Wednesday, March 13, 2013

al-kisah TIN MILO


Apa yang menarik perhatian kita kepada tin milo? Jika berisi, sudah tentulah pada isinya. Jika kosong, mungkin kita berfikir-fikir untuk menginovasikan tin tersebut, paling tidak pun dibuat bekas guna isi barang.

Al-kisah, di suatu negeri dahulu yang cukup terkenal dengan kehijauan – hinggakan segalanya dicat warna hijau – tin-tin milo sentiasa menjadi objek bersubjek yang paling digemari oleh pemimpin negeri dan diterima baik pula oleh sekalian rakyat jelatanya.

Pada suatu hari ketika berlangsung satu keramaian meraikan seorang warga negeri yang baru berhijrah dari warna kuning ke warna hijau, sekumpulan pemudinya mengedarkan lagi tin-tin milo keliling gelanggang.

Tin-tin milo itu berpindah tangan ke tangan. Lalu bergerincinglah bunyi syiling sekupang dua kupang lima kupang mengetuk dasar tin, membukit lalu melimpah. Tin-tin baru diedarkan lagi, diisi, penuh dan melimpah. Tin-tin baru diedar lagi, berulang-ulang. Hasil pungutan dilonggokkan ke bucu dinding sedang sekumpulan pemudi yang lain asyik menghitung sekupang dua kupang lima kupang yang diperoleh.

Setelah tamat acara, maka tibalah saat mengumum hasil kutipan. Tampil si ketua pemudi ke hadapan, bangga kembang hidungnya, sengih lebar puas.

“Tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, saudara-saudariku sekalian,” si ketua pemudi mula menabur kata. “Kutipan kita pada malam ini 8888.88 ringgit. Inilah hasil yang terbaik sekali,” ujarnya lagi. Hadiri bertepuk tangan.

Tiba-tiba seorang pemudi bangun dan bertanya, “Boleh saya tahu, di mana duit itu akan disimpan?”

Suasana tiba-tiba jadi senyap jadi sunyi. Ketua pemudi itu seperti dipukul. Tidak pernah ada rakyat di negeri itu mempersoalkan di mana hasil kutipan derma akan di simpan. Dia resah. Kalau aku jawab disimpan di bank, tentu dia akan tanya nombor akaun. Tak akan aku nak beritahu nombornya, nanti bocorlah itu akaun parti pemerintah.

“Saya akan jawab secara personal. Boleh jumpa saya selepas acara ini tamat,” jawab ketua pemudi itu selepas puas berkilas mencari helah.

Gambar penghias.

16 comments:

  1. dengan penuh rasa rendah diri sebagai NYDP PMIUSM, saya memohon kepada pihak yang bertanggungjawab daripada pihak Aspirasi Usm untuk "remove" gambar penghias pada bacaan blog ini bagi mengelakkan salah faham. =)

    saya mengerti niat kalian. insya'Allah, dengan niat mendapat ilmu agama kita hadir ke majlis agama. dan dengan istiqamah dengan ilmu dan amal kita keluar darinya.. sungguhpun apa yang kalian tulis tiada kaitan dengan PMIUSM, namun gambar itu telahpun mengganggu hak setiap organisasi. pindahkanlah, dan tukarlah dengan gambar yang tidak menimbulkan fitnah pada mana-mana pihak.

    sesi muhasabah daripada ustaz Hanif Haron telah menyedarkan banyak hal. dan saya terima baik perkara yang kalian lakukan. insya'Allah. moga Allah rahmati dan berkati majlis-majlis ilmu agama.. dan moga Allah ampunkan kita sekiranya hati tak terjaga dengan ujian darinya. subhanallah.. =')

    ReplyDelete
  2. kesal gila dalam usm ade orang mcm ni....x sangka benda2 kecil mcm ni pun nk dilontarkan fitnah..sesungguhnya fitnah itu lagi besar dosanya drpd membunuh

    ReplyDelete
  3. untuk gambar penghias tu, saya tertanya2 jugak adakah penulis ni salah seorang daripada pemudi2 yang menghadiri majlis itu untuk menimba ilmu atau adakah sekadar datang ke majlis ilmu dengan niat untuk mengambil gambar dan dijadikan gambar penghias?? atau mungkin sekadar meng'google' berkenaan kisah-kisah TIN MILO,kemudian terjumpa gambar dan terus mengupload kerana merasakan gambar tersebut sangat fotogenik dan sesuai dengan al-kisah ini..?? 'rajin', 'kreatif' dan 'sangat bersungguh2' usaha anda...semoga ada sinar hidayah yg akan menjelma buat anda yang berusaha sehabis baik menyebarkan cerita2 seperti ini..nasihat saya, selalu2 la anda hadiri majlis ilmu..jangan malu2.

    ReplyDelete
  4. Hehe.. Apsal PMI pula yg melatah ni? Saya tak jumpa mana-mana kenyataan, ayat, atau perkataan yg menuduh PMI itu ini. Sekadar gambar penghias je pun. Terasa ke? he he.. tp menarik juge tu, ke mana duit tu disimpan? kalau masuk akaun bank, mohon dedahkan penyata supaya kita dapat menangkis tuduhan yg kononnye dibuat oleh admin ni. Kalau tak, jangan melatah. Please. Baru cuit sedikit dah melatah bagai..aluyai aluyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. haikk... mula mula tanya kenapa melatah.. lepas tu tanya kat mana duit tu disimpan..

      mcm ada yang xkena ja..

      kalau nk tanya, tanya truih la.. jangan buat orang tertanya2.. berani sket broo haha

      Delete
    2. seronoknya Crew Anti GM13 mengutuk

      Delete
    3. crew anti GM13 ni mesti hafizi fake acc ni

      Delete
  5. aku la, sapa lagi..March 14, 2013 at 1:52 AM

    wahai saudara saudari sekalian, tlg faham, PMI x melatah, tapi kalau dah buh gmbar program PMI kt situ, x ka org akan fikir lain nnt? kenapa x letak ja gambar tabung waktu program ceramah "Lahad Datu" tempoh hari yg sgt best tu? kenapa mesti letak gambar program pmi? sebab rsa best utk cuit org kn? sbb sronok blh tabur fitnah kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kontroversi slalu~

      kesian kesian x dak modal

      Delete
  6. jahat lah org yg buat post ni...nmpk sgt nak buat fitnah...

    ReplyDelete
  7. aku cabar MPP buat program agama sekerap PMI buat. ada bran???

    ReplyDelete
  8. aku sokong anon 6:24 . nak juga tgk mpp bt program2 agama . kalau mpp , mst boleh bt besar-besaran kann . jemput yg yg ternama , pengisian yg lebih byk lg

    untuk dunia dan akhirat (:

    ReplyDelete
  9. daripada tadi scrolling down artikel2 aspirasi. asik memburukkan orang. kalo x burukkan orang, bina spekulasi. x bina spekulasi, membodek. jauh beza dengan blog pro m usm. profesional. x pernah pro m burukkan aspirasi dekat blog, fb atau twitter. x penah nampak pro m menyebelahi mana2 pihak. walaupun hakikatnya ye. tapi mereka benar2 memahami apa itu perjuangan berteraskan kebajikan seperti yg di uar-uarkan. aspirasi hipokrit. calon-calon pn lembik. harapkan adik2 baru ja untuk mengundi sebab yang manipulasi PPSL korang. serius aku x dapat cari point untuk hormat aspirasi. x nampak profesional.

    ReplyDelete