Monday, March 25, 2013

AGENDA PENDIDIKAN PERCUMA HANYA RETORIK PEMBANGKANG


Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu.

Dalam konteks pendidikan hari ini, benarkah wujud satu sistem pendidikan yang percuma secara holistik bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi di mana-mana negara di dunia? Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan percuma itu sendiri? Relevankah sistem ini?

Secara mudah, percuma bermaksud tidak dikenakan apa-apa bayaran atau caj. Jika justifikasi ini diambil kira, maka secara mudah juga kita akan bersetuju bahawa tidak ada satu sistem pendidikan di mana-mana negara yang diberikan secara percuma. Sebaliknya, pasti ada pihak yang mendanai sistem tersebut dari segenap sudut dan perkara.

Definisi umum yang diberikan di peringkat global juga menjelaskan bahawa pendidikan percuma sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan atau dibiayai melalui hasil percukaian negara, atau disokong (secara biasiswa) oleh organisasi tertentu yang tidak berorientasikan keuntungan jangka pendek. Hal ini bermakna, ia tidaklah benar-benar percuma kerana kos tersebut ditanggung melalui sumber lain oleh pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi yang terlibat secara langsung menyediakan pendidikan tersebut.

Terdapat beberapa buah negara yang memberikan pendidikan secara percuma di setiap peringkat kepada rakyatnya. Namun begitu, meskipun negara-negara tersebut menyediakan pendidikan secara percuma, kadar cukai yang dikenakan pula adalah tinggi hingga mencecah lebih 50% berbanding purata pendapatan dalam negara.

Salah sebuah negara tersebut ialah Finland yang mengenakan cukai hingga 49.2% iaitu kesembilan tertinggi di dunia. Hasil cukai inilah yang sebenarnya menampung perbelanjaan pendidikan di negara tersebut seperti membayar gaji para pensyarah, staff universiti, tukang sapu, pengawal keselamatan dan pelbagai lagi.

Negara-negara Yang Menyediakan Pendidikan Percuma

Berikut merupakan negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat kepada rakyatnya:

  1. Brunei
  2. Argentina
  3. Finland
  4. Norway
  5. Jerman



10 Negara Dengan Cukai Tertinggi

Berikut ialah senarai negara yang mengenakan cukai tertinggi ke atas rakyatnya:

  1. Aruba (58.95%) / Purata pendapatan – Tidak diperolehi
  2. Sweden (56.6%) / Purata pendapatan -  $48,800
  3. Denmark (55.4%) / Purata pendapatan - $64,000
  4. Netherlands (52%) / Purata pendapatan - $57,000
  5. Austria (50%) / Purata pendapatan - $50,700
  6. Belgium (50%) / Purata pendapatan- $52, 700
  7. Japan (50%) / Purata pendapatan - $53,200
  8. United Kingdom (50%) / Purata pendapatan - $52,320
  9. Finland (49.2%) / Purata pendapatan  - $49,000
  10. Ireland (48%) / Purata pendapatan - $40,900


Adakah Malaysia Menyediakan Pendidikan Secara Percuma?

Malaysia telah melaksanakan sistem pendidikan percuma secara berperingkat baik di tahap primer (rendah) mahupun sekunder (menengah). Namun begitu, atas faktor ekonomi, Malaysia masih belum mampu menyediakan pendidikan tinggi atau tertiari secara percuma kepada rakyatnya kerana ia melibatkan kos yang amat besar.

Sektor pendidikan tinggi atau tertiari ini dilihat sebagai pelaburan individu terhadap negara. Tidak semua orang layak atau mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Atas sifat fundamental selektif ini, maka tidak wajar sekiranya pendidikan tinggi turut diberikan percuma kerana ia melibatkan cukai daripada duit rakyat berbanding pelaburan yang dibuat oleh pihak kerajaan ke atas pendidikan primer dan sekunder. 

Namun begitu, pihak kerajaan tetap berusaha meringankan beban rakyat yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari ini melalui pelbagai insentif lain. Misalnya, kerajaan pusat menanggung antara 85% hingga 95% kos yuran pengajian bagi setiap pelajar di universiti awam manakala bakinya ditanggung oleh pelajar sendiri melalui pinjaman pendidikan tinggi, biasiswa dan bantuan-bantuan lain.

Sebagai contoh, kos keseluruhan bagi setahun pengajian untuk kursus perubatan di UiTM ialah RM47, 278. Yuran asas yang perlu dibayar oleh pelajar pula hanyalah RM400 sahaja manakala bakinya ditampung oleh pihak kerajaan sendiri.

Walaupun kos yuran pengajian berbeza di setiap universiti, namun secara relatif kos yang ditampung oleh pihak kerajaan berada pada kadar yang sama iaitu antara 85% hingga 95% daripada kos sebenar.

Hal ini sudah cukup untuk membuktikan sistem pendidikan negara kita berada pada landasan yang cukup baik, bersifat sejahtera dan kondusif ke arah melahirkan lebih ramai graduan dari universiti tempatan. Muktahir ini juga kita dapat lihat iltizam pihak kerajaan membantu para penuntut di institusi pengajian tinggi  melalui pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BR1M), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, diskaun kemudahan pengangkutan dan pelbagai bentuk bantuan lagi yang kesemuanya bertujuan meringankan beban para pelajar kita.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Kronologi Isu Pendidikan Percuma di Malaysia

Isu pendidikan percuma kembali timbul selepas Pakatan Rakyat memasukkannya dalam manifesto mereka bagi menghadapi PRU-13.

Sebelum itu, isu ini telah dibawa oleh sebuah gerakan mahasiswa pro-Pakatan Rakyat dikenali sebagai Sekretariat Malaysia Bangkit yang dipimpin oleh bekas mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Syahid Zaini. Agenda pendidikan percuma ini merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan gerakan ini yang kemudiannya menjadi polemik panjang dalam kalangan rakyat dan ahli politik di Malaysia.

Kemuncak tuntutan ini ialah Demonstrasi Menuntut Pemansuhan PTPTN anjuran Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang ketika itu dipimpin oleh penuntut KUIS, Saudara Ahmad Syukri Razab, dan Sekretariat Malaysia Bangkit sendiri.

Demonstrasi ini berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 April 2012. Hampir 1000 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan orang ramai telah berarak di sekitar Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka disusuli pelancaran kempen Occupy Dataran yang berkhemah di Dataran Merdeka selama dua minggu diketuai aktivis mahasiswa haluan kiri, Fahmi Reza.

Polemik pendidikan percuma ini turut melibatkan pemimpin politik negara. Selepas demonstrasi liar tersebut, beberapa pihak daripada parti politik mula membincangkan hal ini dengan lebih serius. Satu debat terbuka juga turut dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Pakatan Rakyat kemudiannya telah memasukkan idea pendidikan percuma ini sebagai salah satu manifesto mereka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.  

Betulkah Finland Menawarkan Pendidikan Percuma?

Ya, memang Finland menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat. Tetapi ia tidak datng dengan mudah.

Finland dengan enrolmen pelajar setinggi 169,000 orang telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI di Malaysia dengan enrolmen pelajar IPTA seramai 508,256 orang mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%.

Finland juga dengan kadar cukai maksimum 53% telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI di Malaysia dengan kadar cukai maksimum 26% mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%.

Dalam erti kata lain, di Finland, pendidikan percuma dibiayai oleh dana awam sepenuhnya melalui kadar cukai yang tinggi tetapi di Malaysia dengan kadar cukai separuh daripada apa yang dikenakan oleh Finland mampu memberikan subsidi yuran sehingga 95% kepada lebih 500,000 orang pelajar IPTA dalam setahun.

Malaysia juga membelanjakan lebih RM20 bilion setahun untuk subsidi bahan api dan keperluan harian rakyat seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain.

Bagaimana Pula Dengan Turki?

Dakwaan pembangkang kononnya Turki menyediakan pendidikan tinggi percuma adalah suatu fitnah yang nyata.

Turki sebenarnya mengenakan yuran pengajian tinggi baik di peringkat tertiari mahupun pasca siswazah dan amalannya sama seperti di negara kita. Kadar yuran di Turki boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

JADUAL KOS YURAN PENGAJIAN TINGGI DI TURKI. 

Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah dari gred 1 hingga 12 dan Malaysia juga menawarkan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.

Di Turki, sebahagian besar pelajar menerima pinjaman pendidikan menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution yang ditubuhkan pada 1961. Kadar faedah yang dikenakan ialah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang mengikut kadar inflasi semasa.

Justeru dengan pencerahan ini, adalah diharapkan semua pihak terutamanya para mahasiswa tidak lekas terpengaruh dengan godaan pendidikan percuma tersebut.

Kita sebenarnya sudah berpeluang menikmati pendidikan percuma. Majoriti daripada kita sekarang ialah penerima pinjaman PTPTN yang kini boleh ditukarkan kepada biasiswa penuh sekiranya kita mendapat keputusan yang cemerlang. Inilah pelaburannya. Jika kita berusaha lebih, kita akan mendapat keuntungan lebih. Jika sebaliknya, kita masih boleh mendapat keuntungan iaitu dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan ijazah yang kita miliki selepas bergelar graduan.

Jadilah kaum yang bersyukur dan berusaha untuk membaiki kehidupan sendiri.





Saturday, March 16, 2013

TERKINI DARI LAHAD DATU - KETUA PENCEROBOH PENGECUT LARIKAN DIRI DARI MEDAN PERANG!!



KUALA LUMPUR — Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.

Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.

Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.

Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.

Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.

Selanjutnya, klik SINI.

Friday, March 15, 2013

GEMPAR!!! TIGA KETUA PENGHUNI NERAKA DIDEDAHKAN KEPADA UMUM!!!


Tentu ramai yang dah baca atau mengikuti kenyataan terbaru oleh Khalid Ismath di akaun Twitternya seperti dalam gambar di atas.

Ini bukan kali pertama, dan AC yakin, bukan yang terakhir bagi Khalid Ismath mencetuskan kontroversi melalui pelbagai kenyataan yang dibuatnya.

Baru-baru ini, Khalid Ismath mengeluarkan satu kenyataan bahawa pluralisme akidah sebagai satu perkara yang menyihatkan. Sebaliknya, orang yang menentang perkara tersebut dianggap tidak sihat.

Khalid Ismath juga pernah membuat pengakuan bahawa punca isterinya, Nurul Jannah Abd Aziz menuntut fasakh kerana berbeza pegangan akidah, sekali gus membuktikan beliau seorang penganut Syiah.

Sebenarnya, perkara-perkara sebegini memang tidak asing dalam kalangan penganut Syiah di mana-mana sahaja. Ketaksuban melampau mereka terhadap Syiah hingga sampai ke tahap mengkafirkan orang Islam dari mazhab lain (boleh dilihat dalam kenyataan terbarunya seperti di atas).

Mereka juga percaya Syurga hanya layak untuk pengikut Syiah! Jadi apa yang nak dihairankan apabila Khalid Ismath berkata sedemikian, bukan?

Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, Khalid Ismath ini seorang figure masyarakat yang dikenali. Beliau mengetuai Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indiependen (KAMI) yang bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama GAMIS dan beberapa pertubuhan haram yang lain.

Khalid Ismath jugalah yang bertanggungjawab dalam insiden mengalungkan bunga malai (bunga kematian) kepada potret Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi ketika Demonstrasi Mansuh PTPTN di Dataran Merdeka pada 14 April 2012. Beliau juga turut melaung-laungkan pelbagai kata kesat kepada Perdana Menteri dan isteri seperti 'Hancur!' 'Bangsat!' 'Celaka!' dan sebagainya lagi.

Namun anehnya, penganut Syiah yang melampau inilah dibuat kawan oleh GAMIS Pusat!

SUNNAH-SUNNAH DAN ADAB HARI JUMAAT


JOM IKTIKAF!!

HEBAHAN!!! SESI DIALOG TIGA PENJURU


GEMPAR ! Misteri Kapal USS Guardian terdampar di Laut Sulu 17 Januari 2013 #LahadDatu


Terdapat satu laporan mengenai sebuah kapal perang Amerika USS Guardian telah 'terkandas' di kawasan terumbu karang Tubbuhata di laut Sulu sejak sejak 17 Januari 2013, 24 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu bermula.

Menurut satu sumber, kapal perang tersebut sebenarnya 'sengaja' belayar keluar dari laluan asalnya kerana sememangnya agak pelik bagaimana kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger dikatakan telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. 

Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. 

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah(?)...




Persoalan : 

Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh kapal perang USS Guardian yang terkandas di terumbu karang tersebut? 

Adakah kapal tersebut benar-benar terkandas ataupun kejadian itu adalah satu perancangan rapi yakni 'covert operation' CIA terhadap Sabah dan Malaysia? 

Dari manakah Jamalul Kiram III memperolehi sumber kewangan untuk memperlengkapkan 'pasukan pengganasnya' dengan senjata-senjata? 

Adakah insiden kapal perang 'tersadung' ini sebenarnya hanya satu sandiwara, yang sebenarnya sedang membawa bekalan senjata untuk diberikan kepada kumpulan pengganas kiram? 

Ini adalah kerana difahamkan Jamalul Kiram III ini sendiri menggelarkan dirinya sebagai 'sultan yang paling miskin di dunia'. Insiden pencerobohan Lahad Datu ini semestinya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan. 

Adakah Amerika yang bertanggungjawab dalam membiayai pencerobohan pengganas kiram tersebut? 

DAN yang paling penting adakah ANWAR terlibat dalam perancangan ini?? 



Sumber : Empayar Pemuda

GAMBAR-GAMBAR TERKINI DARI LAHAD DATU





Keterangan gambar:

1. Dua orang anggota tentera bertugas meronda kawasan pencerobohan dengan menunggang motosikal ATM.

2. Unit penembak tepat ATM.

3. Kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya menunjukkan berlakunya pertempuran di kawasan tersebut.

4. Mayat dua orang snipers penceroboh yang berjaya dibunuh.

AC : Bila tengok gambar-gambar ini, hati benar-benar sayu dan marah. Jika selama ini kita hanya melihat gambar-gambar di medan perang yang berlaku di luar negara, tetapi hari ini ia berlaku di negara kita sendiri. Inilah harga yang perlu kita bayar apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengkhianati negara sendiri.

SUARAM BIAYA PENGGANAS SULU?


USD2 juta? Ini untuk satu misi besar, maka logiklah. Bagaimana pula untuk misi menawan kampus? Berapa SUARAM salurkan? Kepada siapa? Mungkin Cap Ayam boleh jawab persoalan ini.

Thursday, March 14, 2013

STANDARD CAP AYAM


AC tersengih selepas membaca status yang dikemaskini oleh admin Cap Ayam di halaman rasmi Facebook mereka. Lihat status tersebut dalam gambar di bawah.

Persepsi jahat cuba dimainkan kononnya wujud aktiviti pendakwan terpilih. 

Kelakar tak? AC rasa admin Cap Ayam ini terlalu beremosi hingga tidak dapat membezakan setiap perkara yang dibangkitkannya dari segi fakta dan realiti sebenar.

Asasnya, admin Cap Ayam cuba menunjukkan (baca: menghasut pemikiran kita) supaya melihat tindakan undang-undang yang telah diambil ke atas Tian Chua (bermula hari ini) sebagai berat sebelah. Buktinya, kesemua sample perbandingan yang dikemukakan membabitkan Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah dan Muhyiddin Yaasin adalah pihak yang tidak searus dengan Tian Chua.

Kenapa admin Cap Ayam tak nyatakan secara detail setiap sample yang dikemukakannya itu?

Tian Chua diheret ke mahkamah kerana kenyataan yang dibuatnya dianggap menghina sebuah parti dan pada masa yang sama, menghina anggota keselamatan yang sedang berjuang di Lahad Datu dalam Ops Daulat. Rasanya semua orang tahu isu ini. Lebih  jelas kenyataannya itu telah dipetik dan disiarkan di dalam portal Keadilan Daily, lidah rasmi partinya sendiri.

Laporan media kenyataan oleh Tian Chua ini disiarkan di muka hadapan Keadilan
Daily.  WartawanAisha Geoffrey, kekasih Saifuddin Shafi Abdullah iaitu Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC) mengaku bertanggungjawab menyediakan
laporan tersebut.

Rentetan itu, ratusan laporan polis telah dibuat dan kemuncaknya, hari ini, 14 Mac 2013, Tian Chua telah diheret ke mahkamah. Sekarang, dia boleh jelaskan sejelas-jelasnya di mahkamah. Inilah peluang terbaik untuk dia buktikan bahawa dia tidak bersalah! Jadi kenapa admin Cap Ayam mencerap hal ini sebagai satu tindakan tidak adil atau berat sebelah sedangkan Tian Chua sebenarnya telah mendapat peluang terbaik untuk buktikan yang dia tidak bersalah?

Antara rakyat yang mencetuskan gerakkan massa bangkit
menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Tian Chua di samping
membuat laporan polis.

Kenapa admin begitu beremosi walhal di luar sana, pelbagai pihak termasuk kaum keluarga anggota keselamatan yang terbunuh, mendesak supaya Tian Chua dikenakan tindakan? Atau Cap Ayam sendiri sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dan istimewa dengan Tian Chua melalui sebuah NGO yang dilaporkan menyalurkan dana kepada Cap Ayam selama ini? Maka sebab itulah, mungkin, admin Cap Ayam bersungguh-sungguh membela Tian Chua!

Wednesday, March 13, 2013

BEZA MPPK DAN MPMN YANG ANDA PERLU TAHU

Barisan kepimpinan MPPK 2013 bergambar bersama Perdana Menteri
Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak


Ketika ini, di peringkat kebangsaan (nasional), terdapat dua buah badan gabungan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa (MPP/M) iaitu Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

MPPK ialah gabungan seluruh MPP/M di kesemua IPT yang ditubuhkan ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Badan gabungan ini sah di sisi undang-undang, diiktiraf pihak universiti dan berhak mewakili suara mahasiswa sebagaimana yang dibenarkan dalam amalan demokrasi sihat.

Kelihatan di dalam gambar, YDP MPP USM Sdr. Ammar
ketika menghadiri Konvensyen Pemimpin Pelajat IPT 2012.


Berbeza dengan MPPK, MPMN pula ialah gabungan yang lahir daripada sentimen politik sekumpulan MPP/M pro-pembangkang di peringkat nasional sehingga bertindak menubuhkan entiti berasingan daripada MPPK. Ia boleh ditafsirkan sebagai entiti baru yang bertujuan memboikot MPPK walaupun wakil mereka mendakwa ia sebagai saluran alternatif kepada mahasiswa di negara ini untuk bersuara.

Dari segi peranan pula, jelas sekali kedua-dua MPPK dan MPMN mengambil jalan yang berbeza. MPPK lebih banyak membantu pihak kerajaan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengajian tinggi kepada mahasiswa. Malah lebih dari itu, ia turut memperjuangkan hal-hal kebajikan golongan mahasiswa ini dari masa ke masa.

Saudara Hafiz Arifin, Pengerusi dan Jurucakap MPPK 2012-2013
menerima replika Baucar Buku 1 Malaysia
daripada Dato' Seri Najib.

Antara kejayaan tersebut ialah Kad Diskaun 1 Malaysia, diskaun bagi tambang kapal terbang dan keretapi, penukaran sistem  lama caj PTPTN kepada sistem ujrah, Baucar Buku dan pelbagai lagi. Kesemua kejayaan ini telah banyak membantu mahasiswa meringankan beban hidup masing-masing.

Salah seorang bekas YDP MPP USM iaitu Saudara Ahmad Wafi Shaheedan pernah dilantik sebagai Pengerusi dan Jurucakap MPPK, manakala Saudara Mohammad Syafiq bin Abdul Aziz pula pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MPPK.

Jika MPPK memilih jalan diplomasi dan berunding dalam menyelesaikan sesuatu isu atau perkara berkaitan mahasiswa, MPMN pula cenderung melibatkan diri dalam kaedah yang bertentangan seperti demonstrasi dan bantahan berkumpulan seperti yang berlaku dalam Demonstrasi Menuntut Pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, kedua-dua badan tertinggi mahasiswa ini boleh dibezakan dari segi perundangan dan metodologi yang diambil dalam menyuarakan sesuatu pandangan atau tuntutan. Semoga kita semua tidak dikelirukan lagi selepas ini. 

Foto-foto ehsan daripada blog MPP Aspirasi UKM. Klik SINI.

#majlismahasiswabertindak Bayangi MPP


Siapa yang iktiraf Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB)? Inilah persoalan yang bermain di fikiran AC sejak dari awal penubuhan ‘majlis’ ini.

Penggunaan nama ‘majlis’ itu sendiri mengelirukan. Apakah kelayakan kumpulan mahasiswa ini untuk menubuhkan sebuah majlis di peringkat mahasiswa? Lebih penting, adakah ia ditubuhkan secara legal?

AC tidak berniat mempertikaikan aktiviti atau peranan yang cuba dimainkan oleh kumpulan mahasiswa USM ini. Apa yang cuba dibangkitkan di sini ialah kehadiran mereka yang semakin jelas membayangi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sah dan diiktiraf  ohleh pihak universiti.

Berdasarkan pengakuan orang kanan MMB, kumpulan mereka ini tidak ditubuhkan secara sah tetapi ia tidak menjadi masalah kerana ruang demokrasi dan kebebasan berpersatuan sentiasa dijamin di negara ini, ujar beliau.

Jika itu yang dipertimbangkan, maka jelaslah MMB sendiri tidak menghormati demokrasi kampus dan tidak mengiktiraf MPP yang dipilih secara sah kerana menubuhkan sebuah lagi majlis mahasiswa tanpa melalui proses yang betul.

MAJLIS MANUSIA BONEKA



Ini kisah lain. Bukan kisah kita-kita atau mereka atau siapa-siapa. Ini kisah tentang sekumpulan manusia luar daerah yang baru keluar dari simpang. Ini kisah khusus untuk meraikan kemunculan mereka itu. Rupa-rupanya, dahulu mereka dari kota purba.

Keanehan demi keanehan yang dipertontonkan kepada kita di sini seolah-olah menjadikan kita penonton yang tidak perlu membeli tiket kerana wayang mereka setakat layak dimainkan di simpang itu sahaja. Kita sudah di seberang, tetapi mereka baru tiba di simpang. Anehnya, mereka menjerit-jerit kepada kita memberitahu di hadapan kita ada bahaya.

Oh, ini zaman aneh.

Oh, ini zaman kita atau mereka?

Majlis ini wujudnya guna jadi boneka? Ini keterlaluan jika dikatakan di atas pentas, dan lebih membekas jika dicoret pada kanvas. Tetapi di sini, kita berbicara dari hati ke hati tentang mereka yang wujudnya guna jadi boneka itu. Kenapa? Tanya kita. Kerana kami ini boneka, cuba dijawab oleh mereka tapi tak lepas dari kerongkong.

Siapa jurunya jika mereka ini boneka?

Oh, mereka marah akhirnya. Kami bukan boneka. Habis, barua? Kami bukan barua! Jadi siapa? Kami.. kami..kami…. Oh, kami sendiri tak pasti, jawab mereka. Ke mari, kita nak beritahu. Sebenarnya kalian tak ada hala tuju!

Oh, jadi kami ini boneka? Tanya mereka. Kita jawab, bahkan. Boneka yang jadi barua!

al-kisah TIN MILO


Apa yang menarik perhatian kita kepada tin milo? Jika berisi, sudah tentulah pada isinya. Jika kosong, mungkin kita berfikir-fikir untuk menginovasikan tin tersebut, paling tidak pun dibuat bekas guna isi barang.

Al-kisah, di suatu negeri dahulu yang cukup terkenal dengan kehijauan – hinggakan segalanya dicat warna hijau – tin-tin milo sentiasa menjadi objek bersubjek yang paling digemari oleh pemimpin negeri dan diterima baik pula oleh sekalian rakyat jelatanya.

Pada suatu hari ketika berlangsung satu keramaian meraikan seorang warga negeri yang baru berhijrah dari warna kuning ke warna hijau, sekumpulan pemudinya mengedarkan lagi tin-tin milo keliling gelanggang.

Tin-tin milo itu berpindah tangan ke tangan. Lalu bergerincinglah bunyi syiling sekupang dua kupang lima kupang mengetuk dasar tin, membukit lalu melimpah. Tin-tin baru diedarkan lagi, diisi, penuh dan melimpah. Tin-tin baru diedar lagi, berulang-ulang. Hasil pungutan dilonggokkan ke bucu dinding sedang sekumpulan pemudi yang lain asyik menghitung sekupang dua kupang lima kupang yang diperoleh.

Setelah tamat acara, maka tibalah saat mengumum hasil kutipan. Tampil si ketua pemudi ke hadapan, bangga kembang hidungnya, sengih lebar puas.

“Tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, saudara-saudariku sekalian,” si ketua pemudi mula menabur kata. “Kutipan kita pada malam ini 8888.88 ringgit. Inilah hasil yang terbaik sekali,” ujarnya lagi. Hadiri bertepuk tangan.

Tiba-tiba seorang pemudi bangun dan bertanya, “Boleh saya tahu, di mana duit itu akan disimpan?”

Suasana tiba-tiba jadi senyap jadi sunyi. Ketua pemudi itu seperti dipukul. Tidak pernah ada rakyat di negeri itu mempersoalkan di mana hasil kutipan derma akan di simpan. Dia resah. Kalau aku jawab disimpan di bank, tentu dia akan tanya nombor akaun. Tak akan aku nak beritahu nombornya, nanti bocorlah itu akaun parti pemerintah.

“Saya akan jawab secara personal. Boleh jumpa saya selepas acara ini tamat,” jawab ketua pemudi itu selepas puas berkilas mencari helah.

Gambar penghias.