Wednesday, October 6, 2010

SPF Tak Hormat Undang-undang, Cemar Perjuangan Pro-Mahasiswa

Tindakan biadap kumpulan Student Progessive Front atau SPF USM yang membuka kaunter dan menyebarkan risalah secara haram baru-baru ini tidak boleh dipandang mudah oleh pihak universiti dan warga mahasiswa sendiri.

Tindakan provokatif begini bukan saja melanggar peraturan universiti malah mencabuli hak mahasiswa sejagat kerana dipaksa menerima bahan-bahan yang bersifat berat sebelah dan langsung tidak berkaitan dengan hak dan kebajikan para pelajar di USM.

Mengikut laporan yang diterima, kumpulan pelajar ini telah membuka kaunter perkhidmatan mereka secara haram di kawasan milik Jabatan Pembangunan dan menggunakan pula kemudahan universiti yang telah dikhaskan kepada mana-mana persatuan atau organisasi berdaftar di USM untuk menjalankan aktiviti mereka.

Di samping itu, bahan-bahan edaran mereka pula sangat provokatif. AC percaya ia tidak dihasilkan oleh SPF sendiri sebaliknya mereka menerima bantuan secara langsung daripada pihak luar. Misalnya, salah satu edaran yang diterima oleh AC dengan jelas memaparkan cetakan logo JERIT, sebuah NGO tidak berdaftar yang kononnya mendokong hak asasi manusia sejagat.

Apa yang dikesalkan ialah tindakan mereka menyebarkan bahan-bahan tersebut mampu mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan mahasiswa USM sendiri. Beberapa orang pelajar yang ditemui telah melahirkan kekecewaan mereka berhubung tindakan tersebut yang dianggap tidak sensitif dengan sentimen masyarakat berbilang kaum di dalam kampus USM.

Pada masa yang sama, AC juga hairan dengan sikap kumpulan SPF ini. Mereka sering kali melanggar undang-undang dan peraturan universiti dengan sewenang-wenangnya. Apabila tindakan dikenakan, mereka menuduh pula pihak universiti menyekat hak dan kebebasan bersuara mahasiswa. Adakah mereka sedar dan faham tentang hak dan kebebasan bersuara? AC yakin dan percaya mereka menyedari peruntukan undang-undang sedia ada tetapi dengan sengaja mencabarnya bagi mencari publisiti dan keprihatinan warga kampus.

AC juga tertanya-tanya, di mana suara rasional Ketua Pro-Mahasiswa USM dalam hal ini? Ini bukan kali pertama dan mungkin bukan yang terakhir. Umum mengetahui Pro-Mahasiswa lazimnya diketuai oleh YDP PMI termasuk di USM sendiri. Tetapi jarang sekali ketua mereka bersuara apatah lagi menegur tindak-tanduk anak-anak buahnya. AC membangkitkannya di sini kerana kesal atas kejadian ini yang telah tersebar di seluruh pelosok negara melalui laman-laman sosial dan blog politik sehingga mencemarkan nama baik USM yang kita sayangi ini. Adakah ini yang kita mahu?

7 comments:

  1. apakah konten risalah mereka edar? boleh jelas untuk kami ke?

    ReplyDelete
  2. What they distribute? I dun think it is a big problem if the content is benefit to student.

    ReplyDelete
  3. Adakah SPF edarkan risalah seperti gambar di atas? Jika tidak, kenapa AC post risalah ini yang melibatkan politik? Apakah persoalan AC?

    ReplyDelete
  4. SPF sendiri bukan persatuan yg sah atau berdaftar..tak hairan mereka berani lakukan perkara2 yg melanggar undang2 universiti.

    Kalau diperhatikan gambar di atas, kita dpt mengesan beberapa point..1st, meja yg digunakan, 2nd, buku tulis berwarna biru tersebut ada logo USM walaupun tak sepenuhnya. Mustahil ia dilakukan di luar USM..

    Apa2 pun, SPF memang ada buka kaunter pd hari kejadian dan mereka menyebarkan beberapa risalah yg provokatif termasuk menjual t-shirt 1Black Malaysia. Ini diakui sendiri dlm blog SPF..jd apa sbnrnya yg SPF cuba bawak ke dlm kampus? Satu budaya yg tidak menghormati undang2 dan sensitiviti pihak lain??

    ReplyDelete
  5. Sila baca AUKU baru yang mengatakan bahawa mahasiswa boleh menjadi ahli NGO tanpa memberitahu pihak universiti dan boleh mengadakan aktiviti di dalam kampus.

    Kalau mahasiswa tidak dapat mengaplikasikan AUKU baru dalam kampus, apa gunanya AUKU baru tersebut? Lagi-lagi AC menggunakan alasan tersebut menghentam mahasiswa.

    Sila baca dahulu sebelum beri pandangan, jangan anda cuba mengelirukan mahasiswa Apex yang dianggap bodoh oleh AC.

    ReplyDelete
  6. ano..... oct 28 2010 9,44................ anda meminta orang lain membaca auku baru adakah anda telah membacanya.....
    ya betul mahasiswa boleh meyertai dan mengadakan dengan aktiviti dengan mana2 ngo tetapi bukan lah dengan ngo yang tidak berdaftar setahu saya lar.....

    jadi disini jelas saper yang x membaca auku kan...

    dan lagi satu sebaran yang diedarkan oleh pihak spf mmg ada unsur politik... kenaper perlu ader nyer lambang bn sedangkan jika itu adalah untuk kerjasama dengan ngo...

    ReplyDelete