Sunday, December 27, 2009

PTPTN, JPA Dijangka Masuk Lebih Awal- Terima Kasih MPP Pro-Aspirasi!!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Salam 1Siswa 1Aspirasi 1Malaysia kepada mahasiswa bersatu.


1. Berita baik untuk anda semua. PTPTN dan biasiswa JPA dijangka akan masuk lebih baik bagi semester ini. Meski pun belum ada pengesahan yang diterima, namun ura-ura yang mengatakan pinjaman dan biasiswa pelajar termasuk juga KPM akan diterima lebih awal berbanding semester lepas semakin tersebar luas.


2. Bagi sesetengah pelajar berita ini ternyata cukup melegakan. Dengan kemasukan yang lebih awal tentunya banyak urusan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan membolehkan semua yang terlibat menumpukan perhatian terhadap sesi kuliah masing-masing.


3. Pada masa yang sama, pihak terbabit juga dirayu supaya mempertimbangkan nasib bagi segelintir pelajar yang terpaksa menampung kos yuran yang tinggi walaupun hanya satu dua kertas sahaja yang diambil. Hal ini melibatkan terutamanya pelajar yang terpaksa menyambung (extand) pengajian masing-masing akibat pelbagai masalah pada semester ini.


4. Walau bagaimanapun, bagi pihak Pro-Aspirasi, kami sentiasa berterima kasih di atas segala keprihatinan yang diberikan khususnya daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar USM dan juga Kebangsaan yang sentiasa mengambil berat segala masalah pelajar di IPTA dan IPTS. Kesan positif semakin dirasai oleh kita semua berkat usaha gigih mereka memperjuangkan kebajikan pelajar tanpa mengira penat dan jemu.


5. Semoga kepimpinan MPP yang mendukung aspirasi universiti akan terus berbakti demi kebajikan dan kesejahteraan kita semua.

6 comments:

  1. tahniah & thanx mpp aspirasi kerana sentiasa mengambil berat dan mnjga kbjikan plajar USM..
    sme2 kte berjuang utk aspirasi USM..
    aspirasi sentiasa dihati..

    ReplyDelete
  2. tahniah mpp aspirasi..
    teruskn usaha jg kebajikan pelajar..

    ReplyDelete
  3. lebik baik ke atau lebih awal?? hehe tak kisah la mebi typing eror or mebi penulis terlalu ghairah dan bersemangat..xpe2..kami sentiasa menyokong dan memahami tugas pendokong Aspirasi bukan mudah..sentiasa mengejar waktu..baik atau awal tak penting, yg pntg kebajikan kami dah terbela hasil pnt lelah anda semua..thanx Abg Shafiq, ABg Wafi, Kak Fadz, Kak Elfa yg kiut hehe..single lg kot akak ni hehehe..

    gurau je k..

    thanx to all..kami sentiasa bersama Aspirasi kerana kami sayangkan Universiti Sains Malaysia ini..

    kami juga menyokong PMI sebagai sebuah persatuan, bkn sebagai badan politik.

    harap PMI segera insaf dan sedar, insya-Allah.

    assalamulaikum..salam ukhwah salam persaudaraan salam aspirasi 1siswa 1Malaysia..salam untuk semua =)

    ReplyDelete
  4. HiDuP ASPIRASI!!!!!

    ReplyDelete
  5. tahniah..ptptn da msuk da..

    ReplyDelete
  6. thanx..ptptn da msuk..
    =)


    Hidup ASPIRASI!!


    kpd kwn2ku...PMI satu persatuan ISLAM..
    jgn la samekn agama dgn politik..
    jgn sbb politik agama tergadai...
    kite sume mahasiswa/i yg ade akal yg cukup bijak..
    jd...
    pilihlah jln yg terbaik utk agama, diri, universiti & negara....

    ReplyDelete