Menyentuh Tinjauan Oleh SPF
AC agak terkejut sebelum tersenyum lebar selepas membaca post terbaru di blog Student Progressive Front (SPF).
Isunya, sistem locker atau rak baru yang mula diperkenalkan oleh pihak perpustakaan USM. Berbanding sebelum ini, sistem baru ini nampaknya penuh dengan ciri keselamatan. Para pengguna tidak perlu risau lagi kalau-kalau barang yang ditinggalkan hilang atau sebagainya kerana ia menggunakan kunci khas, yakni berbayar. Risik-risik AC berhubung hal ini, caj yang dikenakan akan dinaikkan kepada 40 sen berbanding sekarang 20 sen dan akan mula dilaksanakan bermula semester depan.
Tapi AC ada cerita disebalik isu ini. Bukan soal survey atau sebagainya. Baru-baru ini AC telah berkesempatan bersembang lama dengan YDP MPP USM kita sekarang. Lokasi pertemuan kami adalah rahsia, tapi isunya sama iaitu sistem locker di perpustakaan. Ia memang agak hangat ketika ini sehingga pihak SPF kelihatan beriya-iya menjaguhi isu ini. Malangnya, ia agak melulu tanpa waras.
Daripada cerita saudara YDP kita, beliau memberitahu bahawa pihak MPP telah pun berjumpa dengan pihak pengurusan perpustakaan atau lebih tepat, langsung bertemu dengan invidu yang bertanggungjawab ke atas perlaksanaan sistem locker baru tersebut. MPP berusaha mendapatkan penjelasan tentang penggunaan sistem ini dan caj yang hendak dikenakan. Banyaklah yang disampaikan, katanya, tapi kita kena tunggu penjelasan secara rasmi dikeluarkan kelak. Jadi SPF, bersabarlah ya.
Oh ya, ada lagi yang AC rasa perlu dikongsikan di sini. Ia penting bagi menunjukkan perbezaan antara pihak yang buat kerja dan benar-benar menjaga kebajikan pelajar dengan pihak yang selalu nak tangguk di air keruh atau mudah katanya, nak ambil peluang.
Daripada saudara YDP kita, AC dapat tahu bahawa jika diikutkan perancangan asal, caj 40 sen tersebut sudah pun dilaksanakan pada waktu ini. Tetapi pihak MPP dengan kerjasama semua pihak yang terlibat telah memohon supaya pihak perpustakaan menangguhkannya sehingga ke semester depan. Di sini, tahulah AC bahawa caj tersebut berkemungkinan besar tetap akan dilaksanakan dengan alasan-alasan yang tersendiri. Sama-samalah kita nantikan penjelasannya.
Sebelum mengundur diri, AC juga ingin menyentuh berkenaan analisa daripada soal selidik yang dilakukan oleh SPF. AC tabik dengan inisiatif mereka. Malangnya, AC berasakan survey tersebut tidak wajar digunakan sebagai kayu ukur yang absah kerana beberapa keadaan yang meragukan. Sebagai contoh, tinjauan yang dibuat mungkin bias seperti hanya tertumpu dalam kalangan geng mereka sahaja.
Kita juga tidak tahu, adakah tinjauan mereka seimbang. Mereka menganalisa hasil tinjauan tersebut dengan angka-angka tertentu, tetapi kita langsung tidak ditunjukkan bentuk-bentuk soalan yang digunakan. Kita juga tidak ditunjukkan apakah responden mereka ialah pengguna tegar perpustakaan atau yang sekali sekala saja berkunjung ke sana.
AC bukanlah hendak mempertikaikan usaha mereka, tetapi sebagai warga USM, mahukah kita terus-terusan di takah yang sama tanpa melaksanakan sebarang pembaharuan? Mahukah kita hari-hari tengok rak kayu yang uzur tersebut untuk sepuluh atau dua puluh tahun akan datang? Lambat laun, kita tetap kena berubah. Masanya sudah sampai dan perubahan itu berlaku pada hari ini, pada waktu kita adalah warga penuntutnya, jadi terimalah dengan minda yang celik.
AC berharap rakan-rakan berfikiran terbuka dalam hal ini. Tidak salah untuk menongkah arus, tetapi kenapa sampai mengkritik pembaharuan di universiti sendiri? Di sini kita punya cara yang tersendiri, bukan untuk orang lain tetapi untuk kebaikan warga USM juga.
Akhir kata, boleh saja juga kalau SPF dan rakan-rakan tidak mahu menggunakan sistem locker tersebut, tapi tolonglah jangan serabutkan mata kami dengan meletakkan bagasi anda di atas rak. Nampak bersepah dan menyakitkan mata yang memandang.
Salam..
ReplyDeleteini hanya sekadar cadangan saja.. saya rasa perlu diberikan pilihan kepada mereka yg menggunakan locker iaitu sama ada mereka ingin menggunakan kunci itu atau pun tidak.. jika mereka ingin menggunakannya maka mereka perlu membayar sedikit untuk perkhidmatan itu..jika tidak mereka perlu diberikan pilihan untuk hanya meletakkan saja tanpa menguncinya seperti mana yg berlaku pada masa ini..
keburukan cadangan ini ialah setiap orang yg nak menggunakan locker perlu membuka locker untuk memastikan locker tersebut berisi atau pun tidak..saya sudah perhatikan perkara ini beberapa sejak beberapa hari..
terpulang kepada kebijaksanaan pihak2 yg berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini..
sekian..
salam,
ReplyDeletesaudara syukri, baru-baru ni saya ada komen di ruangan entri berkenaan isu ini di blog SPF..saya kemukakan beberapa persoalan berhubung dengan survey yg diorang buat dan saya mintak diorang jelaskan..malangnya hingga saat ini mereka belum menjawab walau satu pun, malah komen saya tersebut juga sudah tdk wujud lagi. Jd kesimpulan saya mudah, puak-puak ni retorik je lebih..kerja sikit berkokok riuh sekampung, demokrasi dan kebebasan bersuara hanya dlm konteks perjuangan diorang je..ada isu baru nak muncul, tak dak kalu, senyap sepi..tunggu peluang je nak attack..wahai warga USM, buka mata anda dan lihatlah sendiri beza perjuangan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa
salam..
ReplyDeleteSPF sesuatu yg menarik untuk dibahaskan..seorang rakan saya (seorang Cina) kurang senang dengan tindakan mereka yg mengedar risalah berkenaan isu berkaitan kes liwat & sebagainya di dalam kampus..apa maksud mereka sebenarnya?
berkenaan survey tu pada saya mungkin mereka jawab sendiri & memilih mereka yg sekepala dengan mereka..
Salam,
ReplyDeleteSPF ni klu hang nak tau, ranting politik dlm PBT (Persatuan Bahasa Tionghua). Depa ni ada link yg kuat ngn DEMA, SMM n mcm2 lg gerakan yg dimentorkan secara langsung oleh bdn2 politik pro-pembangkang kat luar..depa ni ada banyak duit, dana wlupun pelajar je. Edaran flyers percuma dan buku2 Black or White depa yg dah masuk edisi ke 8 baru-baru ni membuktikan yg depa ni ada banyak dana..dari mana dapat? ada la tu hehe..orang2 kuat kat blakang depa ni ramai, ada yg dulu belajar kt USM ni gak n skang dah jd orang penting untuk DSAI..ada yg jadi pakar IT kpd DSAI..kira bdk2 SPF kt USM ni junior la..motif depa besar, satu dlm kampus (jangka pendek) dan satu lg luar kampus (jangka panjang). Depa ni memang dah lama aim nak pegang MPP tp belum berjaya sbb pelajar USM memang tolak politik style depa ni..dlm jangka pjg, bdk2 SPF ni akn jadi pelapis kpd pemimpin pro-pembangkang hari ni..depa ni biasa meeting tempat hebat2..jgn terkejut klu depa ni gak ada akses mudah masuk KOMTAR..meeting kat sana woo huhu..hebat..sangat hebat..banyak lagi klu hang nak tau Syukri tp pelan-pelan la..kita usaha sedarkan pelajar USM ttg sapa budak2 SPF ni..
sesuatu yg menarik..tu pun mereka nak nafi bukan agen pembangkang..
ReplyDeleteadoyai bdk2 SPF ni memang penakut..sampai skang komen saya tu tak disiarkan.agaknya sibuk kumpul jawapan kot hehe
ReplyDelete