Wednesday, March 13, 2013

BEZA MPPK DAN MPMN YANG ANDA PERLU TAHU

Barisan kepimpinan MPPK 2013 bergambar bersama Perdana Menteri
Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak


Ketika ini, di peringkat kebangsaan (nasional), terdapat dua buah badan gabungan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa (MPP/M) iaitu Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

MPPK ialah gabungan seluruh MPP/M di kesemua IPT yang ditubuhkan ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Badan gabungan ini sah di sisi undang-undang, diiktiraf pihak universiti dan berhak mewakili suara mahasiswa sebagaimana yang dibenarkan dalam amalan demokrasi sihat.

Kelihatan di dalam gambar, YDP MPP USM Sdr. Ammar
ketika menghadiri Konvensyen Pemimpin Pelajat IPT 2012.


Berbeza dengan MPPK, MPMN pula ialah gabungan yang lahir daripada sentimen politik sekumpulan MPP/M pro-pembangkang di peringkat nasional sehingga bertindak menubuhkan entiti berasingan daripada MPPK. Ia boleh ditafsirkan sebagai entiti baru yang bertujuan memboikot MPPK walaupun wakil mereka mendakwa ia sebagai saluran alternatif kepada mahasiswa di negara ini untuk bersuara.

Dari segi peranan pula, jelas sekali kedua-dua MPPK dan MPMN mengambil jalan yang berbeza. MPPK lebih banyak membantu pihak kerajaan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengajian tinggi kepada mahasiswa. Malah lebih dari itu, ia turut memperjuangkan hal-hal kebajikan golongan mahasiswa ini dari masa ke masa.

Saudara Hafiz Arifin, Pengerusi dan Jurucakap MPPK 2012-2013
menerima replika Baucar Buku 1 Malaysia
daripada Dato' Seri Najib.

Antara kejayaan tersebut ialah Kad Diskaun 1 Malaysia, diskaun bagi tambang kapal terbang dan keretapi, penukaran sistem  lama caj PTPTN kepada sistem ujrah, Baucar Buku dan pelbagai lagi. Kesemua kejayaan ini telah banyak membantu mahasiswa meringankan beban hidup masing-masing.

Salah seorang bekas YDP MPP USM iaitu Saudara Ahmad Wafi Shaheedan pernah dilantik sebagai Pengerusi dan Jurucakap MPPK, manakala Saudara Mohammad Syafiq bin Abdul Aziz pula pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MPPK.

Jika MPPK memilih jalan diplomasi dan berunding dalam menyelesaikan sesuatu isu atau perkara berkaitan mahasiswa, MPMN pula cenderung melibatkan diri dalam kaedah yang bertentangan seperti demonstrasi dan bantahan berkumpulan seperti yang berlaku dalam Demonstrasi Menuntut Pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, kedua-dua badan tertinggi mahasiswa ini boleh dibezakan dari segi perundangan dan metodologi yang diambil dalam menyuarakan sesuatu pandangan atau tuntutan. Semoga kita semua tidak dikelirukan lagi selepas ini. 

Foto-foto ehsan daripada blog MPP Aspirasi UKM. Klik SINI.

3 comments:

  1. Hoԝdy! I knοw this is kinda off topic nevertheless I'd fiǥured I'd ask.
    Would you be interesteɗ in exchanging links or mayƅe gueѕt writing а blog article
    or viϲe-versa? My website goes oѵer a lot of the samе subjects as yours and Ι think we could greatly Ƅenefit frоm each other.
    If yоu're interested feel free to ѕhoot me aո email.
    I look forward tօ hearing from you! Awesomе blog by tҺe way!



    Here is my website - facebook proxy

    ReplyDelete