Wednesday, December 30, 2009

MPP USM Ikhtiar Bantu Pelajar Bermasalah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Warga kampus khususnya para pelajar tahun pertama dinasihatkan supaya bertenang dan tidak lekas panik sekiranya mendapat keputusan yang tidak memuaskan pada semester lepas.

2. Meskipun jumlahnya mungkin tidak terlalu besar, namun pihak MPP USM berjanji akan membantu mereka yang terbabit sebaik mungkin. Saudara Shafiq Aziz selaku YDP ketika ditemui menyatakan keprihatinannya terhadap perkara ini. Beliau juga berjanji akan mengadakan perjumpaan khas bersama pelajar tahun pertama bagi menyalurkan bantuan-bantuan yang diperlukan. Data-data juga menurut beliau sedang dikumpul untuk diambil tindakan yang selanjutnya.

3. Menurut beliau, pihak MPP sentiasa mengambil berat setiap kesulitan yang dihadapi para pelajar USM dan akan memastikan masalah-masalah yang timbul dapat diatasi sebaik mungkin. Justeru beliau meminta supaya lebih ramai pelajar tampil atau berjumpa dengan wakil MPP dari pusat pengajian masing-masing ataupun Pemimpin Pelajar Siswa Lestari (PPSL) bagi mendapatkan bantuan atau nasihat yang tepat.

4. Pada masa yang sama, para pelajar juga dinasihatkan supaya lebih kerap bertemu dengan Penasihat Akademik masing-masing dan berbincang tentang masalah yang dihadapi. Bantuan daripada MPP pula perlulah diterima sebagai usaha alternatif ke arah kebaikan bersama seluruh warga kampus.

7 comments:

  1. ni mnunjukkn bhwa aspirasi sentiasa mementingkn kebajikan pelajar USM bkn hny berpolitik..
    kepada kwn2 yg mungkin xdpt result yg ok, jgn give up..
    skali gagal xbermakne gagal selame2nye..
    org yg gagal ialah org yg xnk bangun apabila da jatuh...

    sme2 kte naikkn pointer utk sem 2 nih..
    chaiyok2..

    =)

    ReplyDelete
  2. I love USM..menjulang aspirasi universiti ke arah kelestarian hari esok..

    ReplyDelete
  3. aspirasi should do more n more n more..n moreeeeee...kami akn terus suport aspirasi USM

    ReplyDelete
  4. Aspirasi perosak bangsa.. kami akan kalahkan kamu dalam prk akan datang...

    ReplyDelete
  5. ya, aspirasi perosak bangsa.. Pro M boleh menang.. kami dah siapkan segala-galanya. adi syahid turun padang lagi membantu hanif. ketua pro Mahasiswa kami..student power!

    ReplyDelete
  6. http://aspirasibaru-usm.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. x yah la ckp pasal adi syahid yg meetg pun x dtg...hahahah...kelakar gle pro pas ni...

    ReplyDelete