Saturday, January 2, 2010

Isu Herald - YDP PMI Diminta Nyatakan Pendirian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


1.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusan penghakimannya telah memutuskan untuk membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan tabloid Herald. Keputusan terputus dibuat selepas hakim Datuk Lau Bee Lan mengambil kira kedudukan Artikel 11 yang dianggap membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam asalkan bukan bertujuan untuk berdakwah terhadap orang Islam di negara ini.


2. Laporan daripada BERNAMA juga memetik Datuk Lau Bee Lan sebagai berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah semasa mengenakan larangan terhadap tabloid mingguan Katholik itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.


3. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2007 apabila tabloid tersebut telah dengan sengaja menerbitkan artikel yang mengandungi nama Allah sehingga mencetuskan kekeliruan dan kemarahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.


4. Walau bagaimanapun, beberapa pihak khususnya daripada kalangan cerdik pandai agama telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah-canggah sehingga menambahkan lagi kekeliruan umum termasuk mahasiswa. Lebih parah apabila Ahli Parlimen (PAS) Shah Alam Khalid Samad dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain telah menyokong Herald.


4. Bagi umat Islam isu ini adalah sensitif kerana melibatkan kesucian Allaw swt sebagai Tuhan Yang Esa. Umat Islam diwajibkan beriman kepada Allah swt dan menafikan kewujudan zat yang lain selain dari-Nya.


5. Pro-Aspirasi USM juga memandang berat isu ini dan berharap ia akan diselesaikan dengan sebaik mungkin.


6. Kami juga meminta supaya YDP PMI USM dapat menjelaskan pendirian beliau berhubung isu ini kepada mahasiswa. PMI sebagai sebuah badan dakwah dan mempunyai jemaah yang lantang di USM perlu tampil menjelaskan kedudukan perkara ini dari sudut ilmiah dan bukannya turut berpolitik tentang isu tersebut.

8 comments:

  1. saya setuju.nampak PMI mcm membisu sedangkan merekalah yg asyik heboh bising2 klu bab akidah selama ni..nampak sgt ikut perangai pak2 guru mereka.

    ReplyDelete
  2. salam..depa nak guna nama Allah? haa..ok laa tu..depa nak kenal dgn Allah, kita dekatkan laa depa ngan agama islam plak..haa...byk perkara yg perlu dikaji sbnrnya...ikuti perbahasan allahyarham sheikh ahmad deedaat..ahaa..layan~~

    ReplyDelete
  3. bagusnya kalau depa nak kenal Allah. Tp mahukah depa kenal Allah mcm kita kenal? Mahukah depa Esakan Allah? Tauhidkan Allah?? Mahukah depa beriman dgn Allah dan tinggalkan semua tuhan2 depa yg disembah sekarang?

    Ahmad Deedat dah ckp jelas terang bnde ni.. Boleh rujuk perdebatan beliau dgn rahib dan paderi dan tokoh2 agama lain tentang Tuhan Yg Satu. Cari kat You Tube.

    Kita bukan nak kata Allah tu milik kita saja. Kita ni hamba-hamba yg Dia ciptakan. Semua makhluk dicipta oleh Allah. Mahukah depa percaya dan yakin yg ini? Patutkan kita biarkan pula kalau depa ckp Allah dan Tuhan-tuhan depa lain tu sama taraf? Disebut dalam penulisan depa sebagai satu rujukan yg sama? Tauhidkah yg mcm tu?

    Kita juga tak patut lekas ambil sejarah spt yg berlaku pd zaman jahiliyah dahulu, atau pd zaman Baginda Rasulullah tanpa mengambilkira duduk situasi hari ini. Kita kena ukur ikut konteks hari ini, yg tentunya berbeza dr zaman dahulu. Itu zaman yg manusia memang tak kenal sapa Pencipta yg sebenar, lalu Islam dtg bawakan ilmu tauhid sehingga manusia berjaya menemui kebenaran.

    dan hari ini, situasinya dah tak sama. hari ini zaman manusia memutarbelitkan kebenaran. Manusia dah pandai spin. Kalau Injil pun depa boleh putar belit, inikan pula soal-soal ketauhidan yg kadang-kala, lebih utamakan akal dlm pentafsiran. Inilah yg kita bimbangkan sebenarnya. Soal akidah umat Islam di negara ini pd masa hadapan akibat kelulusan tersebut, pastinya merisaukan.

    ReplyDelete
  4. jom pakat pi demo sok!!

    ReplyDelete
  5. hmmm...isu...isu... dan isu...

    http://aspirasibaru-usm.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. sy skong pndpt che wan..
    klau btol dieorg nk dekatkn diri dgn Allah&Islam, Alhamdulillah...terbukak jgak pintu ati dieorg..
    tp kalu dieorg just nk memutar belitkn kebenaran Islam, nk bwt ape???kte sbg org Islam kne la perthnkn kesucian agama ni..spe lg nk perthnkn kesucian agama Islam klau bkn org Islam sendiri??

    ReplyDelete
  7. sy skong pndpt che wan..
    klau btol dieorg nk dekatkn diri dgn Allah&Islam, Alhamdulillah...terbukak jgak pintu ati dieorg..
    tp kalu dieorg just nk memutar belitkn kebenaran Islam, nk bwt ape???kte sbg org Islam kne la perthnkn kesucian agama ni..spe lg nk perthnkn kesucian agama Islam klau bkn org Islam sendiri??

    ReplyDelete