Friday, February 25, 2011

Konspirasi?

Pemilihan MPP/MPM seluruh IPTA sudah pun selesai. Daripada analisa kami, kumpulan pendokong aspirasi universiti masih kukuh kerana menguasai 17 buah universiti manakala kumpulan Pro-Mahasiswa pula hanya mampu menguasai 3 buah universiti di Lembah Klang.

Namun begitu, pemilihan kali ini ternyata amat menarik rentetan beberapa insiden yang telah berlaku di beberapa buah IPT. Kalau di USM, kejadian bakar kain rentang calon pendokong aspirasi universiti dianggap sebagai keterlaluan, suasana di Lembah Klang sebenarnya jauh lebih genting. Insiden usung keranda, calon hilang, demonstrasi 17 jam dan sebagainya lagi telah mewarnai pemilihan tahun ini.

Beberapa akhbar misalnya hari ini melaporkan ‘kehilangan’ kedua calon Pro-Mahasiswa Universiti Malaya walaupun selepas menang kerusi yang ditandingi. Kehilangan kedua ini menimbulkan lebih banyak misteri kerana mangsa sehingga kini belum membuat laporan polis berhubung kehilangan pertama, dan kini beliau hilang lagi ketika pihak universiti mahu mengambil keterangannya.

Konspirasi? Atau penganiayaan? Ramai antara kita barangkali belum tahu kedudukan sebenar calon berkenaan. Masturah, penuntut jurusan Sains Politik Syariah Islam di Akademi Pengajian Islam UM dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas membeli kad tambah nilai prabayar di Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam ketika berkempen untuk pilihan raya kampus.

Selepas 30 jam dikatakan hilang, pelajar itu ditemui semula di Masjid Teras Hernang, Bangi tengah malam Ahad lalu. Masturah kemudian muncul antara calon promahasiswa yang menang dalam pemilihan.

Apa yang menariknya ialah keputusan mangsa dan keluarganya yang tidak mahu melaporkan kehilangan beliau itu kepada pihak polis walaupun mengetahui bahaya yang mungkin boleh berlaku ke atas Masturah. Tindakan ibunya, seorang pemimpin kanan sebuah parti politik yang turun berkempen di UM untuk Masturah sepanjang kehilangan tersebut juga menimbulkan pelbagai andaian.

Banyak pihak yang melihat kes ini sebagai konspirasi kumpulan Pro-Mahasiswa sendiri untuk meraih undi simpati. Jika benar, maka memang berkesan strategi tersebut. Andaian ini menjadi semakin ketara kerana sepanjang 30 jam kehilangannya, ibu Masturah dan ahli keluarga yang lain kelihatan tenang dan sempat mengemaskini laman sosial masing-masing seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Masturah juga perlu menjelaskan bagaimana sebuah laman web yang dikendalikannya sendiri iaitu UMKini boleh menghantar emel kepada NetKL.com antara jam 4.15 petang, 19 Februari 2011 lalu. Dua kiriman emel telah dihantar pada jam 1.35 pagi dan 10.12 pagi pada 20hb Februari 2011 menggunakan alamat UMKini. Jika benar beliau hilang, bagaimana emel-emel tersebut boleh dihantar?

Andaian ini semakin kukuh apabila Masturah sekali lagi hilang apabila pihak UM ingin mendapatkan keterangan dan penjelasannya sendiri berhubung kehilangan pertamanya. Menurut kenyataan daripada pihak pentadbiran universiti, Masturah dikehendaki hadir memberikan keterangannya sebelum laporan polis dibuat pada hari ini. Adakah insiden kali ini juga boleh ditakrifkan sebagai ‘hilang’ atau ‘menghilangkan diri’? Hanya Masturah sahaja yang tahu.

Apa-apa pun, beliau sudah pun mendapat apa yang dihajatkan iaitu kuasa dan kedudukan sebagai MPM UM. Namun, jika strategi ‘hilang’ ini memang dirancang, ia jelas sekali suatu pengkhianatan ke atas demokrasi kampus dan seluruh mahasiswa di negara ini.

2 comments:

  1. salam
    konspirasi?
    Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran andaian ini. tp sy juga mempunyai pendapat sendiri. mungkinkah ianya benar2 kes 'penculikan' akibat dpd agenda politik kampus yg semakin ghairah itu?teknik aspirasi yg semakin terdesak???atau makin tertekan???

    keberadaan sy di kampus borneo juga adalah cth 'mainan' yg dipraktikkan oleh aspirasi. sedangkan mereka boleh 'bermain kotor' di tempat saya, mungkin saja di sana lagi 'mainan' sana lg panas!!

    ReplyDelete
  2. cik safiyah,

    soal konspirasi atau tidak rasanya sudah boleh diselesaikan kalau masturah sendiri dpt menjelaskan perkara sebenar..selama 30 jam tersebut, hanya beliau yg tahu..sehingga hari ini, tindakan sewajarnya baik drpd pihak UM ataupun PDRM tdk dapat diambil kerana kekurangan keterangan..kalau penculikan, rasanya kes ini paling mudah diselesaikan oleh pihak polis tetapi mangsa sendiri ataupun keluarganya tidak pun buat report..ini yg musykil......seperkara, sy rasa tak wajar dituduh aspirasi, walaupun cuma teori kerana aspirasi tidak sejahat itu dan tidak begitu terdesak ntuk menang...sebagai pejuang aspirasi, sy sedar dan perlu tegaskan di sini, kami ada prinsip dlm perjuangan dan perkara2 begini bukan amalan kami, apatah lagi hingga menculik calon lawan....di UM, pernah berlaku kes kepala babi dlm surau API yg semua tahu, sebuah markas paling ketat dan paling mustahil dicerobohi oleh aspirasi yg berniat jahat kerana hampir 24 jam dikawal, tetapi kepala babi masih boleh dibawa masuk dan akhirnya aspirasi atau penggerak yg dituduh melakukannya...selepas siasatan dalaman dilakukan, akhirnya kebenaran datang juga..tp apa reaksi penggerak? kami sikit pun tak bising kerana sedar, semangat dan dasar kawan2, sahabat sekampus itu lagi utama...safiyah boleh andaikan apa sahaja, tapi masturah yg tahu perkara sebenar.

    ReplyDelete