Siapa yang iktiraf Majlis
Mahasiswa Bertindak (MMB)? Inilah persoalan yang bermain di fikiran AC sejak
dari awal penubuhan ‘majlis’ ini.
Penggunaan nama ‘majlis’ itu
sendiri mengelirukan. Apakah kelayakan kumpulan mahasiswa ini untuk menubuhkan
sebuah majlis di peringkat mahasiswa? Lebih penting, adakah ia ditubuhkan
secara legal?
AC tidak berniat mempertikaikan
aktiviti atau peranan yang cuba dimainkan oleh kumpulan mahasiswa USM ini. Apa yang
cuba dibangkitkan di sini ialah kehadiran mereka yang semakin jelas membayangi
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sah dan diiktiraf ohleh pihak universiti.
Berdasarkan pengakuan orang kanan
MMB, kumpulan mereka ini tidak ditubuhkan secara sah tetapi ia tidak menjadi
masalah kerana ruang demokrasi dan kebebasan berpersatuan sentiasa dijamin di negara
ini, ujar beliau.
Jika itu yang dipertimbangkan,
maka jelaslah MMB sendiri tidak menghormati demokrasi kampus dan tidak
mengiktiraf MPP yang dipilih secara sah kerana menubuhkan sebuah lagi majlis
mahasiswa tanpa melalui proses yang betul.
No comments:
Post a Comment