Wednesday, February 26, 2014

WACANA ILMU SIRI 2 TAMPILKAN KHAIRY JAMALUDDIN

Wacana Ilmu Siri 1 yang menampilkan Penasihat Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Muda Malaysia (ILMU), Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya, telah berlangsung dengan jayanya pada 24hb Februari yang lalu.

Program yang berlangsung di Dewan Pembangunan Siswa 1 (DPS 1) itu penuh sesak dengan kehadiran lebih 500 orang mahasiswa dan mahasiswi USM yang cintakan ilmu.

Minggu ini, Wacana Ilmu diteruskan dengan Siri 2 yang bakal menampilkan seorang lagi tokoh muda negara, Yang Berhormat Tuan Khairy bin Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Kehadiran tokoh berprofil tinggi ini pasti dinanti-nantikan oleh para 'peminat' beliau lebih-lebih lagi beliau turut dijangka melancarkan majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia di samping beramah mesra dengan warga USM.

Khairy Jamaluddin yang dikenali berperwatakan sempoi dan bersahaja turut akan melancarkan kempen Wheels for All dengan kerjasama Pusat Sukan USM yang bertujuan menggalakkan penggunaan basikal di dalam kampus bagi mengurangkan pencemaran udara.

Sama-sama kita nantikan beliau! 



Klik Event@USM untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai program lain di USM. 

ASPIRASI USM LANCAR PAUTAN EVENT@USM

Blog Aspirasi USM, Aspirasi Corner, hari ini memasang pautan khas dikenali sebagai Event@USM sebagai salah satu platform interaktif mempromosikan program-program di USM.


Pelayar hanya perlu klik pada imej di atas yang dipasang di sebelah atas pada sidebar blog ini. Buat masa ini pihak admin masih mengumpul poster-poster program sebelum dimuatnaik mengikut urutan tarikh. 

Pihak admin Aspirasi Corner tidak mempunyai apa-apa kepentingan melainkan bertujuan membantu dari segi publisti secara percuma. Pihak penganjur boleh memaklumkan kepada kami menerusi FB rasmi Aspirasi USM jika mahu program mereka dipautkan di sini atau sebaliknya. 

Friday, February 21, 2014

KENAPA KITA LAIN?

We Lead. Itulah motto Universiti Sains Malaysia. Sejak ia diperkenalkan secara rasmi, motto ini kian meresapi jiwa setiap warga Universiti APEX pertama di Malaysia. Dalam apa-apa juga program atau aktiviti yang dijalankan, motto ini akan dimanifestasikan supaya pada akhirnya akan memberi kelainan kepada golongan sasar.

We Lead juga meresapi Tujuh Teras APEX yang telah banyak menjulang nama USM. Teras-teras tersebut adalah seperti berikut :

  1. Masa hadapan
  2. Kelainan
  3. Kelestarian
  4. Kemanusiaan
  5. Kesegajatan
  6. Perubahan
  7. Pengorbanan


Daripada ketujuh-tujuh teras ini, teras kedua iaitu Kelainan boleh disifatkan sebagai teras paling berjaya menyerlahkan identiti USM sebagai sebuah Universiti APEX di negara ini. Ia boleh dilihat dalam pelbagai aspek sama ada akademik, kokurikulum mahupun pembangunan sahsiah pelajar yang lain terutamanya menerusi program-program di luar bilik kuliah.

Selepas diiktiraf sebagai Universiti APEX, pihak pengurusan universiti telah merangka pelbagai bentuk modul dan latihan dalam usaha melahirkan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kualiti modal insan, seimbang antara jasmani, emosi, rohani dan intelektual dan boleh bersaing dalam semua peringkat cabaran.

Salah satu program berimpak tinggi yang digarap khas untuk mahasiswa USM ialah Pimpin Siswa Asas dan Lanjutan. Program seumpama ini tidak pernah ditawarkan di mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain lebih-lebih lagi dalam bentuk yang begitu sistematik dan menyeluruh. Rata-rata mahasiswa generasi APEX sudah melalui pengalaman sebagai peserta Pimpin Siswa dan layak bergelar Alumni Pimpin Siswa APEX.

Hari ini, modul-modul Pimpin Siswa yang dirangka untuk mahasiswa USM sudah mula menarik perhatian universiti-universiti lain. Terbaru, delegasi dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah membuat kunjungan ke Pusat Pembangungan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar (PPKSP) yang bertanggungjawab mengurusjayakan Pimpin Siswa untuk belajar selok-belok program ini. Dalam pertemuan itu, pihak PPKSP yang diwakili Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP), Dr. Nazaruddin Zainun bersama-sama Timbalan Pendaftar BHEPP, Tuan Haji Husin bin Yahya dan Pengerusi Yayasan USM, En. Abdul Rashid Rejab tanpa lokek bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan delegasi UMP.

Delegasi UMP sedang mendengar taklimat berkaitan Program
Pimpin Siswa di PPKSP, USM Induk.

Selain itu, USM juga menjadi rujukan sebuah lagi universiti di utara tanah air dalam pengurusan acara ekspo konvokesyen. Pada 20hb Februari 2014, delegasi dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berkunjung ke USM bagi mempelajari kepakaran Sekretariat CONVEX menguruskan acara besar itu setiap tahun. Pihak BHEPP yang diwakili En. Zulkifli bin Che Hussein telah menyempurnakan pembentangan dengan jaya sekaligus menarik perhatian delegasi UNIMAP.

Sesi perkongsian pengalaman CONVEX bersama Delegasi
UNIMAP. 

Sementara itu, satu lagi program yang telah banyak menjulang nama USM ialah Dewan Perundingan Pelajar (DPP). Lebih dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa, ia turut mendapat perhatian daripada pelbagai universiti ternama di seluruh negara. Jika sebelum ini wakil dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pernah menyertai sidang perbahasan sebagai pemerhati, baru-baru ini delegasi dari Universiti Al-Bukhary juga turut menyertai persidangan sekaligus belajar secara lebih dekat perjalanan dewan perundingan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Terbaru, pada 22hb dan 23hb Februari 2014 ini, kita sekali lagi akan menerima kunjungan delegasi dari sebuah universiti utama negara iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Delegasi penting ini akan mengikuti sesi pembentangan dan taklimat khas berkenaan DPP yang akan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor BHEPP USM, Prof. Dr. Adnan bin Hussein dan Speaker DPP, Saudara Haziq Al-Amir.  

Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau Parlimen Mahasiswa USM bakal menerima
kunjungan dari UIAM pada 22 dan 23 Feb ini. 

Tiga catatan yang kami kongsikan di atas tadi amat signifikan kepada universiti kerana secara tidak langsung telah menjadi tanda ukur kepada keberkesanan program APEX yang kini bakal memasuki Fasa ke-2. Justeru menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan setiap program yang dirangka dapat dijayakan sebaik-baiknya. Komitmen kita semua amat ditagih. Kesanggupan dan pengorbanan kita amat diperlukan. Tidakkah kita berbangga menjadi warga USM? 

TOKOH KONTROVERSI DR. FATHUL BARI BAKAL BERWACANA DI USM


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM dengan kerjasama Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPDAD) akan menganjurkan WACANA ILMU SIRI 1 pada 24hb Februari 2014 ini jam 8.30 malam bertempat di Dewan Pembangunan Siswa 1.

Panel yang dijemput ialah Penasihat Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) merangkap pensyarah di Universiti Madinah, Ustaz Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya.

Tajuk yang akan dikupas ialah "Mahasiswa Abad Ke 21."

Semua dijemput hadir. 

Komen kami :

Ini adalah peluang terbaik kepada seluruh warga kampus, tanpa mengira siapa, untuk berdiskusi secara langsung dengan tokoh muda penuh kontroversi ini.

Ramai yang kata beliau bermanhaj Salafi dan diakuinya sendiri, bahkan. Ada juga yang kata beliau seorang Wahabi aliran keras. 

Untuk rekod, Ustaz Fathul Bari pernah beberapa kali berceramah di USM sebelum beliau dikenali ramai. Antaranya, beliau pernah menjadi penterjemah ketika seorang ulamak besar dari Arab Saudi melawat Pusat Islam USM dan menyampaikan tazkirah Maghrib.

Jika anda pencinta ilmu, ayuh kita luangkan masa mengikuti ceramah beliau kali ini pula! 

Thursday, February 13, 2014

PESTA SEKS, TARIAN BERBIKINI DAN ARAK DI PULAU PINANG SEMPENA HARI VALENTINE

Gempar!! 

Tahun lepas, negara dikejutkan dengan pesta arak bernilai RM4 juta yang diadakan di Batu Feringghi. 

Tahun ini, sempena Hari Kekasih atau dalam bahasa kafirnya, Hari Valentine, sebuah pesta penuh maksiat yang bakal menghidangkan tarian separuh bogel, muzik liar dan minuman keras akan diadakan di Pengkalan Weld atau Weld Quey, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 15hb Februari 2014. 

Beberapa kain rentang, poster dan hebahan berbentuk fylers sudah diedar di sekitar negeri ini bagi mempromosikan program tersebut yang dipercayai dianjurkan oleh pihak swasta dan mendapat 'restu' kerajaan negeri sejak seminggu yang lalu.

Walaupun mendapat kecaman meluas di media sosial dan bantahan terbuka daripada orang ramai namun belum ada tanda-tanda ia akan dibatalkan. Sehingga saat ini, program ini masih diwar-warkan kepada awam tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa. 

Lebih mengejutkan, menurut  Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong, pesta muzik berbikini ini boleh dijalankan jika ia berada di dalam premis.

300 KEBAKARAN SEHARI DI SELURUH NEGARA SUSULAN CUACA PANAS DAN KERING

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini memaklumkan lebih 300 laporan kebakaran dalam sehari diterima di seluruh negara susulan cuaca panas dan kering yang melanda sejak penghujung Januari yang lalu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding sekitar 100 kes sehari yang diterima di seluruh negara sebelum ini. 

Di USM juga tidak ketinggalan di mana hampir kebanyakan kawasan menyaksikan rumput dan tumbuh-tumbuhan menjadi kering terutamanya di kawasan Padang Minden, Tasik Fajar Harapan dan Tasik Aman Damai.

Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengundang kebakaran sekiranya kita cuai seperti membuang puntung rokok yang masih berbara ke kawasan terbuka dan kering ini.



"Hargailah Alam Sekitar"

SARAWAK DAPAT KETUA MENTERI BAHARU

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Rabu mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari dan akan digantikan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.
"Apabila saya memaklumkan kepada beliau (Tun Abang Muhammad Salahuddin) mengenai niat saya (untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri), beliau tiada bantahan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Astana Negeri.
Beliau berkata nama Adenan yang juga anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dicadangkan kepada Tun Abang Muhammad Salahuddin dan beliau bersetuju dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan diadakan pada 28 Februari.
"Adenan mewakili satu bentuk perjanjian antara tiga calon (yang disebut-sebut mengantikan Taib sebagai Ketua Menteri)," katanya.
Dua lagi calon ialah Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Opengdan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Latar Belakang Adenan Satem
Bapa kepada lima orang anak ini mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik - memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.
Beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu dengan majoriti 4,218 undi pada pilihan raya negeri 16 Mei 2011.
Pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kerajaan Pusat dari Mac 2004 hingga Februari 2006.
Adenan, 68, juga pernah bertugas sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan sebelum bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak di kerusi Muara Tuang pada Januari 1979.
Beliau yang menerima pendidikan undang-undang di Australia dan pernah menjadi naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Adenan kini adalah ketua penerangan PBB.
Tokoh politik veteran itu pertama kali dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran negeri sebagai Menteri Muda Pembangunan Tanah pada 1985.
Dua tahun kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negeri di Kementerian yang sama.
Pada 1992 beliau berpindah ke Kementerian Pembangunan Sosial Negeri dan pada 1998, sebagai Menteri di Kementerian yang baru diwujudkan iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri.
Sebagai seorang pentadbir dan pengamal undang-undang, beliau pernah dilantik sebagai pendakwa raya seawal tahun 1969 di Pejabat Pendakwa Raya Adelaide dan pernah berkhidmat sebagai majistret dari 1971 hingga 1972.
Adenan menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Borneo pada 1975 dan dilantik sebagai pengerusi Yayasan Sarawak pada 1 Februari 1999 selepas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan itu.
Dan pelantikan Adenan selaku ketua menteri yang baru juga bakal mencatatkan satu sejarah baru untuk negeri Sarawak.
Ini kerana beliau bakal menjadi etnik Melayu yang pertama yang bakal menerajui negeri itu selaku ketua menteri.
Dua ketua menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan Datuk Tawi Sli adalah dari etnik Iban manakala Tan Sri Abdul Taib adalah dari etnik Melanau dan begitu juga Tun Abdul Rahman Yakub iaitu bapa saudara Taib.
Dengan pelantikan itu juga, adalah dijangkakan yang Adenan bakal mengambil alih jawatan presiden PBB daripada Taib.


 Dipetik daripada mStar Online.

Wednesday, February 12, 2014

NAIB CANSELOR KUNJUNGI SAUDARA AHMAD WAFI

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Dr. Omar bin Osman hari ini meluangkan masa melawat mantan Yang DiPertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Saudara Ahmad Wafi bin Shaheedan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Kunjungan tersebut memberi makna yang besar kepada keluarga Ahwad Wafi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Isnin, 10 Februari yang lepas.

Dalam kejadian tersebut, Ahmad Wafi telah dilanggar oleh sebuah kereta yang mengambil selekoh secara cuai menyebabkan beliau mengalami kecedaraan yang serius terutamanya di bahagian muka dan badan.

Dalam pada itu, Prof. Dr. Omar Osman turut menawarkan rawatan susulan kepada Ahmad Wafi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan bagi merawat kecederaan yang dialaminya itu. 

Ahmad Wafi, bekas pelajar cemerlang Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), pernah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang bergelar mahasiswa termasuk menjadi Jurucakap dan Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan menerima pelbagai anugerah besar termasuk Anugerah Nadi Negara. 

Semoga beliau segera sembuh dan kembali berbakti kepada warga USM. 

MUQIT GANTI LAKIP - MAMPUKAH PRO-M MENGANCAM ASPIRASI?

Pro-Mahasiswa Nasional, sebuah gerakan mahasiswa haluan kiri pro-Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pertukaran jawatan Pengerusinya selepas Saudara Edikoup bin Lakip Sediyanto meletakkan jawatan secara sukarela.

Edikoup, dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook milik beliau memaklumkan alasan peletakan jawatan itu adalah kerana hendak bertanding di dalam pemilihan Angkatan Muda Keadialan (AMK) yang akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Abdul Muqit bin Sufian dinamakan sebagai Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Edikoup (gambar) turut memaklumkan akan menyertai kumpulan Nazree Yunus, aktivis AMK Negeri Sembilan dalam pemilihan AMK itu kelak sekaligus memberi isyarat penglibatan serius beliau dalam kancah politik nasional selepas mengemudi gerakan mahasiswa propembangkang di negara ini termasuk ketika berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 baru-baru ini. 

Edikoup pernah mengetuai Pro-Mahasiswa Universiti Malaya antara tahun 2011 dan 2012 namun kumpulan yang dipimpinnya itu gagal menawan tampuk pemerintahan dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) apabila tewas tipis kepada kumpulan Penggerak Mahasiswa sebelum dilantik menjadi Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional. 

Selain itu, Edikoup juga pernah membuat laporan polis mendakwa dipukul ketika berkempen dalam Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya Sidang 2012/2013. Kesnya itu dipercayai belum selesai hingga ke hari ini. 

Saudara Muqit pula mencatatkan kejayaan besar apabila kumpulan Pro-Mahasiswa yang diketuainya menang kerusi majoriti dalam PRK di Universiti Malaya bagi Sidang Akademik 2013/2014 yang diadakan pada bulan November baru-baru ini. 

LAHAD DATU STAND OFF : SETAHUN DALAM INGATAN


SEMPORNA: Tanggal 2 Mac 2013 menjadi titik sejarah hitam buat penduduk perkampungan air Sri Jaya Simunul yang terletak di pinggiran pekan Semporna, bahagian pantai timur Sabah.

Di sinilah berlakunya tragedi berdarah yang menggemparkan jutaan rakyat Malaysia, 19 hari selepas negara dikejutkan dengan pencerobohan sekumpulan bersenjata yang mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bermula dengan insiden pencerobohan di Tanduo itu, sebuah kampung terpencil yang terletak kira-kira 140 kilometer dari pekan Lahad Datu, kawasan itu kemudian menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh Sulu, yang melarat ke beberapa kampung hinggalah ke perkampungan air Sri Jaya Simunul.




Al-Fatehah buat para pejuang negara.

GRADUAN KELAS PERTAMA - DI MANA KITA?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.

Foto di sebelah ini merupakan infografik statistik graduan kelas pertama di Malaysia sehingga Oktober 2013 iaitu pasca sesi konvokesyen terkini di seluruh universiti awam dan swasta.

Kelas pertama, selain merujuk kepada pencapaian yang cemerlang (diukur melalui CGPA), juga menjadi indikator untuk menentukan seseorang itu layak mendapat pengecualian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagaimana yang diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini. 

Hal ini bermakna, sesiapa sahaja yang mendapat keputusan kelas pertama tidak perlu lagi membuat bayaran balik sekiranya beliau meminjam daripada PTPTN. Dalam erti kata lain, segala kos pengajian yang ditanggung dianggap telah dilangsaikan melalui anugerah ini. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang bergelar mahasiswa tanpa mengira kaum dan agama.

Langkah proaktif ini diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan graduan meringankan kos sara hidup ketika mereka mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan selepas sekian lama bergelumang dengan kuliah dan peperiksaan di universiti. Ia juga berperanan sebagai pendorong kepada mahasiswa untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dilalui. 

Berdasarkan statistik ini, jelas sekali kelompok kelas pertama masih kekal didominasi oleh graduan Cina yang mencatatkan nisbah 67.3 % iaitu sebanyak 13, 279 orang berbanding graduan Melayu sebanyak 5,453 orang (27.6 %) dan India sebanyak 779 orang (3.9 %). Sementara itu, kaum Bumiputra Sabah dan Sarawak pula mencatatkan jumlah yang jauh lebih kecil iaitu sekitar 69 dan 67 orang mewakili nisbah 0.3 % masing-masing daripada keseluruhan jumlah graduan kelas pertama yang direkodkan. 

Berdasarkan catatan ini, boleh disimpulkan bahawa sektor pengajian tinggi masih dikuasai pelajar-pelajar Cina berbanding kaum-kaum lain. Banyak faktor boleh dibentangkan untuk menjelaskan situasi ini namun ia sama sekali tidak boleh menafikan hakikat bahawa kualiti pelajar Cina jauh lebih baik berbanding kaum-kaum lain dalam bidang akademik kerana sikap rajin dan fokus yang tinggi yang ditunjukkan dalam apa-apa jua aktiviti yang dilakukan baik di dalam mahupun di luar dewan kuliah. 

Tuesday, February 11, 2014

LAGI PENGHINAAN TERHADAP ISLAM


Bentuk provokasi yang berpunca daripada kecetekan pemahanan sebegini harus segera dibendung. Namun, bagaimana? Kes seumpama ini bukan sekali dua berlaku. Jika dihitung, sudah banyak kenyataan yang dibuat bersifat provokasi kaum dan agama di negara ini sejak jaringan Internet menjadi medium yang sangat terbuka kepada semua lapisan masyarakat. 

AWAS!! PENGEDAR DOUBLE STEMCELL TERUS MENIPU PENGGUNA!!


DOUBLE STEMCELL TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL DARIPADA JAKIM. JADA APA STATUSNYA PRODUK KESIHATAN INI? ADAKAH IA BENAR-BENAR BERMANFAAT KEPADA KESIHATAN? 

Ikuti pendedahan yang dibuat oleh wartawan Mazidul Akmal Sidek melalui kenyataan beliau seperti di bawah : 

KENYATAAN TERAKHIR MENGENAI DOUBLE STEMCELL


Baiklah. 

Berikut kenyataan saya yang terakhir mengenai produk Double Stemcell keluaran syarikat Phytoscience diasaskan oleh LAI TECK PENG.

Saya menulis mengenai produk ini di antara 20 Januari dan 7 Februari lalu. Banyak masa saya peruntukkan untuk mendedahkan maklumat tepat disalurkan oleh 3 pihak berkuasa di negara kita ini. 

Tiada imbuhan biarpun sesen sekali pun saya terima, kecuali cercaan dilontarkan oleh sebilangan makhluk bernama manusia, barangkali kepentingan mereka digugat. 

Semoga usaha ini berbaloi demi kesejahteraan semua, mereka membenci dan mereka menyukai.

RUMUSAN

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan produk ini TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sekaligus menyalahgunakan logo halal dicetak di bungkusan produk.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/01/produk-double-stencell-tidak-memiliki.html

Hubungi : 03 8000 8000 (Minta disambungkan kepada Pegawai Perhubungan Awam)

2. Double Stemcell TIDAK pernah mendapat kelulusan sebagai ubat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/penjelasan-kementerian-kesihatan.html

Hubungi : 03-8886 4000 (Minta disambungan kepada Pegawai Perhubungan Awam)

3. Double Stemcell telah mencetak logo SIRIM secara TIDAK sah.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/status-penggunaan-logo-sirim-oleh.html

Hubungi : Tel : 603 55445021 (Minta disambungkan kepada Pegawai Perhubungan Kumpulan Korporat SIRIM)

4. Double Stemcell TIDAK pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sebelum ini. Sijil Halal didakwa tamat tempoh, tidak wujud.

5. Sehingga kenyataan ini ditulis, 3 pihak berkuasa terbabit berkata, status (1)(2)(3) dan (4) masih tidak berubah.

Justeru itu, kepada semua peniaga produk ingin terus memasarkan Double Stemcell, sila kongsikan maklumat di atas terlebih dahulu sebelum menawarkan Double Stemcell kepada pelanggan di seluruh negara.

Berikan rakyat Malaysia HAK untuk memilih dan usah sama sekali cuba untuk mengelirukan khususnya pengguna beragama ISLAM.

Saya hanya akan menulis kembali mengenai produk ini sekiranya terdapat sebarang kecaman melampau dilontarkan atau timbul isu lain memerlukan penjelasan demi memelihara HAK pengguna. 

Tidak perlu like, MOHON SHARE informasi ini dan sebarkan.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.


Diharap dengan penjelasan yang jelas berserta sumber rujukan ini akan melegakan kita semua. 

PRK KAJANG AGENDA BIJAK ANWAR IBRAHIM

Bismilillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan

Ramai yang melihat Kajangmove sebagai agenda yang dirancang untuk mengalihkan pelbagai isu yang berlaku belakangan ini. Walaupun mengundang damage yang agak besar terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan de facto Anwar Ibrahim, namun sedikit sebanyak ia telah berjaya mengalihkan perhatian rakyat dan media amnya terhadap isu-isu besar seperti kemelut dalaman Kerajaan Negeri Selangor, krisis meruncing dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), isu kalimah Allah, isu gereja, isu kain rentang provokasi yang digantung di hadapan sebuah gereja dan beberapa isu lagi yang sedang membelit rakyat. Isu-isu ini, secara mudah, sebenarnya tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya sedang memberikan keuntungan besar kepada Barisan Nasional (BN) walaupun pada masa yang sama terdapat isu lain yang lebih utama iaitu kenaikan kos sara hidup di seluruh negara.

Kenapa jadi begitu? Mudah, kerana rakyat kita yang terlalu obses terhadap politik dan kedua, kerana rakyat semakin menyampah dengan gelagat para pemimpin politik. Lantaran itu rakyat mula bersuara dalam apa-apa jua isu yang berbangkit, lekas berhimpun untuk menyatakan perasaan dan media pula terutamanya yang bersifat alternatif, akan mengambil kredit daripada setiap isu untuk menambahkan rencah. Maka, setiap isu akan meletup dengan pantas. Di Malaysia, secara purata, setiap pihak – baca: kerajaan ATAU pembangkang – hanya mempunyai 6 JAM sahaja untuk menjawab sesuatu isu berbangkit atau mereka akan tewas teruk. Di sinilah pentingnya peranan tentera maya yang akan bertindak mematahkan setiap serangan dan melakukan serangan balas dalam masa 6 JAM tersebut.

Pakatan Rakyat ternyata menyedari kelemahan mereka apabila semua isu ini dimainkan di media maya. Justeru, bagi memastikan kesemua isu ini tidak menambahkan kerosakan terhadap kredebiliti Pakatan Rakyat, sesuatu perlu dirancang. Sifirnya, cipta damage baharu bagi merawat damage sedia ada. Inilah yang dilakukan oleh Pengarah Strategik PKR, YB Rafizi Ramli apabila membentangkan cadangan pengosongan kerusi DUN Kajang dan menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon baharu. Dalam sekelip mata sahaja, segala isu lain membeku. Dalam sekelip mata sahaja, semua pihak terkedu sebelum tersedar dan mula bersuara dalam pelbagai rentak. Bukan sahaja pihak lawan (BN), malah kalangan rakan PKR dalam PR sendiri berbeza pandangan. Polemik yang tercipta ini sebenarnya telah dirancang oleh Rafizi Ramli dan PKR bagi memastikan damage sedia ada dinyahkan dan masa yang ada kemudiannya akan digunakan untuk membaiki damage baharu ini. Dalam erti kata lain, membina kredebiliti baharu daripada kerosakan silam. Ia adalah satu bentuk genius politik.

Namun, adakah kita perasan atau sedar bahawa kebijakan strategi ini sebenarnya turut merugikan rakyat? Cukup bercakap soal kos dan duit awam. Fikirkan yang ini pula : isu tuntutan COMANGO. Sedar atau tidak, kini tiada lagi pihak yang sudi bercakap tentang isu COMANGO? Malangnya, itu jugalah yang sedang berlaku.


PRK KAJANG SATU BENTUK KORUPSI POLITIK

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa

Dunia politik kita sentiasa kalut. Kalau dulu kita punya persepsi bahawa politik hanya akan dibicarakan apabila tiba musim pilihanraya sahaja. Kini persepsi sedemikian ternyata sudah menyimpang jauh daripada realiti yang berlaku. Politik pada masa kini sudah bertukar rupa menjadi agenda besar rakyat yang dibicarakan tanpa mengira waktu atau musim, tanpa mengira tempat dan suasana, dan oleh sesiapa sahaja. Bahkan, jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang mendakwa mereka adalah bebas dan berkecuali, percayalah mereka sebenarnya sedang berbohong. Realiti kita hari ini menjadikan kita, paling tidak pun, untuk cenderung berpihak kepada salah satu pihak – baca: kerajaan ATAU pembangkang – kerana kewujudan pelbagai desakan di sekeliling.

Pasca Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini yang berlangsung pada 5hb Mei 2013, nampaknya kita semakin buas berpolitik. Berbanding sebelum tanggal 5.05 itu, ramai yang berharap segala kemelut politik yang telah banyak memecah-belahkan rakyat di negara ini akan selesai dengan berakhirnya PRU-13 dan memuktamadkan perebutan “siapa benar siapa salah” dengan bermacam bentuk pembongkaran hingga ke tahap mengaibkkan maruah pihak lawan dan kawan sendiri, namun harapan itu ternyata telah dipalsukan oleh para pemimpin politik kita sendiri.

Lihat sahaja hari ini. Tidak semena-mena, kita dipaksa untuk mengambil bahagian dalam satu lagi pilihanraya kecil (PRK) yang sepatutnya telah pun selesai pada 5.05.2013 yang lalu. Semuanya kerana ingin memuaskan nafsu politik dan mencapai agenda segelintir pihak yang kemaruk akan kuasa. Kenapa mesti diadakan satu lagi pilihanraya kecil (PRK) yang tentunya akan menelan belanja yang besar dan mengorbankan masa rakyat? Pilihanraya kecil (PRK) tidak wajar dijadikan platform mudah atau jalan pintas untuk berkuasa selepas gagal dalam pilihanraya umum (PRU) walaupun secara perundangan ia dibenarkan.

Kita sewajarnya secara bersama bersetuju bahawa sesuatu pilihanraya kecil (PRK) hanya boleh diadakan jika berlaku perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan seperti kematian penyandang, kehilangan kelayakan penyandang atau si penyandang meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, dan sekiranya si penyandang ingin menerima jawatan yang lebih besar dan memerlukan beliau meletakkan jawatan.

Dan kita juga sewajarnya secara bersama bersetuju untuk menentang sebarang bentuk tindakan pengunduran seseorang Yang Berhormat daripada jawatan yang disandangnya atas alasan parti, atau berundur kerana ingin memberi laluan kepada pemimpin tertingginya menggapai cita-cita peribadi. Adakah ini susah untuk dilakukan? Malangnya, dalam hal sebegini kita lebih suka berbalah sesama sendiri dan membiarkan korupsi politik ini berjalan tanpa halangan. Kita marah akan budaya politik wang, tapi kenapa kita bersetuju dengan budaya bacul sebegini yang lebih besar penghinaannya daripada budaya politik wang?  



Ayuh rakyat. Cukup-cukuplah diperbodohkan.