Sunday, September 1, 2013

KUANTITI ATAU KUALITI ?



Assalamualaikum dan Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.

Suasana dalam kampus Universiti Sains Malaysia semakin meriah, ceria dan 'hidup' dengan kedatangan ahli keluarga baru USM. Seperti kebiasaan apabila tiba hari pendaftaran pelajar baru, jambatan Pulau Pinang mulai sesak sejak awal pagi termasuk kesemua pintu masuk di USM.

Menurut Profesor Dato' Omar Osman, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, beliau mengakui bahawa pengambilan sesi akademik kali ini mencabar kerana ramai yang memohon untuk menjadi mahasiswa mahasiswi USM namun pihak universiti tidak mampu mengambil melebihi kapasiti walaupun mereka sangat layak.

Dalam satu artikel yang dipetik daripada laman sesawang New Straits Times :


GEORGW TOWN: Universiti Sains Malaysia  (USM) has seen an overwhelming response in the new academic intake for courses here.
Its Vice-Chancellor Prof Datuk Omar Osman said the number of applications had exceeded their expectations, with a third of courses offered experiencing an overflow of students.

"In this academic session, we are also seeing the highest number of appeals in five years, numbering 4,500, out of which we could only allocate places for 200 students.

"Our challenge this year is that a lot of students want to enter USM, but we are unable to take them in, even though they are very qualified.

"We hope that next year, the overflow of applications by students can be absorbed by other universities," he told reporters during the new students' registration here today at the main campus.

A total of 4,684 students across three campuses are registering today for the new academic session.
Sumber: KLIK

Universiti ini utuh bukan hanya pada status 'APEX' mahupun kedudukan USM pada ranking yang pertama seluruh Malaysia, tetapi dinilai pada kualiti mahasiswa mahasiswi USM. Justeru, USM komited terhadap kualiti siswa siswinya di samping pencapaian akademik selari dengan aspirasi universiti. Inilah tunjang kekuatan USM. Di samping itu, semangat sayang akan universiti juga amat penting dalam kalangan mahasiswa mahasiswi agar menghargai keamanan kampus dan mengekalkan ikatan perpaduan yang wujud. Kami mengalu-alukan kedatangan mahasiswa mahasiswi baru dalam keluarga besar USM dan diharapkan agar mereka mampu mencetus inspirasi dan berupaya mengharumkan lagi nama varsiti yang kita cintai ini.
Salam Aspirasi buat kelurga baru USM !

Aspirasi Corner.

We Lead We Love USM !
Together We Unite.