Sunday, March 25, 2012

Demonstrasi Bukan Cara Kita

Rasional. Toleransi. Realistik. Inilah tiga teras utama perjuangan kumpulan aspirasi mahasiswa USM yang dipegang sejak sekian lama.


Tiga teras ini jugalah yang telah menjadi semangat dan aspirasi hingga tertubuhnya Dewan Perundingan Pelajar (DPP) USM atau lebih dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa.




Ahli Dewan Perundingan Pelajar USM menggunkan kaedah

berbahas dan berbincang, bukan berdemonstrasi.


Parlimen ini juga menjadi platform penting yang mencetuskan anjakan dalam demokrasi di kampus selepas pelbagai catatan penting berlaku khususnya sejak tahun 60-an hingga lewat 90-an membabitkan golongan mahasiswa di Malaysia.

Malangnya, semangat ini kelihatan kurang dihayati oleh kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang terus memilih kaedah jalanan dan melanggar undang-undang hanya untuk menyampaikan hasrat mereka.




Ingat lagi demonstrasi di Jalan Duta yang membawa kepada insiden menurunkan bendera DS Najib, Perdana Menteri Malaysia? Ingat lagi demonstrasi liar di hadapan pintu pagar UPSI pada malam tahun baru yang lalu?

Banyak lagi contoh yang boleh kita saksikan. Pelbagai bentuk kaedah yang jelas sekali tidak mencerminkan aspirasi majoriti mahasiswa digunakan oleh kumpulan ini hingga mencetuskan tanda tanya, siapakah atau apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh mereka?
Seorang ahli dewan membahaskan usul dengan berhemah dan terhormat.

USM juga tidak sunyi daripada gelagat kumpulan mahasiswa ini, walaupun mungkin tidak sehebat rakan-rakan mereka di luar sana. Tapi biasalah, mahasiswa di USM rata-ratanya tidak begitu ghairah dengan politik. Namun, masih ada yang cuba membawa masuk elemen ini ke dalam kampus kita.

Sebagai contoh, cubaan untuk untuk mengadakan candle lite vigile atau himpunan memperingati adam adli dan safwan anang susulan demonstrasi liar di UPSI itu. Ia dianggap sebagai cubaan membawa masuk anasir luar yang tidak selari dengan aspirasi majoriti mahasiswa di USM sendiri.


Aksi mahasiswa berdemonstrasi di UPSI

Buktinya, pada malam tersebut, tidak ramai yang ikut berhimpun meskipun hebahan mengenainya

dibuat secara besar-besaran. Sudahnya program tersebut ditukar kepada sesi perbincangan mengenai isu-isu semasa berkaitan politik dan mahasiswa.

USM juga mempunyai sejarah hitam membabitkan mahasiswa pro-pembangkang seperti yang berlaku pada tahun 2004 apabila Sooh Sok Hwa menjadi individu pertama mencabar pihak universiti di mahkamah selepas dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam kempen sebuah parti politik dalam pilihanraya umum 2004.



Kenyataan biadap dari seorang aktivis mahasiswa pro-pembangkang.



Selain itu, ada juga pernah ditangkap kerana menceroboh bilik gerakan sebuah parti politik ketika kempen pilihanraya umum pada yang sama sehingga mendapat liputan meluas dari media arus perdana.



Sedikit sebanyak hal-hal sebegini telah mencemarka nama baik universiti kita. Adakah ini yang kita inginkan di dalam kampus tercinta ini? Kenapa mesti terlibat dengan perkara-perkara yang jelas dilarang di dalam undang-undang?




Sahabat-sahabat, buatlah perbandingan anda. Kaedah demokrasi bagaimana yang kita inginkan? Demonstrasi atau toleransi? Emosional atau rasional? Idealistik atau realistik?