Wednesday, February 12, 2014

MUQIT GANTI LAKIP - MAMPUKAH PRO-M MENGANCAM ASPIRASI?

Pro-Mahasiswa Nasional, sebuah gerakan mahasiswa haluan kiri pro-Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pertukaran jawatan Pengerusinya selepas Saudara Edikoup bin Lakip Sediyanto meletakkan jawatan secara sukarela.

Edikoup, dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook milik beliau memaklumkan alasan peletakan jawatan itu adalah kerana hendak bertanding di dalam pemilihan Angkatan Muda Keadialan (AMK) yang akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Abdul Muqit bin Sufian dinamakan sebagai Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Edikoup (gambar) turut memaklumkan akan menyertai kumpulan Nazree Yunus, aktivis AMK Negeri Sembilan dalam pemilihan AMK itu kelak sekaligus memberi isyarat penglibatan serius beliau dalam kancah politik nasional selepas mengemudi gerakan mahasiswa propembangkang di negara ini termasuk ketika berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 baru-baru ini. 

Edikoup pernah mengetuai Pro-Mahasiswa Universiti Malaya antara tahun 2011 dan 2012 namun kumpulan yang dipimpinnya itu gagal menawan tampuk pemerintahan dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) apabila tewas tipis kepada kumpulan Penggerak Mahasiswa sebelum dilantik menjadi Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional. 

Selain itu, Edikoup juga pernah membuat laporan polis mendakwa dipukul ketika berkempen dalam Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya Sidang 2012/2013. Kesnya itu dipercayai belum selesai hingga ke hari ini. 

Saudara Muqit pula mencatatkan kejayaan besar apabila kumpulan Pro-Mahasiswa yang diketuainya menang kerusi majoriti dalam PRK di Universiti Malaya bagi Sidang Akademik 2013/2014 yang diadakan pada bulan November baru-baru ini. 

No comments:

Post a Comment