Saturday, October 3, 2009

Ketatkan kod etika pakaian bakal guru.



Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan menerima kemasukan pelajar baru setiap tahun dalam jumlah yang agak besar meskipun sejak kebelakangan ini ia semakin dikurangkan. Pemilihan pelajar baru pula adalah ketat dan menyeluruh. Proses pemilihan biasanya akan melalui prosedur ujian bertulis (MEDSI) dan juga ujian temuduga. Namun adakah hal ini mampu menjamin pengeluaran produk atau output yang benar-benar berkualiti?

Secara umumnya, kita tidak menafikan program-program yang disediakan untuk pelajar jurusan pendidikan adalah komprehensif serta sesuai dengan kehendak semasa. Malah kita sedar sememangnya pusat pengajian sentiasa mengkaji kesesuaian program yang ditawarkan di bawah kendalian mereka. Tuntutan tersebut malah semakin mencabar selepas USM menjadi pemacu APEX pertama negara. Banyak perkara harus dipertimbangkan bagi menjamin pengeluaran output yang berkualiti tersebut.

Walau bagaimanapun masih terdapat perkara-perkara tertentu yang seolahnya terlepas dek pandangan pihak pengurusan pusat pengajian sendiri iaitu soal etika berpakaian para pelajar kursus pendidikan di sini. Pakaian adalah imej yang memberikan tanggapan terhadap personaliti individu. Pakaian mencerminkan juga sikap serta budaya seharian individu. Justeru adalah wajar para pelajar dididik dengan amalan berpakaian yang sesuai dengan jurusan mereka supaya mereka kelak dapat keluar sebagai produk yang benar-benar menepati definisi guru sekolah.

Menurut Dr. Najeemah, kod etika pakaian yang menepati ciri-ciri seorang guru sebenarnya telah pun dipraktikkan tidak lama dahulu. Malangnya ia lama-kelamaan semakin tidak dihayati memandangkan wujud permintaan dan desakkan daripada para pelajar sendiri yang mahukan kod tersebut dilonggarkan. Mereka membangkitkan soal diskriminasi serta ketidakadilan kerana para pelajar dari pusat pengajian lain dibenarkan berpakaian yang lebih bebas. Soalnya adakah ini standard pemikiran bakal guru dari USM?

Jelas sekali, sesuatu mesti dilakukan segera dalam soal ini. Kita tentu sekali tidak mahu mendengar rungutan daripada pihak sekolah kelak sekiranya produk guru daripada USM gagal memberikan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Ketika ini sudah pun kedengaran rungutan-rungutan tertentu tentang produk guru dari USM berbanding dari UPSI, UM, UKM, UPM dan sebagainya lagi. Justeru kita berharap rungutan tersebut tidak dipanjangkan dalam soal-soal remeh-temeh seperti ini pula.

4 comments:

  1. adakah kita praktikal dalam soal berpakaian? bertali leher? berserban? atau sekadar berbaju Batik...Mana lebih praktikal di Malaysia?

    ReplyDelete
  2. kami bakal bakal guru bukannya bodoh, kami ke kandang kambing mengembek. Nak masuk sekolah mestilah kami kami ikut tatacara/kod etika pakaian yang formal dan kemas.

    ReplyDelete
  3. bukan membangkitkan isu diskriminasi atau keadilan, tapi kami di USM sebagai pelajar bukan lagi guru. Kalau diikut kursus dari pusat pengajian lain pun apabila mereka sudah memasuki alam perkerjaan apakah mereka tetap dengan jeans, t-shirt dan sandal sandal? Mereka juga seperti kami, perlu berpakaian formal di tempat kerja. Harap pihak aspirasi memperjuangkan isu lain yg lebih signifikan.

    ReplyDelete
  4. klu berkaitan penddkan je..msti bab etika pemakaian x terlepas pandang..samalh tmpt kita....cuma,bezanya, etika pemakaian kami disini mmg dah ketat dr awl pembukaannye..sy stuju 50-50 jika etika pemakaian ini dilonggarkan x kira dimana2 U yg punya kursus pendidikan.ada masa perlu formal..ada masa tidak perlu formal..x perlu formal di sini, bknnlh berpakaian menjolok mata tp..biarlah selesa dan sdp mata memandang selain berbaju kurung atau terpaksa bertali leher setiap hari kuliah...=)...

    ReplyDelete