Wednesday, March 13, 2013

MAJLIS MANUSIA BONEKA



Ini kisah lain. Bukan kisah kita-kita atau mereka atau siapa-siapa. Ini kisah tentang sekumpulan manusia luar daerah yang baru keluar dari simpang. Ini kisah khusus untuk meraikan kemunculan mereka itu. Rupa-rupanya, dahulu mereka dari kota purba.

Keanehan demi keanehan yang dipertontonkan kepada kita di sini seolah-olah menjadikan kita penonton yang tidak perlu membeli tiket kerana wayang mereka setakat layak dimainkan di simpang itu sahaja. Kita sudah di seberang, tetapi mereka baru tiba di simpang. Anehnya, mereka menjerit-jerit kepada kita memberitahu di hadapan kita ada bahaya.

Oh, ini zaman aneh.

Oh, ini zaman kita atau mereka?

Majlis ini wujudnya guna jadi boneka? Ini keterlaluan jika dikatakan di atas pentas, dan lebih membekas jika dicoret pada kanvas. Tetapi di sini, kita berbicara dari hati ke hati tentang mereka yang wujudnya guna jadi boneka itu. Kenapa? Tanya kita. Kerana kami ini boneka, cuba dijawab oleh mereka tapi tak lepas dari kerongkong.

Siapa jurunya jika mereka ini boneka?

Oh, mereka marah akhirnya. Kami bukan boneka. Habis, barua? Kami bukan barua! Jadi siapa? Kami.. kami..kami…. Oh, kami sendiri tak pasti, jawab mereka. Ke mari, kita nak beritahu. Sebenarnya kalian tak ada hala tuju!

Oh, jadi kami ini boneka? Tanya mereka. Kita jawab, bahkan. Boneka yang jadi barua!

No comments:

Post a Comment