Friday, July 31, 2015

HARI PAHLAWAN MALAYSIA

#haripahlawan2015
#aspirasigenerasipahlawan

Kamus Dewan menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

Jika mengambil kira ungkapan ‘orang yang gagah dan berani dan telah terkorban’ kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dijajah oleh anasir luar atau cubaan dari anasir dalaman yang berhaluan kiri dan kumpulan-kumpulan yang ingin mengkucarkacirkan kestabilan negara. Walaupun ianya bergerak tidak dalam kumpulan anggota berunifom atau seumpamanya, maka selayaknya mereka juga digelar pahlawan.

Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Ini bermakna, negarawan, ahli-ahli politik malah juga orang-orang persaorangan atau pun kumpulan yang bermandi darah dan keringat, berjuang dengan cara masing-masing dengan hasrat yang sama iaitu untuk membebaskan bumi Malaysia dari cengkaman penjajah dan pertualang-pertualang yang mengkhianati bangsa dan negara sendiri demi kelangsungan ideologi dan perjuangan mereka untuk menjadikan negara ini bukan sebuah negara demokratik adalah merupakan dari kelompok pahlawan.

Oleh kerana mereka berjuang bukan atas nama mana-mana organisasi berunifom, adalah menjadi sukar untuk mengesan jejak-jejak mereka untuk sama-sama didokumentasikan sebagai pejuang sebaris dengan pahlawan-pahlawan yang tersenarai dalam rekod sejarah negara.

Walau apa pun tafsiran, jasa dan pengorbanan mereka yang tiada tolok banding nilainya di sisi sejarah telah menjadi titik tolak kepada kecemerlangan pembangunan negara hari ini. Mereka datang bukan hanya dari satu bangsa majoriti malah mewakili bangsa-bangsa minoriti yang lain.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.

31 Julai saban tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.


Thursday, July 30, 2015

KABINET MALAYSIA 2015




Tahniah diucapkan kepada Y.A.B Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Menteri Mentor USM yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tidak lupa juga kepada salah seorang Alumni USM,Datuk Seri Idris Jusoh yang dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II.

Kemalangan pelajar dari Kampus Kejuruteraan USM


Berita mengejutkan yang berlaku kepada salah seorang pelajar USM dari kampus cawangan iaitu kampus kejuruteraan pada 29 Julai 2015 di Jasin,Melaka. MOHD FATEHUDDIN BIN RABAN,pelajar dari kursus Kejuruteraan Mekanik yang akan memasuki Tahun Tiga pada sidang akan datang telah mengalami kemalangan. Mohd Fatehuddin dikatakan dalam perjalanan pulang ke USM selepas melawat adiknya di UITM Jasin, Melaka. Mohd Fatehuddin yang menunggang motosikal dan kemalangan berlaku antara motosikal ditunggang dengan sebuah trelar. Kemalangan tersebut menyebabkan kaki kiri Mohd Fatehuddin putus dan patah tangan. Mohd Fatehuddin kini sedang dirawat di Hospital Melaka dan telah sedar serta berada dalam keadaan sedar.

Mohd Fatehuddin bin Raban




Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan peribadi anda boleh menghubungi kakak beliau.
Nama: Siti Norfatihah binti Raban
No. Tel : 0177206041

Wednesday, July 29, 2015


AKAN KEMBALI BERGIAT DI SINI








Setelah sekian lama menyepi,kami akan kembali bergiat menulis di sini. Nantikan kemunculan seterusnya.