Asas perjuangan mahasiswa hari ini adalah ideologi, sama seperti perjuangan gerakan-gerakan lain di luar kampus. Yang membezakan mereka juga adalah ideologi tersebut, juga bagaimana ia diimplimentasikan sebagai sebuah perjuangan. Pun tentu, ia tidaklah begitu gah. Teras setiap perjuangan mahasiswa sering tidak jauh sasarnya daripada soal-soal kebajikan dan hak asasi mahasiswa. Baik yang mendokong aspirasi mahupun yang kononnya pro-mahasiswa sendiri, kedua-duanya berjuang untuk hal-hal tersebut pada akhirnya. Itulah juga titik pertemuan dalam keterbezaan masing-masing.
Hari ini, umum tahu bahawa gerakan mahasiswa terpecah kepada dua bentuk atau wadah, iaitu Pro-Aspirasi yakni yang mendokong aspirasi universiti dan mahasiswa dan juga Pro-Mahasiswa yang kononnya mendokong hasrat mahasiswa. Kedua-duanya saling bertentang, mahu mencapai matlamat yang digariskan oleh kumpulan masing-masing. Kedua-duanya mendokong konsep perjuangan yang berbeza-beza, punya metodologi yang juga berbeza-beza. Semuanya kerana ideologi setiap gerakan itu sendiri yang memang tidak sama seperti yang ditegaskan tadi.
Gerakan mahasiswa yang membawa aspirasi universiti dan mahasiswa sejagat adalah gerakan yang timbul daripada kesedaran dan kesukarelaan. Ia bukanlah gerakan yang terorganisasi sebagai sebuah badan atau persatuan atau pertubuhan. Namun di kebanyakan universiti termasuk USM sendiri, aspirasi sering diasosiasikan sebagai kerajaan kerana menguasai kabinet MPP. Menjelang pilihan raya, mungkin ia kelihatan seperti sebuah gerakan yang terorganisasi dengan baik kerana terdapat segelintir pelajar yang sedia berkorban mengemudi gerakan ini demi memastikan perjuangan aspirasi tidak hilang arah. Hal ini jugalah yang membezakan gerakan aspirasi dengan gerakan Pro-Mahasiswa baik di USM mahupun di IPTA-IPTA lain.
Seperti yang ditegaskan sebentar tadi bahawa aspirasi adalah gerakan mahasiswa yang punya kesedaran untuk berjuang bersama aspirasi universiti. Gerakan ini tidak menetapkan sebarang dasar sendiri dalam perjuangannya. Apa yang diperjuangkan ialah menyokong segala dasar universiti, berkorban melakukan yang terbaik untuk universiti, berkerja untuk kesejahteraan univesiti dan berbagai-bagai lagi. Siapa univerisiti? Ia tidak lain dan tidak bukan adalah fakulti kemahasiswaan atau para pelajar itu sendiri. Justeru tidak timbul soal aspirasi ibarat balaci atau pak turut, kerana apa yang diperjuangkan adalah untuk universiti. Ia adalah kecintaan yang dizahirkan melalui tindakan bukan hanya dengan kata-kata sahaja.
Justeru ini jugalah yang membezakan gerakan aspirasi di semua IPTA. Tidak dinafikan ramai pelajar yang tertanya-tanya kenapa wujud identiti yang berbeza-beza antara gerakan aspirasi di setiap IPTA berbanding gerakan Pro-Mahasiswa. Bahkan, simbolnya juga berbagai-bagai. Kepelbagaian ini adalah bukti jelas bahawa aspirasi adalah gerakan yang sama sekali tidak dipengaruhi oleh kuasa politik. Aspirasi di setiap IPTA berbeza kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan yang tersendiri berpandukan dasar dan polisi universiti. Jika ia dikongsikan bersama, maka akan berlakulan kepincangan dalam keseragaman yang cuba diwujudkan.
Di USM sendiri, tidak pernah berlaku di mana gerakan aspirasi cuba mempengaruhi pelajar dengan ideologi politik kepartian tertentu dari luar kampus. Hal ini sama sekali berbeza dengan gerakan Pro-Mahasiswa yang sering menyerap ideologi-ideologi politik kepartian dari luar ke dalam kampus. Kita dapat lihat misalnya melalui kempen-kempen pilihan raya yang dijalankan, juga melalui edaran flyers, poster dan sebagainya yang jelas beraspirasikan ideologi parti-parti tertentu. Persoalannya, adakah kerana mereka adalah pembangkang dalam kampus, maka mereka harus bertindak dan berfikir seperti pembangkang di Parlimen? Kenapa tidak bersama-sama aspirasi menyokong hala tuju universiti?
Di samping itu, gerakan Pro-Mahasiswa juga gah melalui gabungan-gabungan tertentu yang diwujudkan di peringkat nasional. Malangnya, semua gabungan mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang. Apa yang menghairankan ialah, apakah sebenarnya yang cuba digagaskan oleh golongan ini terhadap univeristi? Adakah melalui gabungan yang diwujudkan ini seolah-olah menunjukkan mereka cuba mewujudkan satu fakulti atau institusi pemikiran sahaja, yang dikongsikan bersama? Tidakkah mereka sedar betapa perjuangan mereka akan menjauhkan mahasiswa daripada universiti? Dan soalan paling bodoh yang mungkin sesuai diajukan ialah, adakah mereka lebih berminat menjadi politician berbanding penuntut?
Akhir sekali, siapakah yang mendanai perjuangan Pro-Mahasiswa sebenarnya? Siapakah yang menjadi moderator bagi SPF, PMI, PBT, DEMA dan sebagainya lagi? Semua ini mungkin kabur di mata segelintir atau sebahagian besar mahasiswa tetapi hakikatnya, sudah pasti ada pihak-pihak tertentu yang mendanai gerakan mereka. Lihat sahaja edaran buku Black or White, flyers dan poster tertentu yang semuanya melibatkan kos. Adakah mampu bagi penggerak SPF menyediakan semua itu hanya dengan pinjaman PTPTN atau JPA mereka sahaja? Sudah tentu tidak. Justeru bagaimana? Mungkin pihak SPF atau PMI mempunyai jawapan mereka dalam hal ini.
Pun dalam keterbezaan ideologi dan wadah perjuangan itu, mahasiswa harus sedar betapa suara mereka adalah penting sebagai pengimbang atau check and balance. Tidak semua yang kita buat itu betul dan tidak semua yang orang lain buat itu tidak betul. Mahasiswa perlu menghayati dua situasi ini sebelum menyatakan pendirian masing-masing. Mahasiswa mesti adil dengan prinsip perjuangan sendiri serta tidak melebihkan hal-hal yang tidak sepatutnya dilebihkan. Tugas mahasiswa adalah sebagai penuntut. Hendak berpolitik biarlah kena pada tempat dan masanya.
Mahasiswa juga tidak boleh bertindak semberono, mengikut rentak yang dicipta oleh orang lain dan langsung membangkang atau membantah pihak yang tidak sealiran. Gunakan fakulti pemikiran dengan sebaiknya. Dalam pertentangan yang berlaku, pasti ada titik pertemuannya kerana kita datang dari asas yang sama. Mahasiswa perlu mencari titik pertemuan dalam setiap isu dan melihat kepada kebaikan yang wujud atau dicadangkan demi kesejahteraan kampus seluruhnya, di samping bersama-sama berusaha membaiki kelemahan jika ada, bukannya terus membangkang serba tak kena itu ini. Ketika kita berupaya memilih cara yang lebih positif, kenapa mesti dipilih cara yang lebih banyak implikasi buruk?

aspirasi merupakan satu semangat yg menyokong dan mendokong cita2 universiti dan ia bukanlah satu persatuan seperti PMI, SPF, PBT DEMA dan sebagainya yang mana kita tahu sentiasa tidak menyokong aktiviti2 HEP & USM..
ReplyDeletejadi, mengapa perlu kita membelakangkan cita2 universiti sekiranya kita menyayangi universiti?
jd, kwn2!!bangunlah dari mimpi..
kalau benar anda sayang akan universiti sains malaysia, buatlah keputusan yang bijak..aspirasi sentiasa mendokong dan menyokong cita2 universiti...salam 1 siswa 1 malaysia 1 aspirasi..
apalah "pandai" sgt...kalu depa x syg universiti buat apa dudk blajar kat usm baik belajar kat kampus lain...syg universiti bkn bermakna kita ikut telunjuk hep n usm..itu ke yg kita bangga2kan...ubah sikit pemikiran..sbb kena "taja" dan "tgn ghaib" dlm hep membantu snjunglah hep byk2,mahasiswa pun dah bijak n bosan dgn aspirasi universiti...
ReplyDelete