Tuesday, April 20, 2010

Ucapan Khas Dari AC Untuk Rakan-rakan

____________________________________________________________________


AC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Mengulangkaji Pelajaran
dan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sidang Akademik 2009/10.

Semoga kita semua beroleh kejayaan yang dicita-citakan.

Semoga bertemu lagi pada semester hadapan!!

Sunday, April 18, 2010

Henti Cemar Keharmonian Kampus

Teguran berupa ingatan ini ditujukan khas kepada kumpulan pelajar tertentu; Jangan cemari keharmonian kampus kita ini dengan anasir politik luar yang bertentangan dengan Perlembagaan Universiti dan AUKU!

AC mengambil berat perkembangan mutakhir ini apabila semakin banyak edaran fylers haram di dalam kampus yang menyentuh pelbagai isu termasuk yang melibatkan kes liwat seorang pemimpin pembangkang. Rungutan dan keluhan para pelajar juga semakin banyak berhubung perkembangan ini.

Terbaru-baru dan lebih berat, AC telah menerima kiriman MMS daripada seorang sahabat yang memberikan maklumat tentang kewujudan poster ceramah sebuah badan politik pro-pembangkang yang diadakan di luar kawasan kampus pada 10hb April yang lalu. Poster tersebut telah ditampal di tiang nombor 3 Foyer Perpustakaan Hamzah Sendut 1, betul-betul di hadapan pintu utama.

Tidak lama dahulu, AC juga menerima maklumat berkenaan edaran flyers haram yang menggesa para pelajar berhimpun di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyokong seorang bekas pelajar USM yang mencabar kesahihan AUKU dalam Perlembagaan Malaysia.

AC percaya kegiatan sebegini didokong oleh kumpulan pelajar tertentu yang mempunyai hubungan rapat dengan badan-badan politik di luar kampus. Modus operandi mereka juga agak licik dan mensasarkan golongan pelajar tertentu saja sebelum beredar.

Mereka mungkin berasa selesa kerana tiada sebarang tindakan tegas diambil sehingga kini. Namun sebagai mewakili hak dan keselesaan para pelajar USM yang lain, AC berharap kegiatan sebegini tidak diteruskan lagi atau berhadapan dengan lebih banyak kesulitan pada masa akan datang. Tak salah hendak memperjuangkan isu tertentu tapi biarlah berlandaskan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.


Poster yang dimaksudkan.

Wednesday, April 14, 2010

Cerita Di Sebalik Locker Baru

Menyentuh Tinjauan Oleh SPF

AC agak terkejut sebelum tersenyum lebar selepas membaca post terbaru di blog Student Progressive Front (SPF).

Isunya, sistem locker atau rak baru yang mula diperkenalkan oleh pihak perpustakaan USM. Berbanding sebelum ini, sistem baru ini nampaknya penuh dengan ciri keselamatan. Para pengguna tidak perlu risau lagi kalau-kalau barang yang ditinggalkan hilang atau sebagainya kerana ia menggunakan kunci khas, yakni berbayar. Risik-risik AC berhubung hal ini, caj yang dikenakan akan dinaikkan kepada 40 sen berbanding sekarang 20 sen dan akan mula dilaksanakan bermula semester depan.

Tapi AC ada cerita disebalik isu ini. Bukan soal survey atau sebagainya. Baru-baru ini AC telah berkesempatan bersembang lama dengan YDP MPP USM kita sekarang. Lokasi pertemuan kami adalah rahsia, tapi isunya sama iaitu sistem locker di perpustakaan. Ia memang agak hangat ketika ini sehingga pihak SPF kelihatan beriya-iya menjaguhi isu ini. Malangnya, ia agak melulu tanpa waras.

Daripada cerita saudara YDP kita, beliau memberitahu bahawa pihak MPP telah pun berjumpa dengan pihak pengurusan perpustakaan atau lebih tepat, langsung bertemu dengan invidu yang bertanggungjawab ke atas perlaksanaan sistem locker baru tersebut. MPP berusaha mendapatkan penjelasan tentang penggunaan sistem ini dan caj yang hendak dikenakan. Banyaklah yang disampaikan, katanya, tapi kita kena tunggu penjelasan secara rasmi dikeluarkan kelak. Jadi SPF, bersabarlah ya.

Oh ya, ada lagi yang AC rasa perlu dikongsikan di sini. Ia penting bagi menunjukkan perbezaan antara pihak yang buat kerja dan benar-benar menjaga kebajikan pelajar dengan pihak yang selalu nak tangguk di air keruh atau mudah katanya, nak ambil peluang.

Daripada saudara YDP kita, AC dapat tahu bahawa jika diikutkan perancangan asal, caj 40 sen tersebut sudah pun dilaksanakan pada waktu ini. Tetapi pihak MPP dengan kerjasama semua pihak yang terlibat telah memohon supaya pihak perpustakaan menangguhkannya sehingga ke semester depan. Di sini, tahulah AC bahawa caj tersebut berkemungkinan besar tetap akan dilaksanakan dengan alasan-alasan yang tersendiri. Sama-samalah kita nantikan penjelasannya.

Sebelum mengundur diri, AC juga ingin menyentuh berkenaan analisa daripada soal selidik yang dilakukan oleh SPF. AC tabik dengan inisiatif mereka. Malangnya, AC berasakan survey tersebut tidak wajar digunakan sebagai kayu ukur yang absah kerana beberapa keadaan yang meragukan. Sebagai contoh, tinjauan yang dibuat mungkin bias seperti hanya tertumpu dalam kalangan geng mereka sahaja.

Kita juga tidak tahu, adakah tinjauan mereka seimbang. Mereka menganalisa hasil tinjauan tersebut dengan angka-angka tertentu, tetapi kita langsung tidak ditunjukkan bentuk-bentuk soalan yang digunakan. Kita juga tidak ditunjukkan apakah responden mereka ialah pengguna tegar perpustakaan atau yang sekali sekala saja berkunjung ke sana.

AC bukanlah hendak mempertikaikan usaha mereka, tetapi sebagai warga USM, mahukah kita terus-terusan di takah yang sama tanpa melaksanakan sebarang pembaharuan? Mahukah kita hari-hari tengok rak kayu yang uzur tersebut untuk sepuluh atau dua puluh tahun akan datang? Lambat laun, kita tetap kena berubah. Masanya sudah sampai dan perubahan itu berlaku pada hari ini, pada waktu kita adalah warga penuntutnya, jadi terimalah dengan minda yang celik.

AC berharap rakan-rakan berfikiran terbuka dalam hal ini. Tidak salah untuk menongkah arus, tetapi kenapa sampai mengkritik pembaharuan di universiti sendiri? Di sini kita punya cara yang tersendiri, bukan untuk orang lain tetapi untuk kebaikan warga USM juga.

Akhir kata, boleh saja juga kalau SPF dan rakan-rakan tidak mahu menggunakan sistem locker tersebut, tapi tolonglah jangan serabutkan mata kami dengan meletakkan bagasi anda di atas rak. Nampak bersepah dan menyakitkan mata yang memandang.

Wednesday, April 7, 2010

Memahami Gerakan Mahasiswa





Berikut penulis catatkan beberapa prinsip yang telah menjadi asas kepada prinsip perjuangan Mahasiswa Pro Khawarij ketika persidangan Kongres Mahasiswa Nasional 2010 yang berlansung di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya.


1) Semua front akan berpegang kepada 5 prinsip untuk terus memastikan kebersamaan dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Prinsip perjuangan SMM ialah:



-Independence
-Intellectual
-Integrity
-Responsive
-Progressive

2) Membawa kebersamaan semua front di peringkat SMM & dibumikan peringkat kampus berdasarkan 5 prinsip perjuangan.


3) Meluaskan skop perjuangan mahasiswa meliputi aspek Nasional & Internasional secara holistik & integral.


Meneliti segala prinsip yang menjadi teras kepada 'perjuangan khawarij muda' ini, penulis mendapati ianya hanyalah satu prinsip yang retorik dan dicipta semata-mata mengikut petunjuk dari Khawarij Dewasa yang berada di belakang mereka.


Untuk artikel kali ini penulis hanya mengkaji 3 prinsip 'team' Khawarij Muda ini.


Pertama

'INDEPENDENCE' :

Penulis yakin, semua pembaca blog ini memahami makna independence. Independence membawa makna bebas / merdeka. Dan makna Independence yang dimaksudkan dalam prinsip ini ialah, mereka mengatakan mahasiswa perlu Independence dari sebarang pengaruh politik dan mana-mana pengaruh dari luar kampus. Satu ritorik yang 'bullshit'!!! Itu ayat terbaik buat prinsip pertama mereka ini.


Mana tidaknya, mereka mengatakan mereka adalah kelompok Independence, sedangkan hasil kajian penulis terhadap latar belakang setiap ahli jawatankuasa yang terlibat dalam kongres ini terdiri daripada mereka yang terpengaruh dengan perjuangan politik Pakatan Khawarij yang diketuai oleh Ketua Khawarij Malaysia, Anwar Ibrahim. Manakan tidak, mengapa dijemput Nurul Izzah memberikan ucapan aluan sedangkan,

jika mereka mahu menjadi kelompok yang bebas seharusnya ucapan aluan diberikan oleh mereka yang terdiri dari karyawan Akademik yang bebas dari mana-mana belenggu parti politik?


Penulis teringat ketika bersama-sama dengan kelompok Khawarij muda ini yang begitu lantang memaki hamun kepimpinan MPP yang dilantik dari juak-juak Aspirasi dengan kata-kata yang kesat. Mereka menggelarkan MPP yang datang dari tiket Aspirasi dengan gelaran "barua HEP", "barua Kerajaan", "barua Pemerintah" dan pelbagai ugutan lain. Bila penulis bertanya kepada mereka mengapa mereka begitu marah dengan MPP dari kelompok Aspirasi, jawapan yang sama penulis terima ialah, MPP Aspirasi adalah MPP yang menjilat perintah kerajaan dan tidak memperjuangkan hak-hak mahasiswa.


Sekarang makian mereka sudah tercampak ke muka mereka sendiri. Mereka secara tidak sedar mereka sendiri menjadi barua kepada pemimpin politik Khawarij Dewasa yang ada di Malaysia ini. Lihat sahaja apa yang diperjuangkan oleh kelompok ini sering mengikut falsafah perjuangan kelompok Khawarij Dewasa. Maka apa maknanya "INDEPENDENCE" yang mereka perjuangkan?? Ternyatalah hanya satu ritorik kosong semata-mata!!!


Kedua

'INTELLECTUAL'

Bila bercakap mengenai intelektual, maka makna perkataan intelektual itu sendiri bergantung kepada tahap pendidikan, pengalaman dan kebijaksanaan seseorang individu berkenaan. Dan apabila bercakap mengenai mahasiswa, kita tidak dapat lari dengan propaganda mahasiswa dan budaya keintelektualan yang berlaku disekeliling mereka.

Intelektual adalah satu anugerah yang diberikan oleh ALLAH kepada hamba yang dikehendakki olehnya. Untuk menjadi kumpulan intelektual, maka seseorang itu perlu menjalani satu disiplin ilmu yang lama selain memperolehi pelbagai pengalaman di persekitaran mereka. Namun begitu dalam konteks keintelektualan yang dimaksudkan oleh Khawarij Muda ini, adakah ianya membawa makna intelektual yang difahami oleh karyawan ilmu???


Adakah intelektual yang mereka perkatakan ialah Mahasiswa yang bijak dalam memporak perandakan masyarakat? Mahasiswa yang kuat memberontak? Keintelektualan dalam mengikut perasaan dan nafsu? Keintelektualan dalam mengikut perjuangan demokrasi yang secara terang-terangan bertentangan dengan landasan dan kehendak syarak?


Kalau inilah maksud Intelektual yang kumpulan ini fahamkan? Maka ternyatalah mereka ini sendiri buta dalam memahami istilah keintelektualan berkenaan.


Ketiga.

'INTEGRITY'


"Integrity as a concept has to do with perceived consistency of actions, values, methods, measures, principles, expectations and outcome."


Persoalan yang timbul disini ialah, adakah mereka ini dari kelompok yang boleh dipercayai integriti mereka? Hasil kajian penulis mengenai latar belakang kesemua ahli kepimpinan dalam kongres Mahasiswa ini, mereka kesemua tidak mempunyai integriti. Yang penulis maksudkan integriti dalam memahami Islam bersandarkan Al-Quran dan Hadis. Mereka buta tuli dalam mengenal ajaran Islam. Maka jika mereka sudah buta dalam mentaati ajaran Islam yang sebenar apa layaknya mereka hendak mempersoalkan mengenai integriti pihak lain?


Dimanakah integriti mereka jika merekalah jaguh demonstrasi? Dimanakah integriti mereka tatkala menjadi penghasut kepada mahasiswa agar memberontak kepada pentadbiran universiti? Dimanakah integriti mereka tatkala diberikan peluang untuk belajar di universiti MILIK KERAJAAN, mereka menghabiskan masa dengan berdemonstrasi dan memperjuangkan demokrasi kampus? Dimanakah integriti mereka mengajak rakan-rakan mahasiswa mengikut hawa nafsu apabila timbul satu-satu masalah? Inikah yang mereka laungkan integriti?


Mereka menempelak rakan-rakan mereka dari Aspirasi sebagai balaci HEP dan Kerajaan sedangkan mereka sendiri menjadi balaci KHAWARIJ dan Pembangkang. Berintegritikah tingkah laku mereka ini???

Penulis malas nak memperkata prinsip-prinsip seterusnya kerana penulis dapati kesemua prinsip yang digunapakai oleh kumpulan ini hanyalah satu 'cetakan' dari parti-parti Khawarij. Kesimpulannya, Mahasiswa harus menyedari bahawa tugas utama mereka adalah belajar dan bukannya mencampuri urusan pemerintahan. Bukan tidak boleh mengambil tahu mengenai urusan politik negara, namun berpada-padalah. Tugas belajar adalah jauh lebih penting berbanding politik Kampus.

Artikel ini dipetik daripada penulisan salah seorang Sahabat Aspirasi. AC menyiarkannya semula tanpa sebarang pengubahsuaian dengan tujuan berkongsi info ini sesama rakan ke arah memahami politik kampus dengan lebih baik.

Tuesday, April 6, 2010

Jawapan PM Terhadap Isu Berbangkit 1Malaysia

PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya

Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Najib juga berkata idea gagasan 1Malaysia itu adalah cetusan percambahan fikiran beliau bersama beberapa kumpulan pemikir yang bertujuan mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

"Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.

"Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya menggariskan perkara ini, bila kita lakukan brainstorming, percambahan fikiran, timbullah idea gagasan 1Malaysia ini," katanya.

Jelas Perdana Menteri lagi, kemuncak kepada penghayatan gagasan 1Malaysia adalah apabila ia membawa keuntungan strategik kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, gagasan 1Malaysia meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang.

Najib berkata, kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka.

"Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengakui masih terdapat beberapa halangan kepada kejayaan 1Malaysia yang dicetuskan oleh kumpulan yang memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan.

"Kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam pekarangan masjid dan sebagainya.

"Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrem dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrem itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia," katanya.


Dipetik daripada Utusan Malaysia Online