Friday, December 27, 2013

SIDANG MEDIA PARLIMEN MAHASISWA USM 13/14


Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.


Pada 21 Disember yang lalu, Parlimen Mahasiswa USM telah berlangsung dengan jayanya. Proses persidangan tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa dan persidangan kali ini juga telah menyaksikan Saudara Haziq Al Amir Mohd dilantik sebagai Speaker Dewan Perundingan Pelajar Siri 1 SA 2013/2014.

Parlimen Mahasiswa Siri 1 13/14 

Sebanyak 12 usul telah dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Usul (AJK Usul DPP) yang terdiri dalam kalangan wakil-wakil persatuan, kelab, anak negeri, desasiswa dan lain-lain. Perbahasan berlangsung dengan baik, berfakta, dan berhemah oleh ahli dewan walaupun terdapat momen-momen perbahasan bertukar menjadi 'panas'. Sesungguhnya Parlimen Mahasiswa merupakan wadah penyatuan semua entiti dalam universiti untuk menyuarakan pandangan dan melontarkan idea secara matang.

Kelmarin telah berlangsung pula sidang media berkenaan usul-usul yang dibahaskan dalam Parlimen Mahasiswa. AC salin dan tampal post di Facebook milik Saudara Haziq Al Amir tentang sidang media tersebut.

Alhamdulilah pada hari ini, saya bersama Timbalan Speaker, Setiausaha Dewan dan bersama sebahagian Ahli Dewan yang diketuai oleh YDP MPPUSM saudara Mohamad Shafiq Bin Kamaruddin telah mengadakan persidangan media berkenaan usul-usul yang telah dibincangkan didalam persidangan parlimen mahasiswa USM baru-baru ini.

Terdapat 3 usul khas yang dibawa suara mahasiswa melalui DPP agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian dalam isu ini, iaitu usul berkenaan memohon pihak kerajaan mengkaji dan mempertimbangkan semula peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi terutama sekali golongan mahasiswa. selain itu, usul berkenaan memohon pihak kerajaan memantau dan menguatkuasa larangan penyebaran fahaman syiah yang semakin menular yang boleh mengancam akidah umat islam. dan usul berkenaan memohon pihak kerajaan mengkaji dan menolak tuntutan Comango.

ketiga-tiga usul ini telah diluluskan dan mendapat undian majoriti ahli Dewan Perundingan Pelajar sewaktu sesi persidangan pertama pada 21 disember, dan langkah pertama yang diambil adalah memaklumkan kepada pihak yang berkenaan terutama sekali pihak kerajaan agar mendengar pandangan dan suara mahasiswa yang merupakan salah satu agen transformasi negara. Insyallah semoga suara mahasiswa USM mendapat perhatian daripada kepimpinan negara.

Salam hormat dari saya.

Mohamad Haziq bin Al Amir Mohd
Speaker Dewan Perundingan Pelajar USM

Sumber : Klik Sini 

Aspirasi's Corner

Rasional Toleransi Realistik
We Lead We Love USM
Together We Unite

Wednesday, December 4, 2013

'SURAT CINTA' YDP MPP USM 13/14 DARI TIMUR


Assalamualaikum & Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa. @AspirasiUSM @KAPIT_s 


Berikutan dengan satu kenyataan di Facebook milik YDP MPP USM, Saudara Shafiq Kamaruddin, AC terpanggil untuk 'mencerahkan' semula apa yang kelam, menjelaskan apa yang kabur tentang hal yang berlaku pada hari ini.

Sebagai permulaannya, biarlah AC ingatkan kembali kepada yang terlupa bahawa Aspirasi USM didasari atas semangat cinta akan universiti dan bersama-sama universiti dalam hal-hal yang membawa kebaikan kepada mahasiswa/i, universiti, masyarakat, dan negara. Namun tidak bermakna sokongan ini turut diberikan secara semberono pada hal yang tidak wajar. Pendukung Aspirasi juga mahasiswa/i biasa dan rakyat marhaen yang punyai pertimbangan apa yang patut sokong dan apa yang perlu diperbetulkan.

Dalam usaha memperjuang dan mengangkat suara dan hasrat mahasiswa/i USM, Aspirasi berpendirian RASIONAL TOLERANSI REALISTIK dan bukan saja menjadi prinsip malah rukun dalam setiap tindakan/masalah yang akan ditangani. Ini asas kepada gerakan Aspirasi USM dan Alhamdulillah, kampus kita masih kekal aman dan bebas daripada 'noda' pendemonstran. Ya, ini yang perlu kita banggakan dan kita kekalkan !

Persepsi negatif ini dibawa oleh individu/pihak yang tidak faham 'roh' Aspirasi yang sebenarnya. AC tak nak komen lebih. Cukuplah kita utamakan perjuangan dalam menjaga kebajikan/hak mahasiswa/i USM dan keamanan kampus yang kita cintai ini.

Di sini juga AC cuba 'paku' kan "Respon Terbuka" Saudara Mohammad Shafiq Kamaruddin, Yang Dipertua MPP USM 13/14 di laman Facebook beliau semalam di 'minda dan hati' pihak-pihak yang berkenaan. Kenyataan beliau ini AC kira 'dilayangkan' khas untuk renungan kita dan pada ketika ini juga beliau bersama-sama dengan deligasi USM masih lagi berada di Jepun. Apa yang dihuraikan secara panjang lebar oleh Saudara Shafiq itu sememangnya 'kena' dengan apa yang berlaku hari ini. Faham dan hadam. Semoga bermanfaat. :)


Respon Terbuka
saya kerapkali di tag oleh pemimpin-pemimpin PRO-M di USM tentang isu-isu Nasional yang melibatkan kebajikan rakyat. paling hangat adalah tentang isu kenaikan harga barangan dan juga paling terbaru adalah tentang kenaikan tarif eletrik. pada hemat saya mereka dahagakan respon terbuka daripada saya memandangkan saya sekarang ini merupakan YDP MPP USM, kerana dahulu sewaktu saya menjadi pelajar biasa, tidak pernah ditag oleh pemimpin-pemimpin berjiwa rakyat seumpama ini. atau mungkin juga mereka ingin menilai sejauh mana keberanian saya selaku YDP MPP USM untuk memberikan respon atau satu lagi andaian yang bermain di benak fikiran saya, mungkin juga pemimpin-pemimpin seumpama ini merasakan bahawa mereka sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang benar yang sentiasa kononya cakna tentang kebajikan rakyat Malaysia sehingga mengeluarkan quote-quote yang diambil dari mana-mana rakyat asing tanpa perlu diselidiki adakah quote tersebut bersesuaian dengan situasi semasa negara. ouh, lupa mungkin satu lagi andaian adalah kerana mereka anggap saya ini 'ORANG KERAJAAN' lantas saya pasti akan mengeluarkan kenyataan yang menyokong kerajaan. Apatah lagi ini merupakan tahun kesepuluh MPP ASPIRASI berjaya mengekalkan kemenangan di USM.

pelik tapi tidak hairan, individu individu yang seringkali tag nama saya ini sebenarnya kerap kali juga bertembung dengan saya di kawasan-kawasan kampus ketika saya mahu ke kelas mahupun ketika saya sedang menunggu bas, tetapi tidak pernah pula ditanya secara terbuka tentang apa-apa isu nasional mahupun isu-isu dalam kampus. pelik tapi tidak hairan, begitu juga bila MPP melaksanakan Sembang Santai bersama kepimpinan tertinggi Universiti, inidividu-individu ini kerap kali hilang atau menghilangkan diri dengan pelbagai alasan, dan semestinya alasan ada kelas malam itu paling popular. saya bukan orang politik, saya bukan orang ekonomi, saya adalah bakal seorang guru kerana itu kita tampilkan pemimpin yang sudah matang dalam selok belok dunia untuk menjelaskan sebarang pertanyaan, bukan sekadar isu kampus malaha isu nasional juga. untuk mengatakan bahawa saya perlu menguasai semua bidang, ye saya memang perlu menguasai semua bidang tapi bukan boleh kuasai dalam masa semalam. lainlah pemimpin-pemimpin ini, mereka begitu cakna sekali dengan isu semasa. sehinga sekelip mata boleh mengeluarkan fatwa, ouh bukan fatwa, andaian mungkin yang mengundang persepktif negatif. syabas!

bapa saya adalah seorang pemandu bas sekolah biasa, yang menggunakan RON 95 untuk mengisi tangki minyak bas sekolah setiap pagi sebelum mangambil murid-murid. sebagai seorang anak, semestinya saya amat terasa beban bapa saya yang terpaksa menangung kenaikan harga minyak. dan semestinya saya tidak setuju dengan kenaikan harga minyak tersebut. begitu juga dengan kenaikan harga gula dan juga harga tarif eletrik. namun saya pasti ada rasionalisasinya di situ. sudah tentu pemimpin-pemimpin PRO-M ini akan mengatakan pelbagai andaian lagi seperti kerajaan terpaksa menanggung hutang yang banyak dek kerana pelaburan yang begitu besar dalam PRU yang lepas. dan sudah tentu andaian-andaian lain juga akan turut sama keluar dari benak fikiran mereka.

saya juga begitu pelik, tapi semestinya tidak hairan lansung dengan persepektif atau isu-isu remeh yang dimainkan. paling kelakar adalah apabila ada dalam kalangan sahabat saya yang mengikuti mana-mana konvensyen anjuran Kerajaan dan sempat bergambar dengan pemimpin-pemimpin kerajaan. sya kira itu hanya kenangan yang biasa-biasa seperti mana kita teruja apabila melihat kedatangan artis dan berpeluang bergambar bersama. ouh ketika itulah timbul isu, pempimpin Aspirasi menyokong agenda kerajaan, kononya pemimpin Aspirasi bersama kerajaan, menjadi pakturut kerajaan dan sebagainya. soalan saya, adakah pemimpin-pemimpin yang kononnya suci murni ini ada dalam konvensyen tersebut? turut sama mendengar? saya pasti tidak, tapi begitu cepat khabar angin di manipulasi oleh cybertroppers2 alam maya. kalau tidak benar, jatuh fitnah, sedap barangkali makan daging saudara sendiri ye. ouh silap, itu bukan fitnah, itu adalah perkara benar, kerana apa yang dituturkan oleh mereka ini semestinya BENAR-BENAR belaka. tidak ada yang tidak BENAR.

tapi isu itu mungkin kurang dimainkan jika mereka pula yang bergambar dengan PEMIMPIN pilihan mereka dari SIDE mereka. diangkat menjadi hero kononnya ouh itulah pejuang sebenar kebebasan dan lain-lain. padahal pada hemat saya tiada beza pun antara keduanya. nampak permainannya disitu?

Saya diangkat menjadi YDP MPP USM bukan untuk mencipta musuh, malah dari awal lagi saya sudah maklumkan kepada rakan-rakan MPP (pro-A atau pro-M) bahawa tiada platform dalam melakukan gerak kerja menjaga kebajikan mahasiswa. cubit peha kiri, peha kanan terasa. sewaktu menjadi YDP MPD Tekun dahulu pun saya tidak mengamalkan sebarang pilih kasih, semuanya dinilai melalui hasil kerja yang berkualti, saya ulang hasil kerja yang BERKUALITI. Bukan hanya pandai bercakap, kerja tidak jalan. saya menilai semua perkara dalam pelbagai aspek dan perspektif, bukan perspektif saya seoarng sahaja. yang salah tetap salah, yang benar sentiasa benar. buat apa perlu takut? Nasihat saya kepada Pemimpin-Pemimpin berkenaan, sedarlah bahawa jangan diikut rasa hati, nanti mati, berfikiran waraslah dalam menilai tindak tanduk manusia. yang paling penting, letakkan hati anda setanding dengan perilaku luaran yang ditonjolkan.

:: salam hormat dari Negara Matahari Terbit

Sumber : KLIK SINI  


Daripada Ibnu Umar r.a, sabda Rasulullah:
"Kamu semua adalah pemimpin dan setiap daripada kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya. Oleh hal yang demikian, setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya."

Aspirasi Corner.

Rasional Toleransi Realistik.
We Lead We Love USM !
Together We Unite.