas dasar memperjuangkan hak asasi manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika
berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang
diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah di sini malam
ini.
Turut hadir isteri perdana
menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob
dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib berkata pemikiran
songsang itu cuba dicerna dan disebarkan dengan mengaitkan kesucian agama Islam
dan ia merupakan ancaman yang amat berbahaya kepada akidah dan syariat Islam
itu sendiri.
“Makanya pada hari ini sekali
lagi kita menegaskan bahawa agama Islam yang dianuti, yang diamalkan dan
dinobatkan sebagai agama negara (rasmi) di Malaysia adalah Islam yang
berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang telah dibawa oleh Nabi
Muhammad dan sahabat baginda.
“Kita tidak akan reda dengan
sebarang tuntutan agar hak untuk murtad daripada Islam diberikan, atau hak umat
Islam ini dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah dinafikan, mahupun sebarang
perilaku songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender),” katanya.
Beliau berkata, sebagai sebuah
negara Islam yang memartabatkan Maqasid Syariah (pelaksanaan syariat mengikut
al-Quran dan Sunnah), Malaysia amat menitik-beratkan kebajikan setiap insan
tanpa mengira kaum dan warna kulit, bahasa dan agama.
Najib berkata keadilan,
keseimbangan dan kecemerlangan adalah ciri wasatiyyah atau kesederhanaan yang
digunakan untuk pelaksanaan hak asasi manusia di negara ini.
“Manakala pemahaman hak asasi
manusia yang ekstrem diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang,
perlembagaan dan nilai budaya bangsa.”
Perdana Menteri berkata,
pemahaman agama Islam yang sebenar dan menyeluruh menjadi asas kekuatan negara
dan rakyat harus berusaha memahami al-Quran mengikut pemahaman Nabi
Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketakwaan hanya kepada Allah
SWT serta persaudaraan erat sesama Islam.
“Oleh demikian, umat Islam
diingatkan supaya terus menghayati dan memahami secara mendalam bacaan ayat
suci al-Quran,” katanya.
Beliau berkata tema majlis tilawah kali ini “Wasatiyyah Tonggak
Kesatuan Ummah’ sesungguhnya berkait rapat dengan kesederhanaan yang dididik
dan diteladankan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sirahnya.
“Meneladani sunnahnya (Nabi
Muhammad SAW), maka telah sekian lamanya negara kita telah meletakkan
keharmonian dan keadilan serta kesatuan antara rakyat dan Malaysia sebagai
agenda utama negara.
“Ini sejajar dengan usaha kita
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif
dalam mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,”
katanya. – BERNAMA
PERGOLAKAN POLITIK DUN TERENGGANU - ROBIN HOOD, TUAH DAN JEBAT
Oleh : Admin Kak Seri
Tidak semena-mena politik di
Terengganu berkocak. Bukan kocakan biasa-biasa. Ibarat tsunami jugalah kerana
berupaya merobohkan sebuah pemerintahan kerajaan negeri. Dalam amalan
demokrasi, ia biasa. Tapi dari sudut politik pentadbiran, ia agak mencemaskan.
Daripada mata kasar orang awam yang
mengikuti hal ehwal politik negara pula, ia sesuatu yang di luar dugaan
walaupun cerita-cerita tentang perubahan tampuk pimpinan dalam pentadbiran
kerajaan negeri akan bertukar. Senang cakap, memang dah tersebar luas cerita
Menteri Besarnya akan digantikan dengan individu lain.
Hal ini susulan perjanjian awal
antara bekas Menteri Besarnya dengan pentadbiran parti yang diwakili untuk
berundur selepas setahun memerintah berikutan prestasi kurang memuaskan dalam
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu. Maka, bila disebut perjanjian, haruslah pula
ia dihormati dan dipatuhi.
Namun, keadaan menjadi kelam
kabut apabila bekas Menteri Besar itu mengumumkan keluar dari parti dan
mengisytiharkan diri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas hanya beberapa
jam selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan sejurus selepas
Menteri Besar baharu dilantik dengan perkenan Sultan Terengganu.
Kocakan inilah yang mencetuskan
tsunami sehingga nyaris-nyaris menumbangkan kerajaan negeri Terengganu
berikutan dua orang lagi Yang Berhormat ADUN ikut serta keluar parti
menyebabkan kedudukan kerusi di DUN menjadi 14:15:3.
Kedudukan ini, jika dinilai
secara mata kasar, sudah membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk. Walau
bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku, sekurang-kurangnya buat masa ini,
kerana parti memerintah masih mempunyai kerusi Speaker Dewan untuk
menyelamatkan keadaan. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Penasihat Undang-undang
Negeri.
Namun, ia bukanlah mudah untuk
sebuah kerajaan negeri meneruskan pemerintahan dalam keadaan terikat dengan jumlah
konstituensi yang sama dengan pembangkang melainkan salah seorang, atau dua
atau kesemua ADUN Bebas itu mengisytiharkan sokongan mereka kepada pemerintah
sedia ada. Dalam erti kata lain, isytiharkan sokongan kepada kerajaan negeri.
Dan, situasi sebaliknya akan berlaku jika salah seorang, atau dua atau
kesemuanya mengisytiharkan sokongan kepada pembangkang. Maka, pada bila-bila
masa juga, perubahan akan berlaku.
Situasi ini sebenarnya amat tidak
kondusif, tidak sihat dan tidak pragmatik dalam pentadbiran mana-mana kerajaan.
Untuk seketika, semua pihak mula
mencongak bilakah DUN Terengganu akan dibubarkan bagi memberi jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)
diadakan. Hanya melalui kaedah ini sahaja keadaan boleh dipulihkan, itu pun jika
mendapat perkenan Sultan Terengganu. Pun tentu, ia bukanlah semudah yang
dijangkakan kerana kuasa sebenar kini terletak pada Ahli-ahli DUN Bebas
tersebut.
Ketika pembangkang turut
memulakan langkah proaktif ke arah ‘mengambil-alih’ kuasa, tidak semena-mena
salah seorang ADUN Bebas tersebut mengumumkan menarik balik surat pengisytiharan
keluar parti dan kembali ‘taat’ kepada partinya, sekaligus menjadikan kedudukan
15:15:2, dengan tambahan kerusi Speaker Dewan kepada blok pemerintah kerajaan
negeri. Maka kedudukan kini ialah 16:15:2 – masih rapuh sebenarnya.
Dan, untuk seketika kini,
pemerintah kerajaan negeri boleh menarik nafas lega. Menteri Besar baharunya
juga dikhabarkan telah selamat mengetip kad kehadiran kerja pagi tadi sekaligus
memulakan tugas rasminya hari ini. Tetapi, tiada siapa boleh menyatakan bahawa
beliau akan bertugas dengan tenang sekurang-kurangnya untuk sehari ini. Banyak
yang perlu dilakukan. Terlalu banyak. Rumah yang rosak perlu dibaiki ketika
ancaman tsunami baharu kekal wujud.
Dan untuk kita, apa yang boleh
dipelajari?
Sebelum itu, kami ingin kongsikan
sedikit secara ringkas fakta ini. Semua tahu, bekas Menteri Besar yang
bertindak keluar parti itu dahulu juga naik secara kontroversi. Beliau naik ke
tampuk pemerintahan ketika Menteri Besar sebelumnya ‘diturunkan’ takhta pada
waktu kemuncak kegemilangan.
Jika Menteri Besar yang keluar
parti itu berasakan beliau cukup popular di mata rakyat, Menteri Besar
sebelumnya juga tidak kurang hebatnya. Siapa boleh nafikan, bekas Menteri Besar
itu yang kini menjadi Menteri Pendidikan II, telah mengubah lanskap
sosiopolitik dan ekonomi Terengganu selepas berjaya mengembalikan pemerintahan
yang dikuasai parti pembangkang selama sepenggal sebelumnya.
Paling diingati rakyat Terengganu
tentunya, agenda pendidikan yang dipacu oleh bekas Menteri Besar itu sehingga
meletakkan Terengganu di persada pendidikan negara. Ramai rakyat Terengganu hari ini lahir sebagai produk
revolusi pendidikan yang dibawa oleh bekas Menteri Besar tersebut dan terus
menerpa kejayaan di peringkat lebih tinggi baik di dalam mahupun di luar
negara. Dan bekas Menteri Besar yang keluar parti itu pula, hanya meneruskan
kecemerlangan tersebut sambil mencipta satu dua perubahan baharu, sambil
menjadi Robin Hood rakyat untuk popular.
Memang tidak dinafikan, ada satu
dua juga tindakan Menteri Besar yang keluar parti itu disukai rakyat tetapi
kita perlu menilai dari neraca politik keseluruhannya, terutamanya terhadap
diri Menteri Besar yang keluar parti itu sendiri, sebelum merumuskan secara
mutlak.
Robin Hood juga buat silap.
Apatah lagi Jebat dan Tuah. Tetapi siapakah yang akhirnya di pihak yang benar? Untuk
membandingkan ketiga-tiganya memang tidak adil kerana situasi dan zaman tidak relatif
sama. Namun, ada perkara-perkara boleh dirujuk sebagai panduan nilai.
Bekas Menteri Besar yang kini
menjadi Menteri Pendidikan II, jelas sekali bertindak sebagai Tuah yang
bijaksana. Beliau tidak merajuk ketika hilang takhta atas perkenan Sultan.
Beliau kekal tenang, tidak emosi hingga keluar parti dan meneruskan tugas
sebagai YB seperti biasa. Sebagai orang politik, egonya sangat dicabar ketika
itu. Daripada seorang Menteri Besar, beliau diturunkan menjadi ADUN biasa di
dalam dewan. Namun, lihat siapa beliau hari ini?
Sebaliknya, bekas Menteri Besar
itu yang bertindak keluar parti, jelas sekali terlalu beremosi dalam
tindakannya. Ya, kita tidak tahu apa yang berlaku tetapi apa yang kita lihat
hari ini, tidak kurang juga boleh dinilai dan dianalisa. Alasan kenduri kahwin
jelas suatu alasan yang diada-adakan kerana beliau mempunyai masa setahun untuk
merancang! Kenapa tarikh tersebut yang dipilih? Tak perlu bicara soal tolak
ansur di sini kerana setahun masa yang diberikan itu adalah ruang tolak ansur
sebenar yang telah diberikan kepada beliau.
Kini, Robin Hood ini perlu
menilai dan bermuhasabah atas dirinya sendiri. Apakah yang diperolehi selepas
mengambil tindakan tersebut? Apakah pula kebaikan kepada rakyat, negeri dan
negara?
Di atas segala kemelut ini, kita
perlu sampaikan mesej penting ini kepada semua ahli politik di luar sana :
“Cukup-cukuplah. Politik perlukan
kematangan. Takkan itu pun rakyat perlu ajar?” - KS
PENAFIAN : Artikel ini hanya pandangan peribadi admin KS dan tidak mewakili pandangan keseluruhan Aspirasi USM.
Thursday, March 6, 2014
SIAPA SITI KASIM MAHU BODOHKAN ULAMA?
5 Mac 2014, Mahkamah Persekutuan bersidang
mendengar permohonan mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan
orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah di Malaysia.
Sebelum itu, pada 14 Oktober
2013, Mahkamah Rayuan telah pun membuat keputusan tersebut dan disambut dengan
penuh kesyukuran oleh umat Islam dengan harapan polemik ini akan berakhir
secepat mungkin.
Ya, ia polemik. Polemik yang
cukup sukar. Polemik yang perlu ditangani dengan cermat. Apabila diheret ke
mahkamah, maka ia perlu diadili sebaik-baiknya dengan lunas perundangan yang paling
tepat.
Namun, kemunculan pelbagai pihak
yang tidak diketahui asas ilmu mengenal Allah secara tiba-tiba dengan pelbagai
kenyataan yang mengarut dan menyimpangi kebenaran sedikit sebanyak telah
mengeruhkan keadaan. Natijahnya, polemik penggunaan kalimah Allah menjadi kian
sukar dan rumit.
Terbaru, kenyataan yang
dikeluarkan oleh Siti Zabedah Kassim, seorang peguam dan aktivitis yang mengaku
masih Islam dan berbangsa Melayu. Dalam kenyataan beliau itu, beliau melabelkan
orang Melayu yang mempertahankan kalimah Allah ini sebagai lembu yang bodoh
kerana patuh sahaja kepada saranan alim ulamak dalam isu ini.
Lihat apa kata Tuan Guru Nik Aziz
Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan ; “..kalau
agama lain yang tuhannya tidak satu bahkan tiga ataupun lebih, tiba-tiba nak
guna Allah, itu mengarut!”
Maka siapa Siti Kassim ini jika
dibandingkan dengan Tuan Guru yang disanjungi umat Islam di Malaysia ini?
Melayu Liberal
Sejarah membuktikan golongan
seperti Siti Kassim sentiasa wujud pada setiap zaman. Bukan hanya pada zaman
ini sahaja golongan liberal yang mentafsir agama dan kepercayaan dengan akal
fikiran ini sentiasa cuba memesongkan kebenaran, malah pada zaman Baginda Rasulullah
SAW pun sudah ada. Antara yang terkenal ialah Abdullah bin Ubai bin Salul dan
Dzul Khuwaisirah. Jika dibandingkan dengan Siti Kassim yang mengaku Islam,
apalah sangat. Namun ironinya, mereka berkongsi banyak persamaan : mengaku
Islam tetapi berakhlak sebaliknya.
![]() |
| Siti Zabedah Kassim. |
Pada zaman ini, istilah yang
lebih popular untuk golongan ini ialah Islam Liberal yang kuat berpegang kepada
konsep pluralisme akidah. Ia bermaksud, mereka percaya bahawa semua agama dan
kepercayaan adalah sama kerana menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah. Yang berbeza
ialah kaedah penyembahan, dan pada mereka, soal kaedah bukanlah isu yang besar.
Jika semua agama benar, yang mana yang diredhai Tuhan?
Bagi orang Islam, Rabb yang
disembah hanya Allah SWT, Yang Maha Suci, Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan.
Sebelum kedatangan Islam, yakni
sejak terciptanya Nabi Adam AS dan diturunkan ke alam dunia lagi semua manusia
diperintahkan menyembah Allah. Zaman beredar tetapi Rabb tetap sama. Namun manusia
dengan angkuh mula mencipta pelbagai perkara karut dalam usaha ‘mencapai’
Tuhan. Ada yang mencipta berhala, ada yang menyembah pokok, gunung-ganang,
sungai dan sebagainya lagi. Mereka menjadikan simbol-simbol tersebut sebagai
perantara kepada Tuhan Yang Satu (Allah) bahkan sampai ke tahap
menyekutukanNya!
Adakah Siti Kassim boleh
rasionalkan kenapa situasi ini berlaku? Bolehkah Siti Kassim berikan jawapan
dengan ilmu perundangannya itu sekaligus membantu kita memahami bahawa
tindakan-tindakan menyekutukan Allah itu adalah tindakan yang benar dan
diredhai oleh Allah sendiri? Hal ini demikian kerana, menurut kefahaman kita
dan para alim ulamak, tindakan menyekutukan Allah adalah tindakan syirik yang
paling besar. Jika Siti Kassim percaya bahawa semua kaedah ‘mencapai’ Tuhan itu
bukan perkara yang perlu diberatkan, maka dia juga perlu menjelaskan kenapa
Allah menurunkan Al-Quran kepada Muhammad SAW mengikut kefahamannya sendiri
(itu pun kalau beliau masih beriman kepada Al-Quran).
Rasulullah SAW Memperbetul Kesilapan Beragama dan Kepercayaan Manusia
Sebelum Baginda Nabi Muhammad SAW
diangkat menjadi Rasul, masyarakat Arab Jahiliyah yang terdiri daripada kaum
Kafir Quraisy menyembah pelbagai bentuk berhala. Jumlahnya bukan sedikit bahkan
mencecah ratusan jenis. Masyarakat Arab ketika itu hidup dalam keadaan yang
begitu jahil tetapi bukanlah bermakna mereka tidak beragama. Mereka menyembah
pelbagai Tuhan dan menyekutukan Allah pada masa yang sama. Kerana kejahilan
yang melampau, mereka tidak lagi mengenal Allah SWT sebagai Rabb Yang
Menciptakan Alam Semesta.
Keadaan ini berterusan untuk satu
tempoh yang lama sehinggalah Allah melantik Muhammad menjadi Rasul terakhir
yang berperanan membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut. Nabi Muhammad sebagai
Rasulullah diberikan tanggungjawab dan amanah untuk berdakwah kepada kaumnya
supaya menyembah Allah SWT yang sebenar-benarnya, berhenti menyekutukanNya
dengan berhala-berhala buatan tangan dan meninggalkan amalan jahiliyah yang
lain. Muhammad SAW mengajarkan Islam, yakni deen
yang bermaksud jalan hidup yang
menyeluruh yang sejahtera, aman dan selamat.
Dengan turunnya Islam maka segala
jalan lain atau kaedah untuk ‘mencapai’ Tuhan yakni Allah itu dianggap tidak
lagi valid, terbatal dan termansuh dengan sendirinya. Kenapa? Inilah yang perlu
difahami oleh Siti Kassim. Islam sebagai jalan hidup yang menyeluruh adalah
suatu jalan yang diredhai Allah SWT, tiada jalan lain kecuali Islam. Jadi bagaimana
Siti Kassim boleh ‘redha’ dengan pelbagai bentuk penyekutuan yang dilakukan
oleh fahaman lain terhadap Allah sedangkan Allah sudah pun menetapkan kaedah
yang paling benar, valid dan wajib diikuti oleh sekalian manusia yakni Islam?
Sepatutnya Siti Kassim menyertai
umat Islam yang lain termasuk para alim ulamak dan menyeru orang bukan Islam
supaya mengEsakan Allah SWT.
Pertahan Kalimah Allah Bukan Isu Bangsa Tapi Akidah
Dalam klip video yang menyiarkan
kenyataan Siti Kassim selepas mahkamah bersidang, jelas sekali Siti Kassim
lebih banyak menyerang orang Melayu berbanding menyebarkan kebenaran bahawa “Allah
itu Tuhan seluruh alam” seperti yang terpampang di bajunya.
Apakah yang Siti Kassim faham
dengan maksud ayat “Allah Tuhan seluruh alam” itu? Adakah Siti Kassim faham “Allah
Tuhan seluruh alam” itu membawa maksud Allah Yang Maha Pencipta telah mencipta
dan menguasai seluruh isi alam termasuk manusia dan makhluk-makhluk yang lain? Namun
manusia dengan angkuh dan sombongnya, dengan sedikit akal yang dikurniakan, telah
menyekutukan Allah SWT dan pada masa yang sama pula, Allah SWT tidak rugi
apa-apa pun akibat daripada perbuatan manusia-manusia yang menyimpang itu. Yang
akan rugi ialah manusia-manusia itu sendiri kerana menolak kebenaran yang
hakiki.
Adakah Siti Kassim termasuk dalam
golongan itu seperti kata-kata beliau, “Saya tidak kisah orang nak kata saya
murtad. In the end, tuhan yang akan judge saya,…”? Siapakah ‘tuhan’ yang
dimaksudkan akan judge beliau nanti
itu? Tuhan yakni Allah yang disembah oleh umat Islam (sebenar-benar jalan yang
diredhai oleh Allah SWT sendiri) atau tuhan versi palsu yang lain?
Kita perlu sedar dan beriman
bahawa Rabb yang kita sembah ialah Rabb yang khusus merujuk kepada Allah, bukan
tuhan yang difahami secara umum yang boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya
sebagai God seperti yang dituntut oleh pihak The Herald dan gereja dalam polemik
ini. Hal inilah yang gagal difahami oleh Siti Kassim dengan sebaik-baiknya.
Kita boleh bersangka baik, mungkin ilmu agamanya cetek dan kefahaman beliau
terhadap konsep tauhid senipis kulit bawang, namun jangan sekali-kali kita
menyokong Melayu Islam Liberal seperti beliau yang tegar dalam kejahilannya
itu.
Ini isu akidah yang besar, bukan
soal perjuangan bangsa. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Indonesia yang
lahir akibat pluralisme akidah yang melampau turut berlaku di negara ini. Di Indonesia,
saban tahun jumlah orang Islam yang murtad (keluar daripada Islam) mencecah
angka 2 juta orang. Kenapa hal seperti ini berlaku? Kami tidak perlu menjawab
persoalan ini sebaliknya kita perlu bersama-sama berfikir untuk mencapai
kefahaman supaya pada akhirnya kita boleh bersatu menegakkan kebenaran.
Kepada Siti Kassim dan mereka
yang menuntut hak penggunaan kalimah Allah itu kepada orang bukan Islam, jika
kalian masih Islam, tanyalah hati kecil anda, “kenalkah aku siapa Tuhanku yang
sebenar-benar?” Mudah-mudahan, kalian peroleh jawapan yang benar.
Allah itu Maha Benar. Islam itu
jalan yang benar. Carilah kebenaran melalui jalan yang benar ini supaya kita
kenal siapa Tuhan yang sebenar-benarnya benar.
Nota : Artikel ini ialah pandangan peribadi admin.
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)
