Wednesday, October 2, 2013

DIPLOMASI VS KEYBOARD WARRIOR !


Assalamualaikum dan Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.




Kita sudah melewati tempoh percubaan sistem baru perkhidmatan bas komuter yang telah pun tamat pada 30 September. Melihat sudut pandangan yang lebih luas, terdapat beberapa impak positif yang dilihat misalnya kurang pelepasan asap diesel berbanding dengan bas lama.

Berdasarkan pemerhatian dan komen daripada siswa siswi, ternyata banyak kelemahan yang perlu diambil serius oleh pihak pengurusan. Perkara ini melibatkan kebajikan dan keselamatan siswa siswi USM dan perlu diadakan suatu perbincangan khusus bagi mendapatkan satu penyelesaian terbaik dan lebih prkatikal. 

Sesi Dialog Perkhidmatan Bas Komuter USM ini merupakan satu platform yang baik untuk kita, siswa siswi USM menyuarakan pandangan atau memberi maklum balas kepada pihak pengurusan berkenaan isu perkhidmatan bas. Elok kiranya kita memilih untuk bersikap diplomasi dalam segala hal daripada hanya sekadar menjadi 'pahlawan papan kekunci' di laman sosial dan masalah tidak juga selesai.

RASIONAL TOLERANSI REALISTIK

We Love USM
Together We Unite

7 comments:

  1. 'pahlawan papan kekunci' ..-,- macam mana anda boleh berkata sedemikian kepada mahasiswa kerdil seperti kami untuk menyuarakan pendapat kepada pihak pegawai jika tidak melalui platform media sosial? apakah tujuan anda berkata sedemikian kepada semua mahasiswa yang menegakkan kebajikan masing2 di laman sosial?

    ReplyDelete
  2. Tidak ada salahnya menyatakan pandangan masing-masing di laman sosial kerana ia adalah platform peribadi. Maksud kami di sini ialah, apabila terdapat segelintir pihak (individu ataupun kumpulan) yg menggunakan platform sebegini untuk mempolemik dan mempolitikkan isu yang sedang berlaku. Apabila diajak duduk bersama berbincang, bermacam alasan diberikan. Pada kami, mereka inilah pahlawan papan kekunci yang kerjanya siang dan malam mengkritik dan menghentam pihak lawan. :)

    ReplyDelete
  3. kiranya mekanisma sedia ada hendak diteruskan cuma ditambahbaikan ? makna kata tiada istilah "trial period" ?

    ReplyDelete
  4. saya belajar politik, tindakan anda adalah tidak tepat. memburukkan pihak lawan dan mempolitikkan sendiri isu ini. pada pandangan saya admin perlu lebih berhati-hati ketika membuat sebarang ulasan kerana ulasan dalam artikel dan komentar yang diberikan sangat tidak berkaitan. ulasan anda mempunyai unsur-unsur yang menimbulkan fitnah buruk pada pandangan pelajar. anda perlu lebih berhati-hati agar tidak memalukan aspirasi sendiri. teguran saya adalah untuk memberikan pandangan terhadap kelemahan admin

    ReplyDelete
  5. aspirasi makin mandom. sedihnya. cuba la. bas je pun. pro m punya blog penuh dengan info. korang banyak kutukan cacian. lari jauh jauh. merajuk dengan aspirasi.

    berubahlah. bak kata pahlawan korang, ''transformasilah''.

    ReplyDelete
  6. as always, khadam uni= aspirasi.. xkan nak hentam bos sndiri an.. dah kene pressure kaw2 dari student biasa, bru kalut nk wat dialog. puhh.. pemimpin macam badut

    ReplyDelete
  7. Aspirasi terbaik.Kilang yg byk melahirkan pemimpin.Saya pilih Aspirasi

    ReplyDelete