Wednesday, October 27, 2010

Relevankah Lagi SPF di USM?

(Klik pada imej untuk paparan lebih jelas)

Muktahir ini, banyak sekali isu timbul, satu per satu berturut-turut samada di dalam pagar kampus kita mahupun rentas sempadan bumi Minden ini. AC yakin, ramai antara kita yang mengikuti setiap isu dengan dekat malah menyumbang pandangan secara tak langsung dalam sesetengah isu.

Mari kita imbau. Pertama, AC ingin mengajak rakan-rakan semua menoleh kembali satu insiden yang sepatutnya tidak berlaku di dalam kampus kita ini sehingga mencetuskan pelbagai masalah berbangkit. Insiden yang dimaksudkan ialah tindakan pihak Student Progressive Front (SPF) yang cuba mencabar undang-udang dan peraturan universiti kita ini dengan membuka booth atau kaunter secara haram dan menyebarkan risalah-risalah yang bersifat provokatif melampau.

AC tidak berniat mengungkit kesilapan mereka tetapi sebagai peringatan bersama, adalah perlu untuk ditegaskan dari masa ke masa bahawa universiti kita mempunyai garis panduan yang khusus yang perlu kita patuhi sebagai pelajar sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Peraturan itu tidak pula menjadi masalah selama ini kepada mana-mana persatuan, tetapi berbeza sama sekali apabila berada ditangan SPF.

Apa yang menariknya, SPF memberikan pelbagai alasan untuk mewajarkan dan menghalalkan tindakan mereka. Kononnya peraturan tersebut tidak relevan dengan pelajar, menyusahkan dan terlalu banyak birokrasi yang melibatkan pelbagai jabatan. AC ingin bertanya, apa sebenarnya masalah yang mereka hadapi? Mereka sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah prosuder tetapi takut dengan muslihat mereka sendiri yang berselindung di sebalik aktiviti mahasiswa atas nama kebebasan bersuara.

Apa yang sebenarnya cuba disampaikan ialah agenda politik pihak tertentu di luar kampus yang terhalang daripada memasuki pagar USM ini. Justeru pihak-pihak tersebut telah menggunakan kumpulan SPF sebagai alat untuk menyebarkan dakyah dan hasutan mereka secara terancang dan licik. Buktinya, SPF pada hari kejadian bertindak menyebarkan pelbagai risalah yang amat bias di samping mengedar dan menjual t-shirt yang bersifat provokatif terhadap keharmonian warga kampus.

Adakah ini perjuangan mereka yang sebenar? Siapa SPF yang sebenarnya? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kumpulan mahasiswa anti-estabalishment ini yang sering mencetuskan masalah di dalam kampus. Tidak lama dahulu mereka juga pernah ditangkap kerana menyebarkan risalah haram dari bilik ke bilik namun apabila tindakan diambil oleh Jabatan Keselamatan, mereka menuduh pula JK sebagai zalim dan tidak menghormati hak mahasiswa, bahkan disebarkan pula cerita bahawa JK telah ‘menculik’ pelajar USM sendiri.

Sejak belakangan ini juga, kita dapat melihat secara jelas orientasi politik SPF yang sebenar. Mereka lebih banyak bersengkongkol dengan pihak luar berbanding mendampingi mahasiswa USM sendiri. Tindakan ini bukan saja mencetuskan rasa meluat dan rimas dalam kalangan pelajar USM, malah kumpulan Pro-Mahasiswa juga tidak senang dengan SPF. Buktinya, baru-baru ini satu kenyataan daripada facebook rasmi Pro-Mahasiswa USM sendiri menafikan pembabitan mereka dengan permainan politik SPF. Pada kami ia memberikan satu isyarat jelas, SPF semakin tidak relevan dan ditolak oleh rakan-rakan mereka sendiri. Jadi bagaimana mereka mahu memperjuangkan hak mahasiswa di USM?

9 comments:

  1. Kepada AC:

    Jangan anda berasa bangga dengan pretasi Aspirasi dan berani mencabar minda mahasiswa USM agar mereka bodoh kalau mengundi kepada Pro-M.

    Kelemahan JK diketahui oleh semua mahasiswa, kalau AC nak sangat menjadi agent utama menahan maruah JK, saya pasti anda akan menghadapi masalah pada masa akan datang. Peringatan, anda adalah mahasiswa bukan kakitangan JK.

    AC jangan sekali mencontohi cara corak politik luar campus terutamanya cara bapa angkat anda (BN) yang nyaris terbalik pada 8 Mac.

    Sila teruskan cara ego dan bangga yang melampau, berita 'baik' akan disampaikan kepada AC pada pilihan raya kampus pada tahun depan.

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha anda AC..dedahkan je sape SPF yg sebenar. Jgn layan sore sumbang yg cume minor vocal...memang minor vocal ni terlalu perasan mereke lebih baik..kelemahan JK memang tidak dinafikan tp apa nak heran sbb PDRM pun org kritik mcm2, inikan plak pak2 guard dlm kampus..yg penting mereka menjalankan tugas dan tak bising2 mcm minor vocal ni..kami menyokong kerana SPF makin hari makin melampau termasuk dgn biadap condem TNC sendiri..ape kes ni der?? klu x suke dok sini belah je la,jgn bikin onar..kami menyampah dgn SPF..jgn ingat mahasiswa menyokong usaha provoke anda tu okai..kami memang tak bodoh tp kami lebih waras untuk menilai mane yg lebih baik ntuk mahasiswa usm.

    ReplyDelete
  3. Kepada Anon 9.36 am,

    Tak pernah rasanya sepanjang saya mengikuti blog ini ada kenyataan dr AC supaya tidak mengundi pro-m...dan setahu saya juga, Ac tak pernah kata bodoh klu undi pro-m..

    apa yg didedahkan oleh AC mungkin bias tp sebagai aktivis mahasiswa, sy ada pengalaman sendiri yg kebanyakan sama spt didedahkan oleh AC.

    lihat dr perspektif yg lebih luas. Pro-M di usm memang tidak sampai lg tahap matang..boleh dikatakan juga masih belum konsisten dgn perjuangan sendiri.

    buktinya, perjuangan idealism pro-m sentiasa bertukar-tukar slogan, tema dan ape bende lg tah tiap kali mula sidang baru atau semester baru..

    terkini mereka guna pula 'sedia mendokong aspirasi mahasiswa'(maaf klu silap tp maksudnya hampir sama je kan).

    apa yg cuba dibawa oleh pro-m ini sebenarnye telah lama dilakukan oleh penggerak-penggerak aspirasi di usm..selama bertahun2 aspirasi tidak pernah meninggalkan kepentingan mahasiswa malah ia diletakkan di tempat paling hadapan, di samping mendokong aspirasi universiti secara konsisten.

    aspirasi bukan organisasi tetapi kenape masih boleh bergerak dgn konsisten untuk kepentingan mahasiswa usm? jwpannya mudah, kerana dari dahulu hingga ke hari ini dan insya-Allah sampai bila2 pun, semangat 3 prinsip yg diamalkan iaitu rasional, toleransi dan realistik sentiasa menjadi teras perjuangannya.

    ini berbeza dgn SPF yg lebih suka memilih jalan menongkah arus..saya tahu PMI lebih rasional dlm banyak hal tetapi kenapa tidak bantu SPF supaya jd lebih beradap?

    Satu lg yg menarik, aspirasi sebenarnya sgt mendokong kebebasan bersuara dlm kampus dan ia diperjuangkan dgn begitu cemerlang sehingga tertubuhnya Parlimen Mahasiswa..namun, pro-M pd awal2 lg seolah-olahnya memperlekehkan usaha ini..sedangkan ini satu lg kejayaan tersebar perjuangan mahasiswa yg pro-aspirasi universiti.

    Peringatan anda tentang JK juga agak melucukan..tiada siapa pun yg mahu jd agent JK. Saya tak perlu ulas peringatan ini kerana sepanjang pengalaman sy, memang ada insiden yg aspirasi sendiri diherdik, ditegur, disaman oleh JK...tp kami menerimanya dgn hati terbuka krna memang kami bersalah. Undang2 tetap undang2 dan JK cuma menguatkuasakan undang2..

    Peristiwa culik yg melibatkan SPF misalnya, sy ada ketika kejadian..apa yg berlaku ialah, pelajar terbabit menceroboh desasiswa, mengedar risalah haram yg terlalu provokatif termasuk menghina pihak universiti sendiri, kemudian ada penghuni yg membuat laporan kpd JK kerana tidak selesa dgn gangguan yg dilakukan, kemudian JK datang dan menahan pelajar terbabit...namun pelajar tersebut gagal membuktikan yg dia telah mendapat kebenaran untuk mengedarkan risalah lalu dibawa ke JK untuk direkodkan keterangan dgn menaiki van.....MALANGNYA, ahli kumpulan yg lain telah spinn cerita ini kononnya rakan mereka diculik oleh JK..sangat melucukan!!

    Kalau diluar sana mereka kena tahan dgn polis, adakah mereka akn claim polis culik jugak?? sedangkan polis atau JK cuma menjalankn tugas mengikut prosuder biase..tak kan kot nak suruh pelajar tu sendiri pergi ke JK, rasanya dia tak akan pergi. Lebih menarik, pd malam kejadian juga ada ahli politik dr DAP yg tiba2 muncul bersama wartawan keldaian mereka bg mem-back-up pelajar terbabit..

    kalau saudara nak tahu cerita lanjut boleh jumpa abg2 JK. tanyalah sendiri..

    jadi sekarang, siapa yg bodoh atau membodohkan perjuangan mereka sendiri sehingga kelihatan bodoh di mata mahasiswa usm??

    ReplyDelete
  4. bekas ahli pmi yg tertipuOctober 28, 2010 at 1:41 PM

    nak komen gak ler hehe..bkn komen isu spf ni tp nak komen kpd komen yg 1st tu...sape la agaknye org tu hehe...tahun lepas pun klau tak silap ade gak pro-m menjanjikan berita baik kpd team aspirasi waktu nak election..paling gempar dan gempak, kenyataan Ketua Pro-M sendiri iaitu YDP PMI kononnya Pro-M akn menyertai pilihan raya kampus..siap buat pengumuman terbuka dapat sokongan padu 500 pelajar usm dlm satu perhimpunan yg dibuat waktu tu..hairan jugak, kat usm ni, kat mane ea tempat yg bleh kumpoi 500 orag pelajar dlm satu mase kecuali padang, stadium, dtsp, dewan budaye, masjid dan dewan2 lain yg tertentu...sume tu nak gune kene aply dulu kat Jabatan Pembangunan, kene maklumkan kat JK jugakkk..hehe..last2 sampai mase election, takde pun kegempakan yg direalisasikan...mcm ni ke nak berjuang untuk mahasiswa?? menipu je tau :p

    ReplyDelete
  5. kepada pemerhati senyap: pada masa itu memang betul cakap anda, risalah haram..tapi AUKU baru langsung tiada halangan kepada mahasiswa nak mengedar risalah..adakah USM betul bebas bersuara? parlimen pelajar bebas bersuara? tindakan akan diambil selepas itu? langsung tiada had masa bagi pihak universiti untuk melaksanakan. kalau memang macam itu, memang betul hanya bebas bersuara tanpa tindakan diambil..
    tentang ahli politik dr DAP, adakah AUKU menghalang mahasiswa berdekat dengan ahli politik? pemimpin AC juga bersama dengan ahli politik, kenapa tidak dituduh oleh orang lain?

    kepada bekas ahli pmi: itu lah mereka tidak berjaya kerana semua boleh apply, mahasiswa dikonkong oleh pihak USM yang mengaplikasikan sesuatu peraturan yang bercaggah dengan hasrat kebebasan AUKU baru...

    ReplyDelete
  6. Salam aspirasi menjunjung transformasi..

    Saya melihat apa yang saudara atas saya utarakan hanyalah alasan semata2...Jika sikap kita hanya suka complain, dan berkata2 tanpa apa2 tindakan, maka x berguna gak..

    Sebagai mahasiswa, kita perlulah lebih realistik, jangan melihat sesuatu tu sbg halangan...

    bg saya hendak seribu daya, tak nak seribu alasan..

    SAYA ASPIRASI, KAMU ASPIRASI , KITA ASPIRASI , MEREKA ASPIRASI...

    ReplyDelete
  7. saya jawab, apa yg mereka lakukan itu salah kerana mengganggu ketenteraman pihak penghuni..aduan yg dibuat atas asalan tersebut..kenapa mesti heret penghuni ke dalam kancah politik mereka yg langsung tak ada kepentingan dgn pelajar usm?? JK bertindak atas arahan dan laporan, dan mengikut prosuder untuk mengambil keterangan seperti biasa..begitu juga yg berlaku baru-baru ini...

    memang mahasiswa tiada halangan berdamping dgn ahli politik tetapi bukannye jadi anjing belaan DAP. Mahasiswa sepatutnya mengambil kesempatan dan peluang berdamping dgn ahli politik untuk kepentingan mahasiswa sejagat, bukannya diambil kesempatan oleh ahli politik sehingga membelakangkan hak dan kebajikan mahasiswa.

    ReplyDelete
  8. seperkara lagi, kita ada bukan hanya auku saja..tolong faham. Peraturan universiti masih boleh dikuatkuasakan..kalau anda tak tahu, tolong kaji dahulu.

    ReplyDelete
  9. kalau semua boleh aply, kenapa ahli pmi tak aply jugak?? tak perlu nak salahkan auku dan universiti sbb sistem yg digunapakai selama ni cukup terbuka dah...xde mslh pape pun...election tu sendiri terbuka untuk sume mahasiswa yg nak bertanding, boleh sapa2 pun mintak borang dan isi..ikut prosedur mcm biase..ape yg susahnye?? ape auku baru kate?? cuba jelaskan sket kat cini bro?

    ReplyDelete