Saturday, January 2, 2010

Tahniah Ustaz Hj Elias Zakaria

Ustz Hj Elias Zakaria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


1. Pro-Aspirasi USM mengambil ruang dan kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Ustaz Hj Elias Zakaria di atas perlantikan beliau sebagai yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkuat kuasa esok (hari ini, 2hb Janurai 2009).


2. Perlantikan beliau harus dilihat sebagai satu lagi pengiktirafan dan penghormatan terhadap kemampuannya untuk memimpin organisasi tersebut. Berita ini juga pastinya akan menaikkan lagi imej USM sebagai sebuah institusi yang melahirkan pemimpin, sesuai dengan motto Kami Memimpin yang menjadi sumber aspirasi kita selama ini.


3. Pada masa yang sama juga, pengumuman tersebut telah mendapat perhatian yang meluas daripada blogger nasional. Hal ini demikian kerana, isu jawatan YDP MAIPP pernah satu ketika telah dipolitikkan oleh pihak tertentu sehingga menjadi gula-gula semasa kempen pilihan raya di Permatang Pasir baru-baru ini.


4. Mantan TPM DS Anwar Ibrahim yang kini mengetuai pembangkang di Parlimen pernah menjanjikan perlantikan calon PAS yang bertanding di Permatang Pasir ke jawatan tersebut sekiranya menang dalam pemilihan yang diadakan. Namun ternyata ia hanyalah janji yang dipolitikkan untuk menarik sokongan pengundi semata-mata.


5. Ironinya, perlantikan Hj Elias secara langsung telah membuka satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat kepada rakyat. Kemenangan calon PAS gagal diterjemahkan kepada janji tersebut. Untuk makluman, Hj Elias telah pun dicadangkan sebagai bakal YDP MAIPP lebih awal oleh Kerajaan Negeri sendiri termasuk daripada pihak pembangkang di DUN PP iaitu UMNO dan BN.


6. Kepada Hj Elias, kami mengucapkan tahniah sekali lagi dan selamat bertugas.

2 comments:

  1. Salam.

    kalau ia pn menuduh DSAI mpolitik isu YDP MAIPP, korang pun tak payah mempolitik kan artikel korang.. terang lagi bersuluh korang mempolitik artikel ini. artikel nak cerita ust elias ke nak cerita "pembohongan" DSAI yang korang gembar-gemburkan.

    Skadar pandangan. Setiap pandangan boleh diterima dan ditolak serta diraikan sebagai renungan bersama....

    ReplyDelete