Tuesday, July 30, 2013

TIGA ALUMNI DAN SEORANG PELAJAR SARJANA USM ANTARA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PBB


Tiga orang bekas pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana adalah antara 15 orang anak muda Malaysia yang dipilih untuk menyertai delegasi Malaysia untuk menjalani latihan internship di Pertubuhan Banga-bangsa Bersatu (PBB) mulai Ogos ini.

Ahmad Wafi bin Sahedan, 23, berkata, beliau dijangka  menjalani internship di Ibu Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York yang ketika itu dijangka berlangsung Perhimpunan Agung  PBB Oktober ini.
"Saya berasa sangat gembira kerana sedar pengalaman ini sukar diperolehi apatah lagi pada usia muda ini," kata Ahmad Wafi yang menerima ijazah Sarjana Muda Sains (Geofizik) USM pada tahun 2011 yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang 2009/2010. 
Wafi bagaimana pun mengakui belum mendapat perincian tentang apa yang perlu dilakukan semasa berada di New York nanti. 
Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Luar untuk membolehkan anak-anak muda Malaysia menghayati secara mendalam tentang aktiviti dan fungsi PBB, signifikannya PBB kepada pembangunan negara-negara dunia, menghayati dan merasai amalan kerja melalui rangkaian kerja antarabangsa di samping meningkatkan keyakinan diri, kemahiran dan perasaan tanggungjawab. 
Mereka terpilih hasil pemilihan ketat yang melalui beberapa fasa. 
"Pertama kami menghantar borang permohonan bersama-sama esei tentang “Post-Millenium Development Goals” serta sumbangan saya kepada negara dan Majlis Belia Malaysia manakala peringkat kedua ialah sesi interview di hadapan 5 orang panel yang terdiri daripada 2 orang panel dari Majlis Belia Malaysia, 2 orang dari Kementerian Belia dan Sukan dan seorang dari Wisma Putra, " jelas Wafi. 
Seorang lagi peserta yang akan menyertai program internship ini ialah Mohamad Adib Anas, 30, pelajar Sarjana Komunikasi USM, seorang aktivis melalui Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sejak 13 tahun lalu. 
“Saya berharap, sepulangnya dari internship ini nanti, akan dapat mengadakan program-program pada peringkat kebangsaan tetapi bertaraf antarabangsa dalam kalangan belia negara ini seperti mana sekolah antarabangsa yang mempunyai program khas untuk mendedahkan pelajar-pelajarnya kepada isu-isu antarabangsa dan pertubuhan seperti PBB yang membincangkan pelbagai isu yang berkaitan,” kata Adib, anak kelahiran Pulau Pinang  yang pernah mengajar di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum mendapat biasiswa mengikuti pengajian peringkat sarjana melalui penyelidikan di USM. 
Bagi Kumanan Kandasamy, 23, pula, peluang mengikuti program ini datang seperti mimpi dan tidak dijangkakannya. 
Kumanan akan mengikuti Malaysia-US: Youth Leadership Engangement & UN Friendship Programme juga  dianjurkan oleh MBM yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar pada 5 – 19 Ogos 2013. 
"Saya masih tidak memberitahu sesiapa kerana terlalu sibuk mengejar tugasan-tugasan dalam usaha menamatkan segera pengajian peringkat sarjana," kata Kumanan yang masih mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Awam USM dan dijangka menerima ijazah sarjananya dalam Upacara Konvokesyen USM September ini. 
Kumanan menerima ijazah pertamanya, Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan USM pada tahun 2012.
"Saya sangat teruja dan gembira namun amanat yang diberi ini amat besar bagi saya apatah lagi difahamkan inilah kali pertama Malaysia menghantar delegasi ke perhimpunan belia PBB secara rasmi," kata Kumanan. 
Para peserta program ini akan ditempatkan di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu New York dan Kedutaan Malaysia di Washington DC. 
Seorang lagi peserta yang akan mengikuti program yang sama ialah Eng Chee Wen, 26, graduan Sains Farmasi USM pada tahun 2011 yang  kini  bertugas  di Klinik Kesihatan Sungai Dua Seberang Prai Utara. 
Aktivis Pandu Puteri yang berasal dari Sungai Petani Kedah itu, banyak terlibat dalam aktiviti  peringkat kebangsaan. 
“Ini adalah peluang keemasan yang sangat bermakna dalam hidup saya untuk melihat dari dekat peranan PBB sebagai satu badan berprestij dunia dan peluang ini tidak pernah saya jangka dapat perolehi,” kata Eng. 
“Ia menjadi satu landasan untuk pelajari pelbagai perkara baru tentang peranan anak-anak muda dan berharap untuk mengkaji bagaimana untuk melaksanakan dengan baik model  keusahawanan sosial yang menyatukan antara konsep keusahawanan dengan kerja sosial serta turut meningkatkan budaya intelektual dalam menyuarakan pandangan dan pendapat di kalangan rakyat di negara ini,” tambahnya lagi. 
Anak ketiga dari empat beradik itu berpendapat, peluang tersebut juga sangat berharga dan berbaloi dengan segala kerja keras dan sukarela yang dilakukan selama ini untuk terus menimba ilmu pengetahuan dan nantinya kembali mencurahkan kepada masyarakat. 

Sumber : www.usm.my
#WeLeadWeLoveUSM 

Sunday, July 21, 2013

Pautan dan Direktori Penting @ USM


Pusat Pengajian di USM

Kampus Induk
Kampus Kejuruteraan
Kampus Kesihatan

Jabatan


Saturday, July 20, 2013

UNIKNYA USM !



Mengapa USM terlalu istimewa?
Sejak penubuhannya, USM telah mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam pendidikan tinggi. Antara pendekatan yang penting adalah penyimpanga daripada sistem fakulti yang lazimnya diamalkan dalam organisasi akademik lain. Sebaliknya, USM telah melaksanakan sistem pusat pengajian yang lebih meluas. Melalui sistem ini, subjek yang berkaitan dikelompokkan ke dalam rancangan pengajian dan di setiap pusat pengajian,  pelbagai kursus dan subjek disusun untuk membolehkan pelajar menerima ijazah yang khusus dalam subjek tertentu.
Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan  pengajian tinggi dalam bidang   Sains Tulen,  Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi,  Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini.
Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan  Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,  USM turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf.  Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan.  Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti  sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka  peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan.
Sebagai tambahan, USM turut menwarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan USAINS Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial USM.

Sumber dipetik dari : klik di sini

Jom Berkenalan Dengan Universiti Sains Malaysia !


Latar Belakang Institusi
Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969,  merupakan  universiti kedua tertua di negara ini.  Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.
Pada peringkat awal,  Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains.  Sejak itu, USM  membangun dengan pesatnya dan kini  USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada  peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar.  Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.
USM ditubuhkan hasil persetujuan yang  tercapai daripada resolusi yang   diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di Pulau Pinang.  Sehubungan itu, sebidang tanah dikenal pasti di Sungai Ara sebagai tapak kolej universiti ini. Majlis Peletakan Batu Asas di tapak ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  pada 7 Ogos 1967.
Walau bagaimanapun, Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1969 untuk  menampung keperluan kampus yang lebih luas dan persekitaran yang lebih kondusif bersesuaian dengan keperluan negara pada masa hadapan.
Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor.  Dua bulan kemudian, kumpulan pertama seramai  57 orang pelajar telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian mereka.  Memandangkan kawasan kampus di Sungai Ara belum  dibangunkan, maka  kumpulan pelajar ini ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugur yang dipinjamkan daripada Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya di Sungai Ara dipindahkan ke tapak yang ada sekarang,  iaitu di  Minden.  Lokasi baru seluas 500 ekar yang terletak di kawasan berbukit  ini begitu  mempesonakan dengan persekitarannya yang menghijau, ditambah pula dengan keindahan laut yang luas terbentang.
Sejak penubuhannyanya,  USM melaksanakan sistem pusat pengajian,  yang agak berbeza dengan sistem falkulti yang lazimnya diamalkan.  Yang uniknya sistem ini adalah bahawa pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama, pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain.  USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini.  Melalui pendekatan ini,  USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh.
Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar).  USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu  Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk)  dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan,  Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan  enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM.

Sumber dipetik dan diubahsuai dari : klik di sini

Thursday, July 18, 2013

PPSL 2013/2014 WUJUDKAN HOTLINE


Assalamualaikum/ Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.

Group FB Bakal Mahasiswa Universiti Sains Malaysia Sidang 2013/2014 (Official Group)

Pelbagai persoalan diajukan oleh bakal mahasiswa/i USM dan kadangkala penjelasan yang diberikan melalui Facebook mungkin tidak jelas. Atau mungkin berlaku 'komunikasi tidak berkesan' dalam penyampaian maklumat antara PPSL dengan adik-adik kita. Maklum saja lah, sememangnya adik-adik kita mempunyai pelbagai soalan yang sesetengahnya memerlukan penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak PPSL.

Oleh hal yang demikian, PPSL telah mengambil suatu inisiatif untuk mewujudkan Talian Hotline PPSL 2013. Talian tersebut merupakan alternatif untuk bakal mahasiswa/i sekiranya pihak USM gagal dihubungi. 

Talian Hotline PPSL 2013 :


  •  Boleh dihubungi seperti waktu yang tertera di gambar.
  • Sebarang SMS, Whatsapp, Wechat dan apa-apa aplikasi yang sewaktu dengannya tidak akan dilayan. Pihak PPSL  hanya menerima panggilan sahaja.
  • Tidak beroperasi di luar waktu yang telah ditetapkan.
Jika terdapat sebarang permasalahan/persoalan boleh berhubung terus dengan PPSL. Jangan malu-malu. Malu bertanya sesat jalan. :)

PPSL
Dulu, Kini dan Selamanya
We Lead We love USM
Together We Unite

Tuesday, July 16, 2013

HEBAHAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PROVISIONAL USM 2012/2013


Assalamualaikum w.b.t/ Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan.

Semakan keputusan peperiksaan provisional boleh dilakukan pada jam 9 pagi, 16 Julai 2013. 

Untuk menyemak keputusan pepriksaan provisional, taipkan :  USM RESULT NO.K/P ANGKA GILIRAN hantar ke 15888

Kepada yang ber'tweet' tu, lepas check result, boleh berkongsi dengan AC di Twitter @AspirasiUSM dengan hashtag #CheckResultUSM

Sharing is caring right? hehe.

AC doakan agar semua pelajar USM mendapat keputusan yang baik. InsyaAllah ! :)


Salam Ramadan semua ! 


Together We Unite.

Saturday, July 13, 2013

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA BAKAL MAHASISWA/I USM !



Assalamualaikum/ Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan Mahasiswa.

Masih belum terlambat kiranya AC nak ucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua bakal mahasiswa/i USM sidang akademik 2013/2014 ! Welcome to the Apex University ! :)
Seiring itu juga, pasti para Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) semakin sibuk melayan segala pertanyaan adik-adik baru. AC dah melihat sepintas lalu beberapa pertanyaan dan komen yg diutarakan oleh para juniors dan para PPSL sememangnya akan melayan semua pertanyaan bakal keluarga baru kita. Memang rancak ! Ini fenomena biasa dalam group Bakal Mahasiswa USM. :)

Nampak dah semangat adik-adik kita nak masuk USM kan? Rasa ingin tahu mereka terhadap USM/ pusat pengajian/ ko-k dah membuak-buak. Ada juga yg bertanya tentang peluang pekerjaan sekiranya memilih jurusan tertentu. Semua jawapan terhadap soalan-soalan ni terletak sepenuhnya kepada PPSL. 
Nak melayan kerenah dan pertanyaan semua junior bukan senang yea ! Bukan saja memerlukan pengetahuan yg luas malah pengalaman sesorang PPSL tu juga penting.

Tapi apa yg dapat AC rumuskan sepanjang sesi soal jawab antara juniors dan PPSL ni segalanya berada dalam keadaan yg terbaik ! Tak percaya? Post salah seorang junior dalam group Bakal Mahasiswa ni dah membuktikannya.



 THIS !

AC tak perlu komen lebih-lebih lah. hehe.

Pesanan AC buat semua bakal mahasiswa/i USM 2013/2014, kalau belum request join group Bakal Mahasiswa 2013/2014, cepat-cepat request yea ! Yg dah join, kalau ada sebarang pertanyaan, apa-apa je nak tanya, post kan saja soalan anda tu. Pasti ada PPSL yg akan jawab. Bukan saja info tu anda je dapat malah orang lain yg tak tanya soalan tu (mungkin sbb malu ^^,) baca post anda. Sama-sama dapat info. Pahala tu. Tambah pulak bulan puasa ni. Mudah kan? ;)

Last but not least, AC ucapkan selamat menempuh alam universiti ! PPSL sedia membantu.

PPSL
Dulu, Kini dan Selamanya
We Lead, We Love USM !

Together We Unite.


Thursday, July 11, 2013

Doa Hari Kedua Ramadan



Doa Hari Kedua Ramadan



Dah 2 Ramadan ? Biar betul ?? Alhamdulillah ! Allah masih beri peluang bernafas untuk mengharungi hari kedua Ramadan. Perasaan berada dalam bulan Ramadan kali ni agak berlainan. Cepatnya masa berlalu. Perasan tak? Ke tak rasa apa-apa? Kalau tak rasa apa-apa tu ada something yang kita kena check balik pada diri kita. Itu suatu kerugian..

p/s: Buat yang berpuasa, jangan lupa.. Kita ni bukan sahaja berpuasa makan dan minum malah puasa emosi, pandangan, pendengaran, pertuturan dan lain-lain dari perkara yang tak elok (pesanan buat diri sendiri juga).

Salam Ramadan !

Demi Islam dan Ummah.

HEBAHAN KEPADA BAKAL MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2013/2014



[USM]


Makluman kepada semua, anda boleh menyemak status permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia Sidang Akademik 2013/2014 bermula 11 Julai 2013, jam 12.30 tengah hari dengan melayari http://pohon.usm.my/

Kepada mereka yang berjaya, ini adalah group rasmi kemasukan pelajar pada sidang ini.


All the best!
We Love USM







Wednesday, July 10, 2013

Marhaban Ya Ramadhan !

Assalamualaikum w.b.t/ Salam Aspirasi Menjunjung Perpaduan.

Doa Hari Pertama Ramadhan

Alhamdulillah. Dengan penuh rahmat dan kasih sayang Nya terhadap kita, Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan. Bulan yang paling dinanti-nantikan bagi orang yang bertakwa dengan sebenar-benarnya, bulan yang istimewa di mana segala kebaikan yang dilakukan telah dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda, bulan di mana Allah doa hamba-hambaNya dimakbulkan dan air mata taubat ditadah untuk memadam nyalaan api neraka kelak.

Apa yang dinyatakan di atas itu hanyalah sebahagian daripada kelebihan dalam bulan Ramadhan. Dan.....yang lebih 'special' dalam bulan yang penuh berkat ini terdapatnya suatu malam yang tak ada dalam bulan-bulan yang biasa. Malam yang lebi baik daripada 1000 bulan. Apekah?


.......Lailatul Qadar.  :)


Rebutlah peluang yang Allah berikan ini dengan perbanyakkan amalan dan menjauhi perkara yang mendorong nafsu. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita...

"Hai orang-orang yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa”  (al Baqarah :183)

Demi Islam dan Penyatuan Ummah.