Wednesday, February 3, 2010

Facebook Disalahguna untuk Hina Nabi Muhammad?

Facebook. Satu contoh laman sosial maya yang begitu popular ketika ini. Ia bahkan dijadikan satu lagi medium untuk masyarakat manusia sejagat berhubung dan berkongsi buah fikiran antara satu sama lain.

Malangnya, semakin ramai yang cenderung menyalahgunakan laman maya ini ketika menyatakan pandangan masing-masing sehingga ada antaranya melanggar batas-batas kemanusiaan. Lebih parah apabila ia menyangkut hal-hal yang sensitif khususnya berkaitan dengan keagamaan, perkauman dan sebagainya lagi.

Misalnya, baru-baru ini kita digemparkan dengan penangkapan seorang penuntut dari sebuah institusi pengajian terkenal kerana membuat komentar yang sensitif berhubung isu letupan di beberapa buah gereja di Selangor.

Tidak lama selepas itu, kita digemparkan pula dengan isu penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor dan juga penghinaan berat ke atas Saidatina Aishah r.a oleh beberap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terbaru, sekali lagi facebook digunakan oleh segelintir individu yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat khususnya orang Islam di negara ini. Lihatlah petikan screen shot di bawah sebagai bukti gejala ini masih berulang meskipun pelbagai tindakan telah diambil.




Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.


Di sini AC menyeru dan menasihatkan sahabat-sahabat semua supaya lebih berwaspada dan berfikiran matang ketika berbual di facebook kerana setiap komen yang dilontarkan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Adalah lebih baik jika kita semua sentiasa beringat dan menghormati sensitiviti pihak lain daripada sengaja mencetuskan masalah.



1 comment:

  1. ish awat jd lagu ni..depa ni tak mau nak fhm lg ka hati dan perasaan umat Islam?? malu sungguh

    ReplyDelete