Kelihatan jelas kepada kita isu
berkaitan perkhidmatan bas komuter belum diselesaikan meskipun sudah berlarutan
lebih sebulan. Sudah banyak komen, kritikan, cadangan dan tak kurang maki hamun
dilontarkan oleh warga kampus terutamanya para pelajar dan pensyarah yang
terjejas akibat perubahan sistem sedia ada
kepada sistem laluan baru ini yang beroperasi sejak awal bulan September.
Tak kurang juga ramai yang
menyalahkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang didakwa tidak prihatin kerana
gagal memperjuangkan isu ini ke peringkat lebih tinggi. Ya, sungguh mudah
membuat kritikan. Lebih mudah melepaskan amarah kepada subjek di depan mata
tanpa kita sedari masalah timbul akibat faktor-faktor lain di belakangnya.
Kami turut merasai keperitan
akibat perubahan sistem ini memandangkan kami juga pelajar sama seperti
rakan-rakan di luar sana. Sebelum kami menulis di sini, kami dari Unit Media
Aspirasi USM telah beberapa kali turun ke padang bersama rakan-rakan semua demi
merasai kesusahan yang sedang dialami oleh kita semua ini. Inisiatif ini kami
ambil sendiri tanpa sebarang publisiti kerana kami beranggapan, lebih mudah
untuk kami membuat penilaian sekiranya kami sendiri yang melalui kesusahan
tersebut.
Seperti komentar yang ditampal di
dinding Facebook milik mantan pemimpin pelajar USM yang kini bertugas sebagai
Ketua Penolong Pendaftar, Seksyen Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, USM, En. Khairul Eruwan, kita sebenarnya terlepas pandang satu
perkara penting dalam isu ini. Menurut En. Khairul Eruwan, masalah ini tidak
akan berlaku sekiranya pihak pengurusan melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) dari peringkat awal terutamanya dalam perbincangan membabitkan perubahan
laluan.
MPP USM mempunyai track records yang cukup baik sebenarnya
dalam mereka memperjuangkan hak-hak dan kebajikan pelajar di sini. Sebagai
contoh, laluan bas lama yang digunakan sebelum ini ialah hasil perjuangan MPP. Begitu
dengan kemudahan-kemudahan perhentian bas termasuk di Pusat Pengajian Sains
Farmasi, kesemuanya diperoleh selepas diperjuangkan oleh MPP USM yang
ditunjangai semangat RASIONAL, TOLERANSI & REALISTIK.
Justeru kami yakin dan percaya,
jika pihak MPP dilibatkan lebih awal dalam proses pertukaran laluan bas
komuter, masalah ini tidak akan timbul. Kita tidak mahu menunding jari kepada
sesiapa, tapi sebagai mahasiswa yang mempunyai majlis perwakilan sendiri, kita
seharusnya diberikan lebih kuasa dan peranan dalam menyusun atur hal-hal
kebajikan mahasiswa di USM tanpa membelakangkan semangat RASIONAL, TOLERANSI
& REALISTIK tersebut.
Oleh hal yang demikian, kami
menyeru kepada rakan-rakan sekalian, usahlah menyalahkan MPP sepenuhnya dalam
isu ini. Mereka juga pelajar seperti kita. Kita sepatutnya membantu dan
memberikan semangat kepada mereka untuk memperjuangkan hak dan kebajikan kita,
bukannya mengutuk atau mengkritik sepanjang masa.
Aspirasi Corner
Rasional, Toleransi, Realistik
air jordan travis scott
ReplyDeletejordans shoes
cheap jordan shoes
supreme clothing
golden goose outlet
kyrie 7
yeezy boost 350
off white t shirt
golden goose sale
fear of god hoodie