Wednesday, August 25, 2010

Isu Hudud – Apa Reaksi YDP PMI USM?

Nik Nazmi Nik Ahmad

Pertelagahan dalam rumah tangga Pakatan Rakyat iaitu gabungan parti pembangkang utama negara bukanlah perkara asing. Bila menyangkut hal-hal prinsip, sering berlaku pertentangan antara parti-parti terbabit iaitu PAS, PKR dan DAP. Hal ini terjadi kerana setiap parti mempunyai asas perjuangan yang berbeza-beza tetapi bergabung atas maksud yang satu iaitu menumbangkan perikatan Barisan Nasional yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Terbaru dan masih lagi hangat ialah isu Hudud atau perlembagaan berasaskan hukum syariah Islamiah yang diperjuangkan oleh PAS tetapi sentiasa ditentang keras oleh sekutunya iaitu DAP. Ia menjadi bingit semula lewat isu pembuangan bayi dan masalah kebejatan sosial yang kian parah ketika ini justeru memaksa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengesyorkan langkah penyelesaian yang terbaik iaitu melalui jalan syariah yakni Hudud.

Dari satu sudut, ia mungkin dilihat sebagai political strategies untuk menekan kepimpinan UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional. Sejak sekian lama, PAS mendakwa UMNO sebagai parti Melayu Islam yang anti-Hudud dan menolak perlaksanaannya di negara ini. Malah, PAS turut melabelkan UMNO sebagai parti kafir dan sesat hanya kerana tidak menguatkuasakan hukum Hudud di negara ini walaupun sudah 50 tahun mentadbir kerajaan pusat.

Syor yang diutarakan itu bagaimanapun turut mendapat reaksi keras daripada Pengerusi DAP sendiri iaitu Karpal Singh yang mendakwa Hudud bukanlah pilihan terbaik untuk menangani segala masalah sosial yang sedang melanda negara. Karpal juga dengan tegas menolak hasrat PAS untuk menguatkuasakan undang-undang yang berasaskan Al-Quran itu sekiranya Pakatan Rakyat mendapat mandat sebagai kerajaan kelak. Ternyata ia menjadi satu tamparan yang hebat kepada PAS.

Walaupun Nik Aziz menganggap bantahan Karpal itu sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili partinya, tetapi Karpal bercakap atas kapasitinya sebagai Pengerusi Parti. Lebih penting, ia juga kini disokong oleh seorang lagi pemimpin kuat DAP iaitu Lim Kit Siang yang turut berkongsi pandangan dengan Karpal. Tidakkah ini menunjukkan DAP senada dalam isu Hudud meskipun mereka berkongsi bumbung yang sama dengan PAS? Buktinya, lihatlah kenyataan rasmi DAP berhubung isu ini seperti berikut :

Hudud laws and Islamic state are not Pakatan Rakyat policies. This is why there is no mention of these issues in the Pakatan Rakyat common platform unveiled at the Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam on 19th December last year.

Sementara itu, kenyataan daripada Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR pula telah menambahkan huru-hara dalam isu ini. Nik Nazmi seorang pemimpin muda penuh karismatik dan terkenal lewat penulisannya malah pernah mendapat ruang dalam Newsweek tidak lama dahulu. Namun dalam isu Hudud ini, Nik Nazmi menyerlahkan orientasi politik dan pemikirannya yang lebih liberal dengan berkongsi pandangan yang sama dengan Karpal Singh.

Menurut beliau, perjuangan PAS untuk menegakkan hukum Hudud dan mewujudkan negara Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah perbuatan sia-sia. Malah beliau lebih berani apabila mengatakan hukum Hudud tidak sesuai dipraktikkan di negara ini. Walaupun pandangan ini terbit daripada mulut orang muda seperti Nik Nazmi, namun kedudukannya yang digelar sebagai Pewaris Diari Merah dalam PKR harus dilihat sebagai stigma penting yang menggambarkan keseluruhan pandangan parti tersebut. PKR sendiri tidak jelas asas atau prinsip perjuangannya.

Bagi kami di AC, hanya ada satu soalan sahaja, apakah akidah Nik Nazmi selepas mengeluarkan pandangan ini? Jika UMNO dituduh kafir kerana tidak menegakkan hukum Hudud di negara ini, maka Nik Nazmi pastilah lebih teruk kerana langsung mengeluarkan pandangan sedemikian rupa. Adakah PAS berani menjatuhkan hukum kafir kepada anak emas PKR ini sama seperti yang dilakukan terhadap UMNO? Apa pula kata YDP PMI USM?

6 comments:

  1. Apa reaksi YDP MPP??? agen UMNO....

    ReplyDelete
  2. bodohla ko nie...mestila ty ydp pmi..kan dia org yg pakar dalam hukum2 islam nie...sbb ydp pmi kan agen pas...ha3

    ReplyDelete
  3. di mana rekasi saudara yg berkenaaan?

    ReplyDelete
  4. Apa2 pun hukum Allah perlu ditegakkan. Menjadi satu kewajiban. Usaha sedang dijalankan. Islam daripada UMNO, PAS, PKR perlu bersatu dalam isu hudud ni. kalau tak ,useless. tak perlu untuk bergabung atas satu nama parti yg sama dalam PRU akan dtg. tapi perlu bergabung atas isu ISLAM yg sama.

    ReplyDelete
  5. UMNO kene pandai rapat dengan rakyat. Wafi kene pandai rapat dengan puak2 kami. baru lah kami boleh menerima anda.

    ReplyDelete
  6. Saya tertarik dengan ulasan terbaru daripada AC, Hudud tidak boleh dilaksanakan melalui kuasa demokrasi dan peti undi. Saya sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Apa yg berlaku hari ini ialah, mereka yg ingin mewujudkan negara Islam dan Hudud tergamak mengkafirkan saudara seagama, kononnya mereka lebih faham Islam tetapi sayangnya, kaedah atau metodologi yg mereka gunakan juga sebenarnya salah sama sekali. Apa yg saya kesalkan, ia kemudian dijadikan modal politik dlm setiap kali kempen pilihan raya dan berterusan dr masa ke masa, ia dijadikan alat untuk menyemai kebencian terhadap UMNO. Mungkin PAS Jelutong ada jawapannya.

    ReplyDelete