Tuesday, April 6, 2010

Jawapan PM Terhadap Isu Berbangkit 1Malaysia

PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya

Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Najib juga berkata idea gagasan 1Malaysia itu adalah cetusan percambahan fikiran beliau bersama beberapa kumpulan pemikir yang bertujuan mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

"Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.

"Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya menggariskan perkara ini, bila kita lakukan brainstorming, percambahan fikiran, timbullah idea gagasan 1Malaysia ini," katanya.

Jelas Perdana Menteri lagi, kemuncak kepada penghayatan gagasan 1Malaysia adalah apabila ia membawa keuntungan strategik kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, gagasan 1Malaysia meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang.

Najib berkata, kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka.

"Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengakui masih terdapat beberapa halangan kepada kejayaan 1Malaysia yang dicetuskan oleh kumpulan yang memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan.

"Kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam pekarangan masjid dan sebagainya.

"Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrem dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrem itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia," katanya.


Dipetik daripada Utusan Malaysia Online

4 comments:

  1. salam 1msia y slalu diucapkan diawal ucapan atau berita (spt RTM1) adalah bidaah.ini adalah keputusan ulama'.oleh itu cubalah untuk tidak ucapkan salam tersebut. nabi pon dlu ble memerintah tidak pulak baginda ucapkan salam 1 Mekah, salam 1 Madinah...
    jgn kita pertaruhakn agama semata- mata mahu mengambil hati pemimpin politik negara....
    islam dan politik harus seiringan..
    (yang benar, hamba yang hina,daif lagi x punyai apa2)

    ReplyDelete
  2. salam saudara kt atas,

    pd pandangan saya yg tak cukup ilmu ni, salam itu maksudnya sejahtera.. jadi salahkah kalau kita ucapkan atau doakan sejahtera kepada negara sendiri?

    kita ada banyak jenis salam yg diada-adakan, contoh Salam Aspirasi bg pihak pro-Aspirasi Universiti, Salam Perpaduan pula sering dilaung-laungkan oleh PMI ketika berkempen. Jadi apa bezanya di sini?

    Apa yg saya tahu juga, orang2 kafir zaman Nabi dahulu dan zaman2 para sahabat bahkan, biasa saja mengucapkan salam yg penuh ketika berjumpa sesama mereka..cuma dlm Islam, kita ada etika yg tersendiri dan pjg pula hujahnya kalau nak dibincangkan.

    pada saya, isu ini asas saja..tak perlu pun diperbesarkan. Berbeza pendapat dlm kalangan ulamak sekarang ni juga sudah jd lumrah, lebih2 di negara ini. Ramai ulamak, tp yg betul2 ulamak hanya berapa org saja..ulamak politik paling ramai, itu hakikatnya.

    spt kata Dr. Asri, ulamak juga buat salah.

    ReplyDelete
  3. Dari Abdullah Bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya salah satu daripada alamat kiamat ialah bila seseorang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja (bukan memberi salam kerana ia orang Islam walaupun tidak dikenali). [Hadis riwayat Ahmad]...
    fikir2kanlah umat akhir zaman...jgn terlalu taksub dgn ideology sendiri sampai lupa ajaran Islam yang syumuliyyah itu...

    ReplyDelete