Saturday, July 20, 2013

UNIKNYA USM !



Mengapa USM terlalu istimewa?
Sejak penubuhannya, USM telah mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam pendidikan tinggi. Antara pendekatan yang penting adalah penyimpanga daripada sistem fakulti yang lazimnya diamalkan dalam organisasi akademik lain. Sebaliknya, USM telah melaksanakan sistem pusat pengajian yang lebih meluas. Melalui sistem ini, subjek yang berkaitan dikelompokkan ke dalam rancangan pengajian dan di setiap pusat pengajian,  pelbagai kursus dan subjek disusun untuk membolehkan pelajar menerima ijazah yang khusus dalam subjek tertentu.
Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan  pengajian tinggi dalam bidang   Sains Tulen,  Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi,  Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini.
Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan  Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,  USM turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf.  Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan.  Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti  sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka  peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan.
Sebagai tambahan, USM turut menwarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan USAINS Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial USM.

Sumber dipetik dari : klik di sini

No comments:

Post a Comment